Friday 28 November 2014

Kaki masih bengkak lagi...

Salam jumaat semua..tup2 esok da 29 November..tinggal sehari lagi nak masuk December..kejapnya masa berlalu..perut Umi pon makin membesar dan da masuk 2nd trimester..alhamdulillah atas kurniaan Mu ya Allah...

Bila masuk 2nd trimester ni sakit belakang Umi da kurang sikit tapi benda lain plak yang dapat..kaki pula membengkak dan bahagian betis rasa macam sengal2 je..Umi tak boleh nak duduk antara 2 sujud..rasa perit sangat hempap kat bahagian bengkak tu..huhuhu..tapi Umi gagah kan juga..lagi pon ni kan pengalaman...mesti kena hargai semua pengalaman ni..kannn hhehe...

Umi kadang2 rasa sakit bila berjalan..cuba juga urut dengan minyak angin sikit2..lega lah juga rasa..tapi still juga godek2 internet cari pape petua..jumpa lah petua ni dari blog teratakannurkaseh..memang sangat berguna dan berinformasi..memandangkan esok off..Umi nak cuba ni esok lah..jom baca sama2..

--- ni gambar ihsan dari google ye..bukan kaki Umi..hehe..bengkaknya lebih kurang camni lah..huhu

Petua kurangkan Bengkak kaki :

1.Campurkan sedikit jadam bersama air dan masak hingga jadam itu hancur dan pekat. Sapukan pada kaki dan betis apabila jadam itu sudah suam. Selawat 3 kali. Seeloknya disapu pada waktu hendak tidur.
- Umi cuba google apa tu jadam..tapi tak berapa sure apa benda ni..jadi petua pertama ni Umi tak leh ikut lah..hehe

2.Bersihkan taugeh besar, buang semua batangnya.Rebus di dalam kuali. Masukkan satu gelas air ke dalamnya. Apabila telah suam, minum airnya. Ulangi sehingga bengkak tersebut surut.
- Ok tauge ni senang cari..boleh cuba yang ni lah..tapiiii..rasa macam tak sanggup plak nak minum air tu..huhuhu

3.Rebus segenggam bulu jagung bersama sedikit air. Biarkan sehingga menjadi satu gelas. Kemudian tapis dan minum setaip hari.
- Yang ni pula guna bulu jagung..susan gak nak cari kan..hurmmm

Jadi kesimpulannya petua no. 2 jelah yang mudah dan senang dicari..hehe

Peringatan : 
Hubungi doktor anda jika anda dapati anda turut mengalami: 
muka atau keliling mata bengkak.
tekanan darah tinggi.
kencing kotor.
sebelah kaki kelihatan lebih bengkak daripada yang lagi satu.

Ok tu jelah yang Umi nak kongsi hari ni..jumpa lagiiiii ;)

No comments:

Post a Comment