Sunday 9 November 2014

Kelebihan Ayat Seribu Dinar

Salam kawan2 ku..malam ni jom baca tentang ayat dinar..Umi jumpa di website shafiqolbu.wordpress.com..Umi kongsikan disini ye..semoga sama2 bermanfaat dan tuan website mendapat banyak pahala dari perkongsian ilmunya kepada kita..insha Allah :)



Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.

Hikmah Ayat 1000 Dinar.

Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:

1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.
2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.
4. Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Sejarah Dinamakan 1000 Dinar

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat berkenaan.

Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah diajarkan Nabi Khidir.

Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat 1000 dinar.

Waallahua'lam..

No comments:

Post a Comment