Friday 7 November 2014

Rahsia si putih yang perlu kita tahu

Salam jumaat semua..hari ni masak tengahari apa u oll..Umi teringin rasa nak makan "sayur air" - tu ore kelate panggil..orang luar panggil sup sayur..hehe..resepi yang sangat simple dan sedap dan yang pasti berkhasiat. Hanya perlu tumis bawang putih dan halia dan masukkan air dan sayur apa yang korang suka pastu tambah sikit kiub ayam knor, garam secukup rasa..siap...Umi suka buat kuah banyak sebab suka hirup lepas tu. hehe

Eh pe kena mengena resepi sayur air dengan si putih ni..hehe..sebenarnya waktu menumis bawang putih tu Umi terasa nak cari tentang kebaikan si putih ni dan terus datang idea nak buat entri berkenaan ni. Jadi si putih tu adalah si bawang putih. Bahan yang wajib ada dirumah dan amat diperlukan bila kita nak memasak dan menumis kan segala jenis sup..dok search kat internet junpa artikel satu ni tentang rahsia bawang putih yang patut kita tahu..meh baca ye


8 rahsia bawang putih

1. Mengurangkan risiko strok.

Bawang putih akan merangsang penghasilan nitric oxide pada dinding saluran darah. Ini akan membantu saluran darah untuk mengembang dan seterusnya mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan strok.

2. Mengurangkan risiko kanser.

Bawang putih kaya dengan bahan antioksidan seperti selenium yang membantu mengurangkan free radical di dalam darah. Ini akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser.

3. Anti bakteria dan antivirus.

Sejenis bahan Allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrob. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4. Antiinflamasi.

Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

5. Mengandungi banyak iodin.

Kandungan iodin yang tinggi di dalam bawang putih amat baik untuk pesakit yang menghidap hypertiroid.

6. Membantu sistem pencernaan.

Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

7. Meningkatkan sistem imunisasi.

Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak 2 hingga 3 biji sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

8. Mengurangkan kolesterol dalam tubuh.

Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Banyak kan rahsia yang kita tak tahu sebelum ni..Kalau anda nak tahu dalam Shaklee pon ada supplemen berasas dari bawang putih..Umi cerita next entri plak ye..nak makan tengahari dulu...babai

Eh anyway terima kasih sudi baca coretan yang tak seberapa ini..

Selamat menjamu selera u oll..:)

2 comments: