Friday 29 August 2014

Set subur Shaklee suami isteri


Alhamdulillah..gembira bila ada insan yang berjaya hamil dengan set ini..memang setiap pasangan yang berkahwin pasti nak ada zuriat..

Pengambilan set ini adalah salah satu usaha untuk kearah itu. 
Umi pon baru nak start consume set ni..semoga akan ada rezeki utk Umi nanti..sebab set ni boleh membantu keperluan nutrisi seharian kita yang kita kurang ambil dalam makanan yang kita makan setiap hari kan..secara tak langsung badan sihat dan boleh ready anytime untuk pensenyawaan..tak gitu..hehe

Walaupun Umi belum mengandung tak semestinya Umi tak boleh kongsi dan jual set ni kan..ni produk bagus jadi kita kongsi disini untuk kawan2 yang sama2 berikhtiar..;)

Boleh hubungi Umi melalui
whatsapp / wechat / telegram

Nanti Umi akan bagi panduan cara makan set ini ye..

p/s : semoga tahun depan kita sama2 bergelar ibu ye..aminnnnnn..jom bnykkan doa di hari jumaat ni..

Salam Ukhuwah
Umi Azmil 

Amalan untuk memperolehi zuriat

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. 

Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.

Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
– Baca Bismillah 1 kali
– Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
– Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
– Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
– Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Semoga Allah memudahkan urusan zuriat untuk kawan2 Umi yang masih menunggu..akan tiba waktunya..sesungguhnya Allah tempat kita bergantung.

sumber http://nuriman.wordpress.com/2007/08/01/doa-amalan-untuk-memperolehi-zuriatustazah-siti-nor-bahiyah/

Salam Jumaat semua ;)

Saturday 23 August 2014

Alfafa Shaklee

Alfafa Shaklee terbaik dihasilkan di Shaklee..Jom baca kebaikannya.....

20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan
1.    Merawat gangguan pencernaan
2.    Mengawal kolestrol dalam darah
3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7.    Mengurangkan simptom menopous
8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9.    Merawat masalah sembelit
10.  Menyahkan toksik dalam tubuh
11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13.  Membantu masalah penghadaman
14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu
15.  Mengurangkan masalah pundi kencing
16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17.  Meningkatkan kesihatan prostat
18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19.  Menghangatkan hubungan suami isteri
20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki

Umi Azmil 0132405031 

Sunday 17 August 2014

Esell untuk my friend

Alhamdulillah..hari ni dapat order..jadi Umi create esell ni hanya utk my friend nak submit order sendiri..baru rasa kelainan kan...hehehe


Happy shopping Wahida ;)

Saya jual Shaklee
Umi Azmil

Thursday 14 August 2014

Pilih Aroma Terapi ikut Keadaan

Apa aroma terapi anda hari ini? Kalau anda nak tahu, aromaterapi dan wanita mempunyai kaitannya tersendiri dalam mempertingkatkan kesihatan tubuh.Jadi, tidak hairanlah kini terdapat pelbagai jenis aromaterapi di pasaran. Apa yang perlu anda lakukan adalah memilih aromaterapi yang sesuai dengan keadaan anda.

1. ROSEMARY

Ia berkesan dalam mempertingkatkan konsentrasi minda. Laporan kajian di dalam International Journal of Neuroscience menyatakan, responden yang menghirup haruman rosemary sepanjang ujian dilakukan, mempamerkan konsentrasi yang lebih baik berbanding yang lain.

 2. EUCALYPTUS

Berkesan dalam mengubati demam selesema, kandungan eucalyptol yang ada padanya dapat membantu pesakit mengeluarkan hingus dan kahak.

 3. VANILA

Percaya atau tidak, haruman vanilla bertindak mengawal nafsu makan terhadap makanan yang manis.Menurut Hospital St. george, London, England, harumannya akan merangsang fungsi hormone serotonin yang dapat menghilangkan keinginan untuk menikmati makanan yang manis.

 4. LAVENDER

Jika anda berhadapan dengan masalah stres, haruman lavender harus dijadikan pilihan. Menurut jurnal Psychiatry Research, dengan hanya menghidu haruman ini selama lima minit sahaja sudah mampu menurunkan tahap hormon kortisol yang terhasil semasa sedang stres.

5. GERMAN CHAMOMILE

Ia berfungsi meredakan senak perut dan sindrom pra mentsruasi. Kandungan yang ada di dalam haruman ini bermanfaat sebagai anti pasmodik yang bertindak merehatkan otot-otot di sekitar rahim.

Sumber #http://rapi.karangkraf.com

Sunday 3 August 2014

Set kurus Shaklee

Dah 7 syawal..kejap je masa berlalu..maksudnya dah 7 hari makan macam2 kan..siang malam makan je..pergi menziarah makan, tetanu datang rumah pon kita makan sekali, jumpa sedara mara pon makan..pendek kata waktu tidur je kita berhenti makan..hehe...elok2 waktu puasa kurus..dan dan sekarang ni mesti ada yang berubah bentuk muka buminya..hehe...itu belum campur dengan air manis yang kita teguk sepanjang hari..memang bertambah2 karbohidrat!...hehe...
 
Esok dah start kerja..warga kota pon da mula pulang semula ke rumah masing2 untuk meneruskan rutin harian..boleh lah kita start puasa sunat 6 kan. Boleh bagi rehat perut sekali lagi selepas 7 hari non stop makan. Mungkin boleh kuruskan badan dan jimat poket ( almaklumlah raya bnyk pakai duit, gaji kena tunggu akhir bulan lak) hehe

Apa kata cuba set kurus Shaklee..rata2 pelanggan ada yang berpuas hati. Produk ni selamat dan disahkan oleh KKM..takde lah nanti dah start makan tetiba produk kena tarik sebab boleh membahayakan kesihatan..boleh efek hati lah, buah pinggang lah..takut kan..

Shaklee produk berasas bahan semulajadi, mudah dihadam dan diserap oleh badan dan tidak akan meninggalkan kesan yang memudaratkan untuk kesihatan...bagus dan paling penting syarikat ni dipercayai dan bertahan dari tahun 1915 lagi!...merupakan syarikat nutrisi semulajadi no 1 di US..hebat kan..jadi mengapa perlu diragui kebaikan vitamin dari syarikat ini...

Ini set Kurus Shaklee yang boleh anda cuba...

Dan paling best sesiapa yang beli set kurus Shaklee dengan Umi..Umi akan bagi ni sebagai free gift...


Suka tak?..jadi jangan lepaskan peluang ni ye..terhad untuk 20 yang terawal je..

lai..lai..laiiiiii hehhehehe

Umi Azmil
Email: umiazmil85@gmail.com
Sms / Whatsapp 013 2405031

Nanti Umi akan ajar cara pemakanan yang betul dan konsultasi selepas pembelian. 

Nak dapat harga ahli?
boleh juga mendaftar dengan Umi ;)

Terima kasih kerana singgah disini.
Jumpa lagi ye..Salam Syawal 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Saturday 2 August 2014

Jangan berputus asa..


mari jadikan ayat diatas ni sebagai motivasi..sesungguhnya Allah sebaik2 perancang...jangan mudah berputus asa bila apa yang diingini tak tercapai..mungkin usaha masih belum cukup..Allah nak uji kesabaran dan ketabahan hambaNya..macam mana kita terima segala dugaanNya..ingat mereka yang selalu diduga tanda Allah sayangkan hambaNya..bersabarlah..mungkin ada ganjaran yang besar di syurga nanti..insha Allah..
 
Selalu lah berfikir positif..segala yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya..jangan mudah mengalah dan berputus asa dan sentiansa lah bersyukur dengan apa yang ada ;)

Salam sayang
Umi Azmil
5 Syawal 1435

Friday 1 August 2014

GLA Shaklee

Salam ukhuwah semua pengunjung blog ni..macammana raya u oll..haruslah best..hehe..dah abes bulan Ramadhan- bulan yang paling baik sepanjang tahun..sekarang dah raya..dan sekarang dah masuk bulan 8!!!..kejapnya masa berlalu..apa pencapaian kita tahun ni..rasa malu dengan diri sendiri sebab banyak target tak accomplish lagi..yela macammana nak capai kalau takde usaha kan..cakap je pandai tp tak buat..huhu ( pesanan utk diri sndr)...

Meh nak share pasal GLA Shaklee...bagus sangat supplemen ni..Umi dah try..alhamdulillah berkesan bantu hilangkan " period pain"...sekarang tak perlu lagi rasa takut bila cik P dtg melawat..dan tak perlu rasa takut utk tunggu next visit..hehe..sebelum ni memang Umi takut cik P datang lagi2 time keje..memang rasa haru biru kat opis..buat kerja memang rasa semua tak kena..rasa macam nak baring n mengkerekot( betul ke eja ni hihi) cam udang je..menang cik P ni sakit sangat..tak tahan!!..

Alhamdulillah jumpa GLA..bulan pertama still rasa sakit sampai cakap dalam hati " eee mcm tak berkesan je"..tak baik kan..hehe..tapi bulan ke2 consume memang amazing terus tak rasa..yang paling best cik P datang waktu Umi keje!!..ohsem sgt u oll..tak rasa sakit pon..boleh buat keje cam biasa..syukur sangat....

Sape yang sama masalah boleh cuba ni
..boleh gtau Umi..0132405031...kita sama2 berikhtiar..

Nanti bila dah beli Umi akan ajar cara pemakanan yang betul dan konsultasi selepas pembelian.  FOC sahaja ;)

Terima kasih kerana singgah disini.
Jumpa lagi...


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **