Sunday 30 November 2014

Minuman protein untuk kurus

Salam semua...hari ni Umi cerita berkenaan minuman protein yang boleh membantu untuk program turunkan berat badan..Umi nak kenalkan ni dia Cinch Shake Shaklee....


Jom kenali Cinch Shake Shaklee 

Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. 

Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. 

Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.



Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. 

Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. 

Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.

      Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut

      Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina

      Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan

      Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang

      Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian

      Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga

      Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting

      Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan..(soya bukan GMO)

Bestkan..boleh lah order ngan Umi ;)

Pengedar Shaklee anda
Umi Azmil

Saturday 29 November 2014

Sarapan dengan nasi ambeng...

Salam hujung minggu sahabat2..hari ini cuti jadi dapatlah luangkan masa bersama keluarga tersayang kan..hari ni Umi balik kampung Azmil di Bagan Nakhoda Omar..suka perjalanan balik ke sini sebab kiri kanan terasa sangat suasana kampung.

Pagi lepas subuh kitorang gerak balik..sampai di kawasan Assam Jawa masih berkabus lagi..sejuk je suasana pagi2..nyamannnn menusuk kalbu..gituuuu..heheh


Sampai2 rumah je mak mertua da beli kan nasi ambeng..sarapan lah kami suami isteri dengan nasi ambeng..sedapppp sangat..Azmil suka betul.. kami berkongsi makan sebab banyak betul satu bungkus tu...alhamdulillah rezeki hari ni..;)

Lepas makan Umi terus bagi Azmil makan Alfafa Shaklee dan Cinch Tea sebab dia masih dalam program pengurusan badan anjuran puan isteri..hehe..memang bagus untuk membantu mempercepatkan penghadaman dan percernaan..dalam sejam kemudian Azmil terus lawasss..hehe..bagus kan..tak simpan lemak dalam badan..hehe

Nak beli Alfafa Shaklee..boleh lah hubungi Umi ye ;)..0132405031

....tataaaaaaa.....


Friday 28 November 2014

Kaki masih bengkak lagi...

Salam jumaat semua..tup2 esok da 29 November..tinggal sehari lagi nak masuk December..kejapnya masa berlalu..perut Umi pon makin membesar dan da masuk 2nd trimester..alhamdulillah atas kurniaan Mu ya Allah...

Bila masuk 2nd trimester ni sakit belakang Umi da kurang sikit tapi benda lain plak yang dapat..kaki pula membengkak dan bahagian betis rasa macam sengal2 je..Umi tak boleh nak duduk antara 2 sujud..rasa perit sangat hempap kat bahagian bengkak tu..huhuhu..tapi Umi gagah kan juga..lagi pon ni kan pengalaman...mesti kena hargai semua pengalaman ni..kannn hhehe...

Umi kadang2 rasa sakit bila berjalan..cuba juga urut dengan minyak angin sikit2..lega lah juga rasa..tapi still juga godek2 internet cari pape petua..jumpa lah petua ni dari blog teratakannurkaseh..memang sangat berguna dan berinformasi..memandangkan esok off..Umi nak cuba ni esok lah..jom baca sama2..

--- ni gambar ihsan dari google ye..bukan kaki Umi..hehe..bengkaknya lebih kurang camni lah..huhu

Petua kurangkan Bengkak kaki :

1.Campurkan sedikit jadam bersama air dan masak hingga jadam itu hancur dan pekat. Sapukan pada kaki dan betis apabila jadam itu sudah suam. Selawat 3 kali. Seeloknya disapu pada waktu hendak tidur.
- Umi cuba google apa tu jadam..tapi tak berapa sure apa benda ni..jadi petua pertama ni Umi tak leh ikut lah..hehe

2.Bersihkan taugeh besar, buang semua batangnya.Rebus di dalam kuali. Masukkan satu gelas air ke dalamnya. Apabila telah suam, minum airnya. Ulangi sehingga bengkak tersebut surut.
- Ok tauge ni senang cari..boleh cuba yang ni lah..tapiiii..rasa macam tak sanggup plak nak minum air tu..huhuhu

3.Rebus segenggam bulu jagung bersama sedikit air. Biarkan sehingga menjadi satu gelas. Kemudian tapis dan minum setaip hari.
- Yang ni pula guna bulu jagung..susan gak nak cari kan..hurmmm

Jadi kesimpulannya petua no. 2 jelah yang mudah dan senang dicari..hehe

Peringatan : 
Hubungi doktor anda jika anda dapati anda turut mengalami: 
muka atau keliling mata bengkak.
tekanan darah tinggi.
kencing kotor.
sebelah kaki kelihatan lebih bengkak daripada yang lagi satu.

Ok tu jelah yang Umi nak kongsi hari ni..jumpa lagiiiii ;)

Thursday 27 November 2014

Kenapa kaki ibu mengandung bengkak ?

Penat sangat minggu ni Umi rasa tapi best and enjoy sebab kami sekeluarga dapat berkumpul sama2 di rumah Umi..minggu ni 2 kali Umi pergi majlis konvokesyen kat Uitm Shah Alam..hari isnin teman adik sepupu sebab bapa saudara di Kelantan tak dapat datang kerana baru lepas operation dan hari rabu adik Umi lak konvo..memang penat juga badan tapi ok lah sebab waktu ni lah dapat berkumpul sekeluarga..meriah rumah dua tiga hari ni..;)... selepas konvo ni baru Umi perasan kaki Umi bengkak dan rasa sengal2..bengkak tu nampak besar dekat area buku lali..terkejut juga tengok sebab tak pernah alami sebelum ni kan..hehe..mungkin sebab banyak berjalan dan duduk menunggu..memang sakit rasa bila solat lagi2 bila duduk 2 kalu tahiyyat..tapi Umi enjoy dengan pengalaman ni sebab ni salah satu simptom kehamilan..best juga ;)..

Ma Umi cakap ni perkara biasa bagi perempuan mengandung nanti lama2 ok lah..hari ni macam dah surut sikit..malam2 encik suami tolong urut sikit kaki baru boleh nak tidur lena..thanx suamiku..terharu..huhu

Umi baca juga kenapa bengkak ni terjadi kepada perempuan mengandung ye..Umi jumpa artikel ni..Umi kongsi di sini sebagai ilmu bersama kann..
www.babycentre.com.my



Mengapa buku lali dan jari kaki saya bengkak?

Bengkak pada buku lali dan tapak kaki (dikenali sebagai oedema) berlaku dalam kehamilan kerana badan anda menyimpan lebih banyak cecair daripada biasa.

Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul. 

Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan. 

Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya. 

Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat. 
Adakah oedema ini perkara biasa?
Malangnya, oedema semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini. 

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor anda. Ini mungkin salah satu tanda pra-eklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi. 
Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan bengkak?
Ubat-ubatan yang membantu buah pinggang mengeluarkan air dan sodium sebagai cara untuk membuang cecair dari dalam badan (iaitu ubat yang berbentuk diuretik) tidak sesuai diambil semasa hamil. Sebaliknya, gunalah kaedah-kaedah berikut untuk mengawal kebengkakan.

Naikkan kaki bila-bila anda boleh, untuk membantu melancarkan peredaran darah. 

Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.

Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.

Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).

Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menggunakan basikal senaman.

Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.

Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.

Anda juga boleh mencuba rawatan semula jadi berikut untuk mengurangkan bengkak.

Ingatlah, walaupun buku lali anda yang bengkak ini mungkin tidak menyelesakan, keadaan ini adalah sementara sahaja. Seperti juga kesan sampingan kehamilan yang lain, ia akan hilang sejurus anda melahirkan. 

Wednesday 26 November 2014

Kandungan Cinch Shake Shaklee

Jom kurus dengan Cinch Shake Mix Shaklee...Umi kongsi tentang kandungannya ye..jom baca



Kandungan Chinch Shake Mix Shaklee

1.   Setiap hidangan Chinch Shake Mix Shaklee anda akan dapat:
      - 24gm protein - beri rasa kenyang dan rasa cukup puas hati
      - 24 jenis vitamin dan mineral penting -mengandungi lebih 35% Nilai Harian
      - 6gm serat larut

2.   Mengandungi LEUCINE - nutrisi penting untuk orang yang ingin kuruskan badan

3.   Indeks Glisemik yang rendah - 22, jadi hidangan Chinch sesuai untuk penghidap 
 kencing manis

4.   Dengan campuran ESP - campuran Eksklusif protein dipertingkatkan oleh LEUCINE

5.   LEUCINE dalam Chinch Shaklee memelihara otot semasa menurunkan berat badan

6.   TAK PERLU RISAU - Chinch Shaklee kawal kandungan gula normal

7.   Chinch Shaklee - memberi tenaga kepada orang yang berdiet

9.   Soya Bebas GMO

10  Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis

11.  Ada 3 jenis variasi untuk pilihan - Vanila, Coklat dan Caffe Latte

Chinch Shake Mix Shaklee BERKESAN dalam MENURUNKAN BERAT BADAN

1. Formulanya mengekalkan jisim otot tanpa lemak

2. Berat anda turun KERANA kehilangan lemak BUKAN dengan JISIM OTOT sekali

3. DIPERKASA DENGAN LEUCINE

4. Chinch Shaklee mengawal rasa lapar

5. Memberi tenaga walaupun berdiet (perlu makan tetapi dengan diet menu yang sihat)

6. Menyokong proses metabolsima tubuh

7. Memberi kepuasan kepada pengguna.

Berminat tak..hehehe...kalau nak boleh order ngan Umi ye ;)

Pengedar Shaklee Anda
Umi Azmil

Tuesday 25 November 2014

Cara kurus dengan selamat

Salam semua..

Sesiapa pasti ingin diri langsing dan menawan kan..jadi Umi nak kongsi tentang Cinch Shake Shaklee ..ianya boleh membantu anda mencapai impian anda untuk langsing dan sihat..Umi da mulakan program pelangsingan untuk Encik suami sebab hari tu waktu buat medical check up..doktor cakap tekanan darah Azmil tinggi..jadi Umi rasa mesti salah satu sebab adalah berat badan..Umi cuba ikhtiar ni...bila badan kurus insha Allah kita akan rasa lebih sihat kan..Umi belikan Cinch Shake perasa Caffe Latte..Azmil suka rasanya..dia cakap rasa macam horlick..boleh tak..hehe..xpelah asal dia nak minum..



Ada 4 sebab untuk anda memilih Cinch Shake sebagai program diet sihat dan selamat.

1. Ianya diformulasi dengan leucine, asid amino penting untuk membakar kalori dan lemak sambil mengekalkan jisim otot.

2. Dengan leucine, jisim otot kekal. Ini mengekalkan kadar metabolisme badan. Sesetengah produk biasa di pasaran memang membakar lemak, dalam masa yang sama turut membakar otot, yang kemudiannya memperlahankan kadar metabolisme badan. Akibatnya, setelah berat anda turun ketika mengambil produk tersebut, akhirnya akan naik semula setelah berhenti. Ini tidak terjadi dengan Cinch.

3. Cinch kaya dengan protien, dibancuh dengan susu segar sebagai pengganti hidangan makanan. Anda kekal kenyang tanpa rasa lapar yang melampau. Ketika ini, badan akan membakar kalori dan lemak berlebihan dalam badan. 

4. Selepas anda kurus dengan Cinch, anda kekal cantik! Kenapa? Oleh kerana otot-otot yang memejalkan tubuh masih dipelihara dengan baik dengan adanya leucine, ya, tiada paha, lengan dan perut menggeleber!

Mahu kesan lebih efektif dan cepat dengan Cinch?

Menurut pakar nutrisi/pakar pemakanan Shaklee, kesannya lebih cepat dan efektif apabila Cinch diambil bersama Energy Soy Protien. Satu scoop Cinch + 1 sudu ESP digoncang dalam susu segar, setiap kali sarapan dan juga makan malam!

Dengan izin Allah pasti anda sihat, cantik, menawan dan langsing ;)

Pengedar Shaklee Anda
Umi Azmil

Monday 24 November 2014

Hikmah Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar

Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar



Sejarah Dinamakan 1000 Dinar

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat berkenaan.

.

Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah diajarkan Nabi Khidir.

Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat 1000 dinar.

Khasiat Ayat 1000 Dinar

‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.

Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
Baca ketika hendak tidur tiga kali,
Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
.
Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan di masa mendatang.

Sunday 23 November 2014

Petua buang angin dalam badan yang mudah!

Salam sahabat2 sekalian..siapa kat sini ada masalah angin dalam badan..mesti ada yang pernah mengalaminya kan..ok hari ni Umi nak kongsi petua cara nak buang angin ni dengan cara yang mudah..meh nak cite...Antara panduan adalah seperti berikut ( wah macam ayat dalam kertas exam lak..hehe)-

1) Bawang Putih
Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
Hiris bawang putih nipis-nipis.
Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
Minum ramuan ini sebulan sekali.
atau

Bawang putih ditumbuk dan dicampur dengan air panas, bagi air bawang tu keluar dan minum. 

2) Cengkih dan Halia
Rebuskan Cengkih dan Halia, lepas tu minum ketika masih suam. Ulang beberapa kali..

3) Daun mengkudu dan halia
Minum air rebusan daun mengkudu dan halia.

4) Serai Kisar
Kisar serai, lemon, daun pudina, madu asli, garam dan sedikit air. Amalkan minum bancuhan ini dan angin akan keluar.

5) Rendam kaki dalam air panas
Rendamkan kaki dalam air panas + segenggam garam kasar. Kepanasan air mengikut kesesuaian diri. Rendam sehingga 10 minit atau lebih. Semasa rendaman ini juga, cuba lakukan pernafasan yang teratur ala-ala bermeditasi gitew. Selepas 10 minit, keluarkan kaki dan lap supaya kering; . Tapak kaki akan menjadi merah dan badan berasa segar.(Nota:Semasa aktiviti ini cuba kosongkan 'mind', penuhi dgn zikir, dan jadikannya aktiviti rekreasi dengan keluarga/pasangan. Seeloknya dilakukan seminggu sekali sebelum tidur)

6) Urutan di kaki
Urut perlahan-lahan urat besar di tumit dan sekitar buku lali.

7) Minuman Kultur
Jika badan terlalu banyak angin, disyorkan mengambil minuman colon cleanser supaya perut dapat di 'flush out' segala kekotoran (lemak, sisa makanan, bahan-bahan toxic, lendir dsb). Perut adalah gudang penyakit. Disitu berkumpul segala punca penyakit. Setelah perut di 'flush out', kita akan berasa badan menjadi ringan dan segar.

8)  Bagi yang menghidapi penyakit angin dalam badan dan sering merasa sejuk, minuman campuran seperti berikut:

Campuran tersebut ialah cengkih dan lada putih atau lada hitam. 
Bahan – bahan tersebut yang sama jumlah hendaklah digoreng hingga garing dan kemudiannya ditumbuk hingga halus. 
Kemuadian campuran tersebut hendakalah diayak terlebih dahulu. Campuran yang masih kasar digoreng lagi hingga garing, kemudian ditumbuk semula seperti proses yang terdahulu hingga kesemuanya sempurna menjadi serbuk yang halus. 
Serbuk tersebut kemudian dicampur dengan setengah cawan air suam diminum tiap-tiap pagi atau malam sebelum atau selepas makan. Ramuan ini berguna untuk memecahkan angin yang ada di dalam badan dan memanaskan badan yang sejuk

9) Petua paling penting

Satu lagi petua dari yang diperolehi dari Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah, Saidina Ali berkata :


Dengar tu...

"Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap"

10) Ambil Supplemen
Kalau malas nak kisar bagai..senang je anda boleh ambil Peppermint Ginger Plus dan Garlic Shaklee. Dua2 produk ni membantu menyelesaikan masalah angin dalam badan dalam bentuk tablet. Tak payah ambil masa untuk kisar dan  rebus bagai. Telan je tablet tu. Harga yang sangat berpatutan dan kandungannya  yang sangat semulajadi. 

Berminat ke?...cari lah Umi ye ;)

Pengedar Shaklee Anda
Umi Azmil

Saturday 22 November 2014

Bermacaroni cheese hari ni

Salam semua..hari ni teringin nak makan macaroni cheese ala2 kenny rogers..Azmil pon suka..pastu google lah resepinya..dapatlah seperti dibawah..senang dan mudah sangat..asal ada bahan2 kat bawah ni..jom tengok

Bahan2...
Seulas bawang besar ( hiris halus2)
Buttercup sedikit
Lada capsicum ( potong dadu )
Macaroni
isi ayam ( dicincang )
Satu tin Prego Herbs & Cheese
Cendawan dalam tin ( hiris halus )
Sekeping cheesedale

Cara2 masak..

mula2 rebus dulu macaroni tu dalam periuk..letak sesudu minyak masak dan sesudu kecil garam..rebus sampai empuk..pastu ketepi kan...
Ok siap untuk macaroni

Jom buat kuah pula..bawang besar tadi tu hiris halus2 dan masukkan dalam kuali dengan sedikit buttercup...tumis sehingga naik bau pastu masukkan isi ayam yang dah dicincang halus tu...gaul lah sampai isi ayam tu masak....

Bila isi ayam tadi da putih semua masukkan satu tin Prego Herbs & Cheese tu..sisa2 dalam tin tu ambil juga..letak air sikit pastu campur sekali..letak capsicum sekali
pastu masukkan sekeping cheese..garam..gula secukup rasa...pastu masukkan macaroni yang direbus tadi...

Gaul sehingga mereka mesra bersama gitu....hehhee


Siapppppp!!!!!!


Senangkan...Nanti nak makan letak lah dalam pinggan ye..hehhe..nak pedas sikit tambah cili potong sendiri..yang ni Umi tak letak cili api dalam tu sebab Azmil tak tahan pedas...

Ni hasil dalam pinggan..tapi tak jadi kaler macam kenny rogers punya..tak pe lah yang penting suami puji sedap..eh... hihihi


Nyum..nyummm

Selamat menjamu selera sume..;)

Friday 21 November 2014

Berat Badan Ibu Mengandung

Salam sahabat2 sekalian..

Hari tu Umi ada cerita yang waktu Umi buka buku pink kat Klinik Kesihatan hari tu da mula kena buat appointment minum air gula next week sebab berat badan dah lebih dari BMI...huhuhuhu...lagipun nurse risau takut ada gejala kencing manis..kencing manis yang ada bila mengandung je..tak bagus untuk kesihatan dan anak dalam kandungan juga..kena sentiansa kawal.

Umi ada beritahu nurse berat ni naik sebab ada baby dalam ni mesti akan ada pertambahan berat badan kan..tapi nurse still cakap "tak pe, awak mesti kena minum juga sebab ini pon demi kebaikan awak"..ok lah saya menurut perintah..hehe

Umi ada juga google tentang apa yang menyebabkan kenaikan berat ibu mengandung..pastu jumpa lah artikel ni..jom baca...dari website babycentre.com.my



Berapakah jumlah berat badan yang akan saya tambah semasa hamil?
Pertama sekali, penting bagi anda menerima hakikat bahawa berat badan anda akan bertambah semasa hamil! Memang seharusnya begitu. Badan anda sedang membesar dan berubah untuk memberikan permulaan yang terbaik bagi bayi anda.

Badan anda akan menjadi sangat besar menjelang tibanya waktu melahirkan. Kira-kira satu pertiga daripada berat badan tambahan ini adalah daripada bayi, plasenta dan air ketuban (cecair amniotik). 

Berikut adalah beberapa anggaran untuk memberi anda idea tentang beratnya:
Semasa lahir, seorang bayi perempuan Malaysia mempunyai berat 3.2kg; bayi lelaki pula 3.4kg.
Cecair amniotik yang menyokong dan menampung bayi anda mempunyai berat 0.8kg.

Tetapi bagaimana pula dengan baki dua pertiga berat yang berlebihan itu? 

Ini diakibatkan oleh perubahan yang berlaku dalam badan anda semasa hamil. 

Sekali lagi, angka ini adalah anggaran sahaja:
Lapisan otot pada uterus (rahim) membesar secara dramatik dan beratnya bertambah sekitar 0.9kg.

Isi padu darah bertambah dan beratnya meningkat sebanyak 1.2kg.

Anda mempunyai lebihan cecair dalam badan sebanyak kira-kira 1.2kg.

Berat payudara pula meningkat sebanyak 0.4kg.

Anda akan menyimpan lemak, kira-kira 4kg, yang akan memberi anda tenaga untuk menyusukan bayi anda.

Menjelang hujung kehamilan, berat badan anda mungkin akan bertambah sebanyak kira-kira 12.5kg berbanding sebelum anda hamil. Ingat, ini hanyalah anggaran kasar pertambahan berat. 

Biarlah penganggar pertambahan berat badan semasa hamil kami mengiranya untuk anda.

Apakah itu indeks jisim badan (body mass index) dan bagaimanakah ia akan berubah?

Indeks jisim badan (body mass index - BMI) mengukur berat anda berbanding ketinggian. Ia adalah cara yang tepat untuk mengetahui samada berat badan anda dalam julat yang sihat atau tidak. Jumlah berat yang patut anda tambah akan bergantung kepada BMI anda sebelum anda hamil.

Secara umumnya, anda patut menambah berat sekitar di antara 10kg dan 12.5kg. Periksalah dengan doktor anda mengenai pertambahan berat yang sesuai untuk anda.

haaaa...baru Umi tahu apa yang terbentuk sekali dengan baby dalam kandungan kan..baguskan ilmu ni ;)

Petua hilangkan sakit kepala


Argh sakitnya kepala!!!!..hah mesti korang pernah rasa sakit kepala kan..berdenyut2..tak boleh nak buat kerja apa..lagi2 kalau migrain terus tak boleh tengok cahaya..malam tadi memang Umi sakit kepala sangat..lepas balik kerja terus rasa berdenyut2..tapi masih kena gagahkan diri untuk ambil adik di KLIA 2 pulak..dalam kereta ada beberapa kali Umi muntah..tak tahu sebab mengandung ke, sebab stress ke, penat ke?..tak dapat dikesan langsung..confuse..hehe..Umi tahan je even doktor cakap panadol boleh diambil oleh ibu mengandung..Umi tak ambil..tak berani pulak..Bcomplex Shaklee tak bawa pulak..tahan je lah sambil cuba tutup mata..Mujur Azmil boleh ikut sekali..dia lah yang drive..selalunya Umi ambil B-Complex Shaklee untuk legakan..sampai je rumah Umi terus mandi dan ambil B-Complex Shaklee dan minum ESP Shaklee sekali...alhamdulillah lega terus...lepas tu nak buat entri 3g line dekat hp problem pula..cyber cafe tutup plak..cuti lah entri sehari semalam..hurmmmm

Eh sebenarnya Umi nak share tentang petua hilangkan sakit kepala secara semulajadi..melalut2 plak..hehe..ni Umi google2 pagi td..jom baca...

ANTARA PETUA :

1. Campurkan MINUMAN ISOTONIK dengan AIR PUTIH pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

2. RENDAMKAN KAKI ke dalam besen yang mengandungi air suam. Ia akan membuatkan tekanan darah turun dari kepala anda.

3. Ambil SEBIJI EPAL HIJAU dan di belah dua, dan ambil 2 gelas air. Rebuskan buah epal tersebut sehingga jadi tinggal 1 gelas air sahaja. Minum air rebusan epal hijau itu begitu aje, tak payah tambah gula. 

4. DUDUK TEGAK boleh jadi ubat penghilang pening atau sakit kepala. Ketika anda duduk dengan posisi membongkok, maka leher akan menahan berat kepala, sehingga ototnya menegang dan menimbulkan rasa peniing. Jadi, ubah posisi duduk anda menjadi tegak, dengan kepala sejajar pada bahu.

5. TIDUR  boleh membantu meredakan pening atau sakit kepala, namun hanya dengan tidur yang berkualiti dan sesuai waktunya, 8 jam per hari. Jika anda tidur sekejap bangun dan tidur balik pastu bangun semula, maka keadaan sakit boleh menjadi lebih parah lagi.

6. Lepas ikatan di kepala bila anda memakai ikat kepala, atau sanggul rambut. Ikatan yang terlalu rapat boleh membuat kulit kepala menegang. Peredaran darah yang terganggu akibat ikat kepala pun boleh mencetuskan pening kepala.

7. Makan makanan pedas boleh membantu penyembuhan pening atau sakit kepala yang anda alami. Bila terasa sakit cari semangkuk tomyam pedas pasti sakit anda kembali pulih

8. Perahkan LIMAU KASTURI rata-rata di kepala, kemudian ramas rambut perlahan-lahan dan picit-picit kepala untuk membuatkan aliran darah berjalan dengan baik. Kulit limau yang diperah kemudian dimasukkan ke dalam besen berisi air. Kemudian jiruskan air tersebut di atas kepala dan badan.

9. Hiris nipis-nipis BAWANG PUTIH. Kemudian letakkan di tepi dahi sehingga rasa sakit kepala hilang.

10. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh. Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.

11. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata. Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).

12. Spa/ Stim/ Mandi air panas. Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatn stim.

13. Picit/ Urutan kepala. Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.

14. Tapis perahan Asam dan Campurkan bersama Santan. Lumurkan keseluruh kepala. Bungkuskan kepala dengan tuala hingga kering. Setelah selesai, Bersihkan rambut dengan air dan syampu.

16. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas bersama 3 gelas air. Letakkan di atas kepala selama 1/2 jam

 17. Daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari.

18. Amalkan surah-surah ini =)
Baca Surah Al-Fatihah (1kali) 
Baca Ayatul Kursi (3 kali) 
Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali) 
Baca Surah Al-Falaq (1kali) 
Baca Surah An-Nas (1kali) 
Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali) 
Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

**NOTA : Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.

Kalau korang nak order Shaklee..boleh lah hubungi Umi juga ye..0132405031..:)

Tuesday 18 November 2014

Kenapa pilih Alfafa

Jom ketahui tentang Alfafa Shaklee..

Kenapa pilih Alfafa Shaklee?..jom baca manfaatnya...



20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan 

1.    Merawat gangguan pencernaan
 2.    Mengawal kolestrol dalam darah 
3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh 
4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok 
5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah 6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan 
7.    Mengurangkan simptom menopous 8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9.    Merawat masalah sembelit 
10.  Menyahkan toksik dalam tubuh
 11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi 
12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh 
13.  Membantu masalah penghadaman 14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu 
15.  Mengurangkan masalah pundi kencing 
16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati 
17.  Meningkatkan kesihatan prostat 
18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita 
19.  Menghangatkan hubungan suami isteri 
20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki 

Keistimewaan Alfalfa Shaklee

1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang) 
2.  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia 
3.  Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji  
4.  Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi 
5.  Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit 
6.  Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan. 7.  Membersihkan hati 
8.  Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang

Umi Azmil
Sms / Whatsapp / Telegram
Blog: http://vitaprecious.blogspot.com

Anda akan diajar dengan pemakanan yang betul dan konsultasi selepas pembelian.  FOC sahaja ;)

Terima kasih kerana singgah disini.
Jumpa lagi...


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Berpuasa ketika hamil

Salam sahabat..Alhamdullillah da 2 hari Umi berjaya puasa ganti..hari ni walaupun kerja masih berjaya berpuasa walaupun beberapa kali terasa macam nak muntah waktu berkerja tadi mungkin masuk angin tapi lepas muntah Umi tak rasa penat pon..boleh teruskan puasa dan kerja macam biasa..alhamdulillah Allah bg kekuatan tu...Mengikut hukum ibu hamil yang muntah disebabkan alahan mengandung puasanya tidak batal..jadi Umi teruskan lagipun bukan sengaja muntah kan..hehe

Umi ada jumpa artikel tentang puasa untuk ibu mengandung..dari website babycentre.com.my..Umi kongsi kan disini..

Adakah selamat untuk saya berpuasa semasa hamil?
Tiada jawapan yang pasti mengenai perkara ini. Walaupun beberapa kajian telah dibuat, kami masih tidak pasti jika berpuasa adalah selamat untuk anda dan bayi anda. 

Walau bagaimanapun, berpuasa semasa hamil nampaknya selamat untuk anda dan bayi jika anda rasa cukup sihat, dan kehamilan sedang berlangsung tanpa masalah.

Kebanyakan pakar-pakar agama berpendapat yang wanita hamil patut berpuasa jika kesihatan mereka mengizinkan. Mereka juga membenarkan wanita hamil untuk tidak berpuasa sekiranya bakal ibu rasa tidak sihat. Ramai bakal ibu wajib menggantikan puasa (qada’) tersebut setelah bayi dilahirkan. 

Bincang dengan doktor anda, dan minta pendapat guru agama atau mereka yang arif dengan hukum Islam untuk membantu anda membuat keputusan yang betul.
Apakah yang ditunjukkan oleh kajian-kajian mengenai puasa semasa hamil?
Ada kajian yang menunjukkan tiada atau sedikit sahaja kesan pada bayi baru lahir apabila ibu mereka berpuasa semasa hamil. Ada juga kajian yang mecadangkan bayi mungkin boleh menghadapi masalah kesihatan di kemudian hari, atau puasa semasa hamil mungkin menjejaskan kepintaran atau keupayaan akademik anak.

Berikut adalah pengetahuan kami dari kajian-kajian yang telah dilakukan:
Skor Apgar bayi wanita yang berpuasa semasa hamil adalah tidak berbeza dari bayi wanita yang tidak berpuasa.
Puasa semasa hamil mungkin boleh menyebabkan menpunyai berat lahir yang rendah, terutama jika puasa itu berlaku pada trimester pertama. Walau bagaimanapun, ada juga kajian lain yang menunjukkan perbezaan dalam berat badan itu adalah sangat kecil.
Bayi-bayi ibu yang puasa semasa hamil atau pada masa konsepsi mungkin membesar untuk menjadi sedikit lebih pendek atau lebih kurus. Sekali lagi, perbezaaan ini adalah sangat kecil.
Imbangan kimia dalam darah berubah bila anda berpuasa. Namun perubahan-perubahan tersebut nampaknya tidak membahayakan ibu dan bayi. 

Memang ada kebimbangan mengenai pertumbuhan bayi dalam kandungan semasa ibunya berpuasa, atau puasa itu dikaitkan dengan pelahiran pramatang. Ada kajian yang mencadangkan bayi akan dilahirkan awal sedikit jika ibunya berpuasa dalam bulan Ramadan, tetapi negara yang anda tinggal juga memainkan peranan.

