Monday 10 November 2014

Kisah sahabat Rasulullah s.a.w dan Doa hilangkan sifat malas & beban hutang

Assalamualaikum..



Hari ni Umi nak share satu doa ni untuk hilangkan perasaan malas kita dan ringankan beban hutang kita..Umi tau zaman skrg ni mesti ramai yg ada komitmen hutang kan?..plg2 pon hutang kereta hehe..jom baca doa ni..semoga bermanfaat..

ni disertakan bacaan dalam rumi dan maksudnya sekali 

Allahumma inni a'uudzubika minal hammi wal hazan.
Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita.

Wa a'uudzubika minal 'ajzi wal kasal. 
Dan aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas.

Wa a'uudzubika minal jubni wal bukhl. 
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut.

Wa a'uudzubika minal ghalabatiddaini wa qohrirrijaal. 
Dan aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.
Aminnnnnnn...ok da abes baca kan..meh nak share satu cerita disebalik doa ni yang telah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w....
Diriwayatkan oleh Abu Sa'id Al Khudri r.a. :

Masa zaman Rasulullah s.a.w dulu ada seorang sahabat yang bernama Abu Umamah. Dia sangat miskin dan setiap hari (siang dan malam) dia tinggal di masjid. Cerita perihal keanehan pada diri Abu Umamah diketahui ramai sehingga Rasulullah s.a.w juga tahu. Baginda memanggil Abu Umamah dan bertanya kenapa dia bersikap begitu. Lalu, Abu Umamah pun cerita tentang betapa banyaknya hutang yang tak dapat dibayarnya sampai tak boleh nak balik dan tinggal kat rumah.. Bila dengar penerangan dari Abu Umamah, Rasulullah s.a.w merasa sungguh hiba dan berkata, "Mahukah kamu kuberi beberapa kalimat? Amalkanlah dengan baik setiap hari, nescaya Allah akan melenyapkan kesedihanmu dan memberimu kelonggaran"... Rasulullah s.a.w terus membaca doa di atas. 

Abu Umamah mendengarnya dengan baik dan dia membaca kalimat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w itu siang dan malam dengan penuh yakin bahawa Allah akan memberi kelonggaran kepadanya. Lepas beberapa hari, kesedihan dan kedukaan yang dialami Abu Umamah berkurang dan akhirnya hilang semua sekali dan terbuka mindanya untuk mendapatkan usaha yang baik. Dia akhirnya menjadi usahawan yang berjaya sehingga semua hutang-hutangnya dapat terbayar semuanya dan dia menjadi orang yang kaya raya...Alhamdulillah

Bestkan bila baca cerita ni..semoga kita semua diberi kemudahan oleh Allah utk menjadi seperti sahabat Rasulullah ni..aminn..jom kita amalkan dgn penuh istiqamah..semoga Allah permudahkan urusan kita..

No comments:

Post a Comment