Saturday 15 November 2014

Kenapa ibu mengandung kena minum air gula

Semalam Umi da buka buku pink..alhamdulillah Allah permudahkan..tak payah tunggu lama pon..kejap je..timbang berat, jumpa nurse - interview sikit lepas tu ambil darah, test urine lepas tu jumpa doktor..b
settle...tak rasa lama menunggu sebab banyak kena buat tu buat ni..ok lah tak bosan sangat..hehe..tapi yang tak bestnya waktu kena interview dengan nurse waktu dia isi maklumat dalam buku pink tu, nurse cakap berat Umi lebih dari BMI!!..jadi keputusannya adalah 2 minggu lagi datang minum air gula...huhu..da lah first visit..terus kena suruh buat appointment untuk minum air gula..adoiii tak pasal2 kan..tulah Umi nape da berat sebelum mengandung..kan tak pasal2..huhuhu

Nurse beritahu Umi kena minum air gula untuk test samaada Umi ada mengalami kencing manis ketika hamil ke tak dan nurse beritahu juga kalau ada, Doktor akan suggest tarikh untuk bersalin dan yang pasti kena bersalin tak lebih dari tarikh due..Ok redha ye..tunggu 2 minggu lagi..harap2 tak de pape masalah lah..nervous pula..hehe

Ok lah Umi ada jumpa artikel ni..jom baca sama2 eh

Semasa mengandung, wanita berisiko mendapat Gestational diabetes, yang juga dikenali sebagai gestational diabetes mellitus, GDM. Ia adalah diabetes atau sakit kencing manis yang hanya terjadi ketika hamil dan bukannya ketika tidak mengandung.


Ujian Minum Air Gula adalah salah satu cara untuk mengetahui jika anda menghidap GDM. Kebiasaannya ujian minum air gula (glucose) dilakukan pada usia kandungan 24 – 28 minggu. Jika anda mempunyai risiko untuk mempunyai GDM seperti contoh pernah mempunyai masalah ni semasa kandungan sebelumnya, maka doktor akan membuat ujian lebih awal dari 24 minggu. Mungkin sejurus selepas mengetahui anda mengandung.

2 Kaedah Ujian GDM

1) Ibu mengandung perlu berpuasa selama 4 – 8 jam. Bacaan gula dalam badan akan diukur. Selepas tu kena minum segelas air bergula yang sangat pekat. Kemudian 2 jam berikutnya, pengukuran bacaan gula dalam darah dilakukan.

2) Kandungan gula dalam darah akan dibuat selepas 1 jam meminum air bergula. Jika bacaan adalah normal, maka ibu mengandung tidak mempunyai masalah GDM. Jika bacaan tidak normal, wajib laksanakan Kaedah 1.

Adakah GDM Berbahaya Pada Bayi?

Kebanyakkan wanita yang mempunyai GDM akan melahirkan bayi yang sihat, terutamanya apabila mereka kawal kandungan gula dalam darah mereka dengan makan makanan sihat, buat senaman ringan dan mengekalkan penambahan berat badan yang sihat. Namun dalam beberapa kes, GDM boleh memberi kesan yang membahayakan kandungan anda.

Ini adalah beberapa risiko:-

• Tubuh badan bayi dalam kandungan lebih besar dari normal. Maka anda berisiko untuk melahirkan bayi melalui pembedahan ceaseran.

• Kandungan darah dalam badan bayi terlalu rendah. Dalam kes ni, disarankan untuk menyusukan bayi secepat mungkin agar dapat membantu menyalurkan glucose pada tubuh badan bayi. Dalam kes yang kritikal, bayi mungkin terpaksa diberi glucose melalui tube drip.

• Bayi berisiko mendapat neonatal jaundis.

• Bayi mungkin mempunyai kesukaran untuk bernafas dan perlu diberi bantuan oksigen.

• Bayi mempunyai kadar mineral yang rendah dalam darah. Ini boleh menyebabkan otot ‘twitching’ (tergerak-gerak) atau krem. Tapi ini boleh diselesaikan dengan memberi mineral tambahan pada bayi.

TIPS UNTUK IBU MENGANDUNG YANG MENGALAMI GDM?

Selalunya kandungan sentiasa sihat jika ibu mengandung ikut apa yang disarankan oleh doctor. Tips dibawah boleh dijadikan panduan untuk anda yang mengalami GDM:-

1. Ketahui bacaan gula dalam darah anda dan pastikan ia sentiasa terkawal – Adalah lebih mudah untuk senantiasa mengetahui bacaan gula anda agar ianya senantiasa terkawal. Mungkin anda perlu ulang alik ke klinik untuk buat ujian. Jika mampu boleh beli alat pengukur dan buat ujian dirumah.

2. Amalkan diet yang sihat – Selalunya doktor akan menasihatkan dan mencadangkan pemakanan yang sesuai dengan anda. Selalunya pengawalan makanan berkarbohidrat adalah mustahak. Makanan tinggi gula juga perlu dikawal. Biskut, cookies, roti putih banyak terdapat gula tersembunyi maka perlulah kawal pengambilannya.

3. Buat ativiti fizikal tahap sederhana – Bersenam dapat membantu mengawal kadar gula dalam badan. Pilih yang terbaik dan mintalah nasihat doktor.

4. Mengawal berat badat yang sihat – Pastikan penambahan berat badan adalah sihat. Penting untuk membuat rekod ini. Namun selalunya klinik atau hospital bersalin akan memantau juga dalam hal ini.

5. Buat rekod harian berkenaan diet, aktiviti fizikal dan bacaan gula. Ini akan membantu anda mengetahui apa yang membantu anda dalam mengawal gula dan apa yang akan meningkatkan bacaan gula.

Terdapat juga kes yang teruk dimana Ibu terpaksa mengambil insulin untuk menurunkan kadar gula dalam darah. Namun ada juga yang perlu buat ujian darah darah untuk mengetahui jika mereka mendapat glucose yang secukupnya.

Adakah GDM akan sembuh selepas Kelahiran?

Bagi kebanyakan wanita, paras gula akan kembali normal selepas kelahiran. Enam minggu selepas kelahiran, anda perlu membuat ujian untuk memastikan paras gula adalah normal. Ini juga membantu jika anda mempunyai risiko diabetes di masa hadapan.

Jika anda ingin mengandung lagi, ujian gula perlu dibuat 3 bulan sebelum mengandung untuk memastikan bacaan senantiasa normal.
Menurut kajian, anak yang mana ibunya mempunyai GDM akan berisiko tinggi dalam obesiti, glucose tolerance yang tidak normal dan diabetes. Risiko obesiti dan diabetes jenis 2 juga tinggi bagi ibu dan anak, maka perlulah jaga kesihatan untuk mengurangkan risiko ini.

No comments:

Post a Comment