Bagaimanakah saya boleh menangani puasa?
Wanita yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih baik. Bayi memerlukan nutrien daripada anda, dan jika badan anda mempunyai simpanan tenaga yang cukup, kesan puasa pada bayi anda mungkin berkurang.

Bagaimana badan anda menghadapi puasa juga bergantung kepada:
peringkat kehamilan;
kesihatan am anda sebelum hamil;
berapa lama anda berpuasa dalam sehari.
Bagaimana dengan wanita-wanita lain?
Menurut sesetengah kajian, tiga perempat wanita-wanita Islam yang hamil di seluruh dunia memilih untuk berpuasa di bulan Ramadan. Tetapi setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi puasa. 

Kebanyakan pemimpin Islam berkata yang wanita hamil patut berpuasa jika kesihatan mereka mengizinkan. Mereka juga membenarkan wanita hamil untuk tidak berpuasa sekiranya bakal ibu rasa tidak sihat. Jangan abaikan kebenaran khas ini jika anda rasa kurang sihat, atau anda takut puasa akan memudaratkan anda atau bayi anda.

Hanya anda boleh menilaikan bagaimana sihat anda rasa, dan apa keputusan yang tepat bagi anda. Bincanglah dengan keluarga anda, bidan atau doktor, dan ustaz atau ustazah, untuk membantu anda menimbangkan pilihan anda.

Monday 17 November 2014

Resepi Ayam Butter

Alhamdulillah..selesai berpuasa untuk hari ni..Umi ada beberapa hari lagi untuk abeskan puasa ganti..semoga Allah beri kekuatan untuk abeskan sebelum bersalin nanti. Hari ni Azmil mintak Umi masakkan ayam butter..tetiba teringin pulak pak cik ni..dah lah Umi tak pernah masak lagi..ni first time nak masak..puasa plak tu..tak tahu lah rasa pe..hehe..demi cinta hati beta ni..ku cuba selongkar resepi ni di google..jumpalah resepi Ayam Butter ni..ok lah boleh tahan juga..

Bahan2 yang diperlukan :
bawang merah
bawang putih
Buttercup
Daun Kari
Susu Fresh milk ( yang ni Umi ganti dgn susu cair F&N sebab xde susu segar tu..xpelah asal susu..hehe)
Ayam
sedikit kiub ayam knor

Ayam tu kena perap dulu rupanya..peraplah dengan tepung jagung , gula , garam dan serbuk kari..biarkan sejam pastu goreng hingga kekuningan . ketepikan.

Ok pastu kita mula buat kuah butter tu pula..masukkan butter..cairkan pastu tumis bawang2 dan daun kari tu sekali. Bila dah naik bau masukkan susu dan sedikit kiub ayam knor..tambahlah garam secukup rasa..kacau pastu masukkan ayam yang kita goreng tadi..gaul sehingga mereka mesra bersama gitu..hehe..siap!!..jangan lupa tutup api gas ye..

Taraaaaa!!!!!


memang Azmil suka betul sampai bertambah nasi 2 kali..alhamdulillah suami suka..hati pon gembira gitu..hehe

Ok selamat menjamu selera ye..tataaaa

Omega 3 Penting Untuk Ibu Mengandung

Umi tahu pasti setiap impian ibu hamil adalah untuk melahirkan anak yang sihat, sempurna dan bijak dan juga dengan selamat..insha Allah.

Jadi peranan Omega 3 untuk ibu mengandung adalah untuk membantu perkembangan yang bagus untuk otak anak dalam kandungan..ianya mudah terdapat dari ikan yang memang terkenal dengan kekayaan omega 3. 

Mengapa Pengambilan Omega 3 Penting Semasa Mengandung?

•untuk pembangunan penglihatan dan kognitif bayi

•mengurangkan risiko alergi dikalangan bayi

• digunakan selepas bersalin untuk membuat susu ibu

•untuk perkembangan sistem saraf otak bayi

•mencegah kelahiran pramatang, mengurangkan risiko pre-eklampsia dan boleh meningkatkan berat kelahiran bayi

•mengurangkan risiko kemurungan ibu mengandung

Jadi untuk memudahkan ibu mengandung mengambil sumber Omega 3 ni..Umi perkenalkan Omega Guard Shaklee..mudah diambil dalam bentuk tablet. Apakah kelebihannya...




Kelebihan Omega Guard Shaklee

Melindungi Jantung anda ~Ia membekalkan asid lemak omega -3 berpotensi ultratulen dgn spektrum penuh bergred farmaseutikal 
Membantu mengurangkan risiko sakit jantung ~satu penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega -3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Ultratulen dan bergred Farmaseutikal ~Omega Guard dihasilkan melalui satu proses penyulingan proprietari 3 molekul yg memekatkan asid lemak omega -3 yg bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bhn2 berbahaya seperti merkuri dan plumbum yg terdpt dlm ikan
Minyak Ikan terbaik di dunia~mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA,DHA,ALA dll. EPA menyihatkan jantung dan sendi,DHA penting bagi perkembangan dan fungsi2 otak.
Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti :- 

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Itu antara kelebihan Omega Guard Shaklee..boleh hubungi Umi untuk order ye..;)

Pengedar Shaklee Anda
Umi Azmil

Sunday 16 November 2014

Kebaikan ESP Shaklee untuk ibu mengandung

Kebaikan Utama ESP untuk wanita mengandung



1. ESP meningkatkan Sistem Imun Badan Si Ibu. 

ESP adalah minuman protein yang berkhasiat. Protein membantumeningkatkan sistem imun badan si ibu. Ramai yang tidak tahu, selain Vitamin C, protein juga sangat bagus untuk menguatkan imuniti kita. Malah, protein lebih mudah di cerna oleh ibu hamil dan bayi yang dikandung.


2. ESP Mengawal Berat Si Ibu dan Mengelak Serangan Diabetes

Tidak dinafikan apabila kandungan mencecah 5 bulan ke atas, selera makan si ibu akan meningkat secara mendadak. Masa ni lah kita rasa nak makan, makan dan makan. Itu adalah normal bagi ibu-ibu mengandung, tetapi kita harus mengawal pemakanan agar berat tidak naik secara mendadak dan menyebabkan kencing manis atau diabetes. 

ESP adalah minuman berprotein yangrendah Indek Gliesmiknya (GI). Makanan yang rendah GI melambatkan penyerapan glukosa di usus kecil. Ini membuatkan kita berasa kenyang untuk masa lebih lama walaupun pengambilan saiz makanan yang kecil. Sebab itulah, ramai ibu-ibu mengandung sukakan ESP kerana ia membekalkan tenaga berpanjangan. Serangan diabetes terjadi apabila si ibu memakan makanan tinggi GI (makan makanan berat seperti nasi, manisan, air manis, dll) pada kadar yang banyak dan kerap.


3. ESP membantu pembentukan otot dan otak bayi. 

Protein penting untuk perkembangan otak bayi. Otak bayi mula berkembang seawal persenyawaan berlaku lagi begitu juga ototnya. Seperti yang kita tahu, otak manusia terdiri daripada sel dan sel pula dihasilkan daripada PROTEIN.Protein yang baik sangat diperlukan oleh bayi untuk membina sel-sel ini dan sangatlah penting si ibu mendapatkan protein yang cukup ketika mengandung. 


4. ESP membantu membentuk kulit yang gebu dan cantik.

Protein perlu dalam penghasilan sel-sel kulit yang baru. Sel-sel kulit yang telah mati perlu diganti dengan sel baru. Dengan minum ESP, sel-sel kulit si ibu akan bertambah gebu dan lebih menarik kerana bantuan protein yang diminum. Parut juga berkurang kerana penggantian sel-sel baru ini. Si ibu akan juga merasa lebih menarik walaupun berbadan dua. Tidak lupa juga kulit bayi di dalam kandungan. Bayi yang dilahirkan berpotensi mempunyai kulit yang mulus, gebu dan cantik. 


5. ESP membantu ibu-ibu morning sickness dan alah di awal kehamilan. 

Di awal kehamilan, adalah suatu yang normal bagi ibu-ibu mengalami morning sickness dan alah yang teruk sehingga muntah-muntah. Kita juga akan merasa mual terutama apabila perut kosong. ESP membantu membekalkan tenaga yang berpanjangan dan kenyang yang lebih lama. Tambahan pula, ia juga mudah di hadam berbanding makanan berprotein yang lain.

Berminat tak?..kalau nak order hubungi Umi ye....

Pengedar Shaklee Anda
Umi Azmil

Perut Kejang Ketika Hamil

Adakah kejang perut sesuatu yang normal semasa hamil?

Ya. Kekejangan dan kesakitan lain di perut adalah normal. Jika ia berlaku tanpa simptom-simptom yang lain, tiada apa yang perlu dibimbangkan. 

Membawa bayi dalam kandungan memberi banyak tekanan ke atas otot-otot, sendi dan urat-urat anda. Maka tidak hairanlah jika anda rasa tidak selesa di bahagian perut. 

Sepanjang kehamilan, tisu-tisu kental dan fleksibel (ligamen) yang menyambungkan tulang-tulang anda meregang untuk menyokong pembesaran uterus (rahim) anda. Jadi apabila anda bergerak, anda mungkin rasa sakit sedikit pada sebelah atau kedua-dua belah badan anda.

Apabila bayi semakin membesar, uterus lebih terdorong untuk menyenget ke kanan dan ligamen-ligamen di bahagian itu mungkin tertarik atau mengejang. Oleh itu, anda mungkin rasa sakit lebih kerap pada bahagian kanan.
Ada apa-apakah yang boleh saya lakukan untuk melegakan kekejangan?
Berehat apabila kesakitan berlaku biasanya dapat melegakan kekejangan, begitu juga dengan langkah-langkah berikut:
Cuba duduk sebentar.
Baring mengiring ke bahagian bertentangan di mana kesakitan itu berlaku, dan tinggikan kaki anda.
Mandi air hangat.
Tuam bahagian yang sakit menggunakan botol air panas atau beg gandum.
Cuba relaks.
Kadang-kadang, anda juga boleh mengalami kekejangan dan sakit belakang semasa bersama suami, terutamanya ketika mencapai orgasme. Orgasme menyebabkan denyutan berombak dalam faraj sehingga ke uterus, dan ini boleh menyebabkan anda rasa seakan-akan kekejangan setelah ia selesai. 

Hubungan kelamin semasa hamil boleh membuat keadaan ini terasa lebih seperti kekejangan jenis kontraksi, terutamanya dalam trimester ketiga. 

Anda boleh mengurangkan kemungkinan berlakunya kekejangan ini dengan melakukannya dengan lembut dan perlahan. Urutan belakang yang lembut selepas mencapai orgasme juga mungkin membantu. 
Bagaimana jika saya rasa tidak sihat dan mengalami kekejangan?
Kekejangan yang berlaku seiring dengan rasa tidak sihat tidak mempunyai kaitan dengan kehamilan. Penyakit apendiks, batu karang, jangkitan salur kencing atau masalah pundi kencing kesemuanya boleh menyebabkan kekejangan perut. 

Ada kemungkinan kehamilan menyebabkan masalah ini. Fibroid dalam uterus yang sebelum ini tidak mengganggu anda mungkin akan membuat anda tidak selesa apabila anda sedang hamil. 

Ingatlah apa yang anda rasakan dan beritahu doktor anda mengenainya. Doktor anda boleh memastikan samada kesakitan ini adalah kesakitan biasa atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, jangan tunggu untuk mendapatkan bantuan jika kekejangan itu tidak hilang selepas beberapa minit anda berehat, atau jika ia disertai dengan:
sakit atau pedih ketika anda membuang air kecil;
rembesan faraj yang tidak normal;
pendarahan atau terdapat tompokan darah;
lebam dan kesakitan;
muntah;
demam;
rasa seram sejuk.
Bilakah kekejangan menjadi satu kebimbangan dalam trimester pertama?
Kejang perut biasanya tidak perlu dibimbangkan jika berlaku semasa awal kehamilan. Tetapi kadang kala jika ia disertai dengan simptom-simptom yang lain, anda mungkin perlu berjumpa doktor.

Keguguran awal 
Malangnya, keguguran awal biasa berlaku. Ia biasanya berlaku kerana bayi tidak berkembang dengan sepatutnya. Anda akan mengalami kekejangan, pendarahan dan kesakitan di tengah-tengah bahagian bawah perut bila-bila masa sehingga minggu ke-12 kehamilan. Hubungi doktor anda atau pihak hospital, kemudian baring atau duduk dengan kaki ditinggikan dan berehatlah sebaik mungkin.

Jika anda mengalami pendarahan yang teruk (sehingga terpaksa menggunakan lebih daripada satu tuala wanita dalam satu jam), terus pergi ke bahagian kemalangan dan kecemasan di hospital berdekatan.

Kehamilan di luar rahim 
Sepertimana namanya, kehamilan di luar rahim atau kehamilan ektopik adalah kehamilan yang berkembang di luar uterus (rahim). Malang sekali, kehamilan seperti ini tidak dapat diselamatkan. Ia merupakan satu masalah yang serius, maka anda perlu mendapatkan rawatan segera. 

Anda akan rasa kejang dan sakit yang biasanya bermula pada sebelah bahagian perut dan merebak ke seluruh bahagian perut. Anda juga mungkin mengalami pendarahan yang cair dan berwarna gelap. Ia biasanya berlaku di antara minggu kelima dan ke-10 kehamilan. Hubungi doktor anda atau pergi terus ke bahagian kecemasan di hospital berhampiran kerana kehamilan di luar rahim memerlukan rawatan segera.
Bilakah kekejangan menjadi satu kebimbangan dalam trimester kedua?
Sakit perut yang tidak disertai simptom-simptom lain dalam trimester kedua mungkin tidak perlu dibimbangkan. Namun jika ia disertai dengan pendarahan, ada kemungkinan kecil ia merupakan tanda anda mengalami keguguran lewat.

Ingatlah bahawa keguguran lewat sangat jarang berlaku berbanding keguguran awal. Hanya kira-kira satu dalam 100 keguguran berlaku pada lewat kehamilan.

Jika anda mengalami keguguran lewat, anda akan rasa kejang disertai pendarahan teruk selepas 12 minggu dan sebelum 24 minggu kehamilan. Jika anda mengalami pendarahan ringan atau rembesan faraj, hubungi doktor anda untuk mendapatkan nasihat. Jika anda mengalami pendarahan yang teruk, pergi terus ke bahagian kecemasan atau unit materniti di hospital berdekatan.
Bilakah kekejangan menjadi satu kebimbangan dalam trimester ketiga?
Sampai ke trimester ketiga bermaksud anda hampir tiba ke penghujung kehamilan. Kejang perut mungkin bermakna badan anda telah mula bersiap sedia menghadapi proses kelahiran, maka perkara utama yang perlu dibimbangkan ialah kelahiran pramatang. 

Jika anda sakit bersalin awal, ini tidak semestinya bermakna anda akan bersalin ketika itu. Kadang kala, selagi air ketuban anda belum pecah, ia hanyalah sakit biasa. 

Jika kelahiran pramatang berlaku, anda akan rasa sakit di bahagian pelvis atau bahagian bawah perut, sakit belakang, kejang perut dan cirit-birit. Anda mungkin rasa ketuban anda pecah, disertai dengan kontraksi yang kerap ataupun uterus anda terasa mengetat, namun biasanya tidak menyakitkan. Ini boleh berlaku pada bila-bila masa di antara minggu ke-24 dan minggu ke-37 kehamilan.

Hubungi doktor anda serta merta jika anda rasa air ketuban anda sudah pecah.

Kekejangan yang berlaku selepas minggu ke-37 kehamilan mungkin bermakna anda telah masuk ke peringkat awal kelahiran. Pada peringkat ini, kekejangan bukan lagi satu kebimbangan. Ia adalah sebahagian daripada cara badan anda bersiap sedia untuk melahirkan. Anda juga mungkin akan rasa sakit pada bahagian bawah pinggang yang disebabkan oleh tekanan yang bertambah pada pelvis dan belakang anda. 

Kekejangan semasa peringkat awal pelahiran tidaklah seteruk kontraksi yang akan anda alami dalam peringkat pelahiran aktif. Anda mungkin dapati berehat di atas sofa atau berjalan-jalan dapat membantu. Jika anda dapat mencari cara tersendiri untuk menangani ketidakselesaan ini sekarang, ia akan membantu anda apabila tiba ke peringkat pelahiran aktif nanti. 

kredit : babycentre.com.my

Saturday 15 November 2014

Kenapa ibu mengandung kena minum air gula

Semalam Umi da buka buku pink..alhamdulillah Allah permudahkan..tak payah tunggu lama pon..kejap je..timbang berat, jumpa nurse - interview sikit lepas tu ambil darah, test urine lepas tu jumpa doktor..b
settle...tak rasa lama menunggu sebab banyak kena buat tu buat ni..ok lah tak bosan sangat..hehe..tapi yang tak bestnya waktu kena interview dengan nurse waktu dia isi maklumat dalam buku pink tu, nurse cakap berat Umi lebih dari BMI!!..jadi keputusannya adalah 2 minggu lagi datang minum air gula...huhu..da lah first visit..terus kena suruh buat appointment untuk minum air gula..adoiii tak pasal2 kan..tulah Umi nape da berat sebelum mengandung..kan tak pasal2..huhuhu

Nurse beritahu Umi kena minum air gula untuk test samaada Umi ada mengalami kencing manis ketika hamil ke tak dan nurse beritahu juga kalau ada, Doktor akan suggest tarikh untuk bersalin dan yang pasti kena bersalin tak lebih dari tarikh due..Ok redha ye..tunggu 2 minggu lagi..harap2 tak de pape masalah lah..nervous pula..hehe

Ok lah Umi ada jumpa artikel ni..jom baca sama2 eh

Semasa mengandung, wanita berisiko mendapat Gestational diabetes, yang juga dikenali sebagai gestational diabetes mellitus, GDM. Ia adalah diabetes atau sakit kencing manis yang hanya terjadi ketika hamil dan bukannya ketika tidak mengandung.


Ujian Minum Air Gula adalah salah satu cara untuk mengetahui jika anda menghidap GDM. Kebiasaannya ujian minum air gula (glucose) dilakukan pada usia kandungan 24 – 28 minggu. Jika anda mempunyai risiko untuk mempunyai GDM seperti contoh pernah mempunyai masalah ni semasa kandungan sebelumnya, maka doktor akan membuat ujian lebih awal dari 24 minggu. Mungkin sejurus selepas mengetahui anda mengandung.

2 Kaedah Ujian GDM

1) Ibu mengandung perlu berpuasa selama 4 – 8 jam. Bacaan gula dalam badan akan diukur. Selepas tu kena minum segelas air bergula yang sangat pekat. Kemudian 2 jam berikutnya, pengukuran bacaan gula dalam darah dilakukan.

2) Kandungan gula dalam darah akan dibuat selepas 1 jam meminum air bergula. Jika bacaan adalah normal, maka ibu mengandung tidak mempunyai masalah GDM. Jika bacaan tidak normal, wajib laksanakan Kaedah 1.

Adakah GDM Berbahaya Pada Bayi?

Kebanyakkan wanita yang mempunyai GDM akan melahirkan bayi yang sihat, terutamanya apabila mereka kawal kandungan gula dalam darah mereka dengan makan makanan sihat, buat senaman ringan dan mengekalkan penambahan berat badan yang sihat. Namun dalam beberapa kes, GDM boleh memberi kesan yang membahayakan kandungan anda.

Ini adalah beberapa risiko:-

• Tubuh badan bayi dalam kandungan lebih besar dari normal. Maka anda berisiko untuk melahirkan bayi melalui pembedahan ceaseran.

• Kandungan darah dalam badan bayi terlalu rendah. Dalam kes ni, disarankan untuk menyusukan bayi secepat mungkin agar dapat membantu menyalurkan glucose pada tubuh badan bayi. Dalam kes yang kritikal, bayi mungkin terpaksa diberi glucose melalui tube drip.

• Bayi berisiko mendapat neonatal jaundis.

• Bayi mungkin mempunyai kesukaran untuk bernafas dan perlu diberi bantuan oksigen.

• Bayi mempunyai kadar mineral yang rendah dalam darah. Ini boleh menyebabkan otot ‘twitching’ (tergerak-gerak) atau krem. Tapi ini boleh diselesaikan dengan memberi mineral tambahan pada bayi.

TIPS UNTUK IBU MENGANDUNG YANG MENGALAMI GDM?

Selalunya kandungan sentiasa sihat jika ibu mengandung ikut apa yang disarankan oleh doctor. Tips dibawah boleh dijadikan panduan untuk anda yang mengalami GDM:-

1. Ketahui bacaan gula dalam darah anda dan pastikan ia sentiasa terkawal – Adalah lebih mudah untuk senantiasa mengetahui bacaan gula anda agar ianya senantiasa terkawal. Mungkin anda perlu ulang alik ke klinik untuk buat ujian. Jika mampu boleh beli alat pengukur dan buat ujian dirumah.

2. Amalkan diet yang sihat – Selalunya doktor akan menasihatkan dan mencadangkan pemakanan yang sesuai dengan anda. Selalunya pengawalan makanan berkarbohidrat adalah mustahak. Makanan tinggi gula juga perlu dikawal. Biskut, cookies, roti putih banyak terdapat gula tersembunyi maka perlulah kawal pengambilannya.

3. Buat ativiti fizikal tahap sederhana – Bersenam dapat membantu mengawal kadar gula dalam badan. Pilih yang terbaik dan mintalah nasihat doktor.

4. Mengawal berat badat yang sihat – Pastikan penambahan berat badan adalah sihat. Penting untuk membuat rekod ini. Namun selalunya klinik atau hospital bersalin akan memantau juga dalam hal ini.

5. Buat rekod harian berkenaan diet, aktiviti fizikal dan bacaan gula. Ini akan membantu anda mengetahui apa yang membantu anda dalam mengawal gula dan apa yang akan meningkatkan bacaan gula.

Terdapat juga kes yang teruk dimana Ibu terpaksa mengambil insulin untuk menurunkan kadar gula dalam darah. Namun ada juga yang perlu buat ujian darah darah untuk mengetahui jika mereka mendapat glucose yang secukupnya.

Adakah GDM akan sembuh selepas Kelahiran?

Bagi kebanyakan wanita, paras gula akan kembali normal selepas kelahiran. Enam minggu selepas kelahiran, anda perlu membuat ujian untuk memastikan paras gula adalah normal. Ini juga membantu jika anda mempunyai risiko diabetes di masa hadapan.

Jika anda ingin mengandung lagi, ujian gula perlu dibuat 3 bulan sebelum mengandung untuk memastikan bacaan senantiasa normal.
Menurut kajian, anak yang mana ibunya mempunyai GDM akan berisiko tinggi dalam obesiti, glucose tolerance yang tidak normal dan diabetes. Risiko obesiti dan diabetes jenis 2 juga tinggi bagi ibu dan anak, maka perlulah jaga kesihatan untuk mengurangkan risiko ini.

Cara pantas bantu masalah angin dalam badan

Salam semua..hari tu Umi ada cerita berkenaan Peppermint Ginger Plus Shaklee kan..



Siapa yang boleh ambil ni..mereka2 adalah seperti berikut..hehe

Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness

- Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat

Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin

Mereka yang sering mengalami kembung perut

- Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan

Kalau ada masalah2 seperti diatas boleh lah cuba ambil ni..lagipun kandungannya adalah dari bahan2 semulajadi.

Umi tunjukkan beberapa testimoni ye




Memang betul2 membantu kan..semuanya dengan izin Allah ;)

Pengedar Shaklee Anda
Umi Azmil

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Friday 14 November 2014

Cara Kurangkan Sembelit Ketika Hamil

Kebiasaanya, wanita mengandung mudah mengalami sembelit. Kadang-kadang jika tidak diatasi sembelit ini ia boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih parah.Kemungkinan besar wanita hamil ini boleh menyebabkan buasir.

Kenapa mudahnya terjadi sembelit bagi wanita mengandung?

Ada banyak faktor sebenarnya. Tetapi disini kita akan membincangkan 2 faktor sahaja iaitu pemakanan dan supplement.

Bagi wanita yang hamil, perlu dielakkan untuk mengambil makanan yang pedas dan makanan yang berjenis 'fast-food'. Makanan-makanan ini semua akan menyebabkan najis menjadi keras kerana dalam makanan tersebut tiada serat yang mengandungi air. Najis yang keras inilah mencetuskan sembelit buat ibu mengandung.

Bagi Umi cara untuk kurangkan sembelit  ketika hamil, buat masa ni Umi amalkan ESP Shaklee sahaja..alhamdulillah membantu melawaskan Umi..

Umi minum ESP campur dengan milo atau susu segar pagi2 lepas bangun tido..beberapa minit lepas tu Umi terus membuang..memang rasa puas gile!..hehehe..Kalau ada hari tu Umi tak membuang dan sakit perut terus je bancuh ESP Shaklee sekali lagi..Umi letak satu sudu besar dengan 500 ml air..memang terus jalan..sekejap je..hehe...tu Umi punya pengalaman lah..korang boleh juga cuba..


Umi rasa ESP Shaklee ni membantu sebab kandungannya yang mudah dihadam dan juga ianya membantu sumber cecair dalam badan..nak bancuh ESP kan guna air..jadi secara tak langsung menambah cecair..tak gitu..hehe..lagipon salah satu punca sembelit adalah kurang air dalam badan.
Cuba tengok kalau 3 kali sehari ambil ESP ni dengan jumlah air 300 ml untuk satu sudu ESP jadi secara tak langsung nak dekat 1 liter kita minum air hari tu..tu belum campur dengan minum air sebelum dan selepas minum ESP tu..kira2 dekat 2-3 liter lah sehari..mudahkan..;)

Ada satu lagi supplemen Shaklee yang kawan2 Shaklee Umi syorkan iaitu Ostematrix..sumber kalsium dalam bentuk tablet..tapi yang ni Umi belum amalkan lagi..tapi Umi cerita sikit kat sini ye


Osteomatrix sebenarnya terdapat dalam cadangan set vitamin untuk ibu mengandung. Secara umumnya, osteomatrix ini dikenali sebagai kalsium. Namun menyedari permasalahan sembelit sering menghantui ibu2 hamil ini, shaklee mempertingkatkan formula osteomatrix menjadi lebih daripada sekadar kalsium.

Osteomatrix shaklee juga 2 in 1..ianya membekalkan kalsium dan pada masa yang sama bertindak sebagai pelawas untuk memudahkan ibu2 hamil ini membuang air tanpa perlu melalui pengalaman ngeri sembelit.

Ok itu dua supplemen yang boleh kita ambil untuk kurangkan sembelit ketika mengandung ni sebab Umi tahu keadaannya sangat tak menyelesakan dan tak senang duduk kan..kalau korang pon ada masalah ni boleh lah cuba ilhtiar dengan ESP Shaklee dan Ostematrix ni..Insha Allah membantu..

Pengedar Shaklee Anda
Umi Azmil

Terima kasih kerana singgah disini..jumpa lagi ye ;)

Sembelit Ketika Mengandung

Salam semua...hari ni kita baca tentang sembelit ketika hamil ye..ada tak bakal2 ibu yang mengalaminya..Umi faham sembelit yang sangat tidak menyelesakan..Umi pon pernah alami ni juga sekarang ni..tapi Umi ada cara untuk membantu kurangkan sembelit dengan supplemen Shaklee..Apakah supplemen tu Umi certa di entri lain ye..Jom kita baca info tentang sembelit ketika hamil ni dulu ye...



Mengapakah saya sering sembelit ketika hamil?
Sembelit ialah masalah biasa semasa hamil. Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami sembelit. Ini diakibatkan oleh tekanan oleh uterus anda yang semakin membesar ke atas rektum, serta hormon-hormon kehamilan yang memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman anda. Sesetengah pil zat besi juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.

Apakah yang boleh saya lakukan mengenainya?
Pertama sekali, perhatikan bila dan bagaimana anda pergi ke tandas. Biasakan diri pergi ke tandas pada kali pertama anda rasa mahu membuang air besar. Waktu awal pagi atau kira-kira satu jam selepas waktu makan adalah masa-masa yang sesuai untuk anda cuba ke tandas. Cuba ambil masa lebih sedikit untuk bersendirian, walaupun ini agak sukar jika anda mempunyai anak-anak lain untuk dijaga. 

Kaedah-kaedah lain juga boleh membantu: 

Awasi diet anda. Pastikan anda minum air secukupnya dan lakukan senaman.
Makan makanan berserat tinggi seperti bijirin bijian penuh, roti bijian penuh dan buah-buahan serta sayur-sayuran segar setiap hari. Jika anda tidak biasa makan makanan berserat tinggi, masukkannya ke dalam diet anda secara beransur-ansur untuk mengelakkan anda mengalami kembung dan angin.
Minum banyak air atau jus buah-buahan, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Jus prun juga boleh membantu.
Bersenam! Berjalan, berenang, menunggang basikal senaman dan yoga kesemuanya boleh membantu mengurangkan sembelit, dan membuatkan anda berasa lebih cergas dan sihat.

Jika anda mengambil suplemen pranatal yang mengandungi zat besi, tanyalah doktor jika ada pilihan lain. 

Jangan ambil ubat-ubatan berbentuk julap yang boleh didapati di pasaran tanpa mendapat nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu. Jika perubahan pada diet dan gaya hidup tidak membantu, mungkin doktor anda boleh memberi ubat yang selamat diambil semasa hamil. 

Adakah sembelit semasa hamil boleh menjadi masalah yang serius?
Sembelit bukanlah satu masalah besar bagi kebanyakan wanita hamil, tetapi jika ia berlarutan, maklumkanlah kepada doktor anda. 

Kadang-kala, sembelit boleh menyebabkan buasir. Ini boleh jadi menyakitkan, gatal dan tidak selesa, tetapi boleh dirawat menggunakan krim dan minyak untuk mengurangkan simptomnya. Buasir biasanya reda sendiri tidak lama selepas anda bersalin.