Thursday 13 November 2014

Khasiat Tomato Yang Mengujakan!!


Sebut tomato pasti semua kenalkan..salah satu jenis sayuran yang Umi suka makan. Rasa baby dalam perut ni pun suka sebab lately suka sangat makan tomato mentah2 macam tu saja. Sedap rasanya yang masam2 di tekan dan membantu hilangkan loya Umi..jadi sekarang tak perlu lagi asam..Umi makan tomato je terus..senang dan berkhasiat lagi..hehe

Umi ada jumpa beberapa artikel tentang khasiat tomato ni..Umi jumpa dalam website Pesona Pengantin.Umi kongsikan disini ye..jemput baca..hehe

Warna merah pada tomato adalah disebabkan oleh likopena iaitu sejenis pigmen yang boleh menghasilkan warna merah pada sayur-sayuran.  Pigmen ini penting kerana mempunyai antioksida semulajadi yang baik untuk kesihatan badan.  Tidak kira dimakan secara mentah mahupun setelah dimasak, tomato tetap akan memberi khasiat kepada kita.

Khasiat tomato akan lebih mudah diserap oleh tubuh badan jika dimakan dalam bentuk jus, pes, atau sos.  Mengamalkan tomato dalam diet seharian kita sedikit sebanyak boleh membantu untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran tubuh badan kita.

 Obesiti

Obesiti atau kegemukkan melampau yang melanda Malaysia kini terutamanya golongan kanak-kanak dan juga orang dewasa amat membimbangkan.  Untuk mengurangkan berat badan, amalkan memakan satu atau dua biji tomato setiap hari tanpa perlu mengambil sarapan selama 2 bulan.  Kaedah ini dianggap cara yang paling selamat untuk mengurangkan berat badan, walaupun anda tidak mengambil sarapan usah bimbang kerana tomato akan membekalkan elemen-elemen penting yang diperlukan untuk badan seperti tenaga dan gula semulajadi.

 Gangguan Pernafasan

Gangguan pernafasan seperti lelah dan asma sangat merimaskan dan membataskan pergerakan anda bukan?  Dengan hanya meminum satu gelas jus tomato segar dicampurkan bersama madu dan buah pelaga setiap hari mampu melawan penyakit ini.  Tomato akan bertindak sebagai agen pertahanan badan dan selain itu juga membantu untuk mengurangkan pencampuran ubat-ubatan yang selalunya terjadi pada penghidap penyakit batuk berdarah.

 Usus dan Hati

Berkesan merawat masalah penghadaman, angin dalam perut dan sembelit.  Anda hanya perlu meminum segelas penuh jus tomato segar setiap hari yang dicampurkan dengan sedikit garam dan lada sulah.  Seeloknya diminum di awal pagi kerana ia memudahkan penghadaman.  Selain daripada membantu merawat masalah usus dan hati, ia juga boleh membantu ibu yang mabuk di awal kehamilan.  Lebih elok sebelum dijadikan jus, kulit buah tomato itu dibuang untuk memudahkan penghadaman dan masalah sembelit.

 Mata

Tomato sangat baik untuk kesihatan mata kerana ia kaya dengan vitamin A.  Penyakit mata seperti rabun malam dan rabun jauh atau penyakit mata yang lain terjadi kerana kurangnya vitamin didalam badan.  Bukan sahaja lobak merah atau berri baik untuk mata, tomato juga boleh membantu menghasilkan vitamin yang diperlukan oleh badan.  Tidak hanya tomato berfungsi membantu mendapatkan mata yang sihat, daun dari pokok tomato jika direndamkan didalam air panas selama 15 minit dan ditutup rapat mampu untuk merawat penyakit saraf mata.  Tomato hanya perlu dijadikan jus dan diminum setiap hari pada waktu pagi dan malam.

 Kulit

Tomato sangat sinonim dengan kecantikan dan kesihatan kulit juga.  Manfaatnya yang tersendiri untuk melicinkan dan menegangkan kulit amat diyakini oleh masyarakat dunia.  Dikatakan makanan yang dimasak dengan kandungan tomato yang tinggi boleh membantu kerosakkan kulit akibat cahaya matahari.  Jika tidak gemar untuk dimakan, apakata cuba jadikan tomato sebagai masker pada muka.  Hanya potongkan tomato dan gosokkan nya pada muka setiap hari sebagai amalan.  Nescaya kulit anda akan lebih berseri kerana air dari tomato membantu untuk membuang sel-sel kulit mati.  Untuk hasil yang lebih baik pada kulit anda, makan tomato mentah setiap hari kerana ia mempunyai vitamin A, vitamin C dan vitamin E.

Kanser Prostat

Untuk kaum lelaki, tomato sangat besar khasiatnya untuk mengurangkan risiko mendapat kanser prostat.  Kanser prostat didapati boleh membunuh kaum lelaki secara perlahan-lahan kerana tiadanya tanda-tanda awal yang drastik.  Amalan memakan 10 biji tomato setiap minggu mengurangkan anda kepada risiko kanser ini sehingga 35%.  Apa sahaja makanan yang berasaskan tomato dianggap baik diamalkan. 

 Kencing Manis

Kandungan karbohidrat yang sangat rendah didalam tomato menjadikan ianya salah satu sayur-sayuran yang baik untuk pesakit kencing manis.  Tomato berfungsi untuk mengawal peratusan gula dalam darah dan air kencing pesakit kencing manis ini.  Amalkan memakan tomato secara mentah setiap hari apabila lapar bagi mengantikan nasi atau makanan manis yang lain.  Diet ini membantu pesakit kencing manis untuk mendapat khasiat yang sama seperti memakan nasi tetapi melalui makanan yang lebih baik dan berkhasiat.

 Kutil

Jika anda mempunyai kutil atau ketuat ditubuh anda, tomato boleh membantu untuk membuang masalah luaran anda itu.  Hanya perlu rendamkan tempat yang mempunyai kutil atau ketuat itu ke dalam air suam selama 10 saat dan kemudian hiris kecil tomato yang masih hijau untuk diletakkan pada kutil atau ketuat yang ada selepas itu balut dengan kain dan hanya buka pada keesokan paginya.  Amalkan setiap malam nescaya kutil dan ketuat itu akan berkurangan dan mati.

2 comments:

  1. subhanallah..banyak kan,,khasiatnya..sebelum ni penah lah dengar orang buat masker untuk cantikkan kulit :D

    :: anmashealthcare.blogspot.com ::

    ReplyDelete
  2. Banyaknye khasiat..Anak saya klau pilih antara nasi dengan tomato dia akan pilih tomato...Jadi kt umah mmg ade stok tomato...

    bondaseri.blogspot.com

    ReplyDelete