Wednesday 12 November 2014

Tanda-tanda Awal Kehamilan

Pasti teruja bilamana mengetahui diri berbadan dua..best sangat pengalaman tu bila doktor sahkan kita mengandung..Umi pon tak terkecuali..berita yang disambut dengan linangan airmata kegembiraan..giteww..hehe..

Namun bagi mereka yang pertama kali mengandung mesti ada yang tak perasan diri mengandung kan..macam Umi lak..Umi confuse antara gejala PMS dan mengandung..rupa2 nya mengandung..alhamdulillah..memang Encik suami senyum lebar je sepanjang hari..kadang2 nampak dia senyum sorang..hehe...usaha berjaya akhirnya..eh..heheheh

Sebelum disahkan mengandung memang Umi dok google je tanda2..sebab kan hari tu instinct Umi kuat rasa macam Umi mengandung..tapi tak taruh harapan tinggi ( sebenarnya ye..hihihi)


Jadi kat sini Umi kongsi beberapa tanda awal mengandung..kadang2 ada juga orang tak de tanda dia mengandung..tetiba positif..hehe..tapi sape yang rasa macam ada tanda2 tu bolehlah jadikan panduan korang dan pernah jadi panduan Umi juga sebelum ni juga..hee...Antaranya :

Rasa lapar berpanjangan
 
Ini gejala biasa yang mungkin turut berlaku kepada individu yang tidak hamil.
Namun, jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini kerana ia mungkin disebabkan perubahan hormon tetapi jika ia dituruti petanda lain, ambillah tindakan selanjutnya. 
Umi memang da banyak makan sebelum ni..memang sentiasa berselera..jadi tanda ni macam tak leh lah..hehee

Mengidam
Bagi wanita hamil, adakalanya keinginan terhadap sesuatu jenis makanan membuak-buak. Ini membuatkan mereka mahu mendapatkannya walau dalam apa keadaan sekalipun.
Suami tentu menjadi ‘mangsa’ tetapi ia juga satu pengalaman menarik tetapi tidak semua wanita mengalaminya. Oleh itu, hayati pengalaman hamil sebaik mungkin kerana ia tidak akan sama untuk setiap kehamilan. 

Ow yang ini..memang Umi tak mengidam tapi Encik suami plak yang terkena..tak tahu lah dia mengidam ke atau memang nak makan..hehe..sebab kan ada satu pagi sabtu tu tetiba dia beritahu terasa nak makan nasi ambeng kat kampung sangat..tak tahan sangat ni..pagi2 tu jugak lah kami gerak balik Sabak Bernam..pastu seminggu lepas tu paksa Umi masak lamb chop..rasa teringin sangat...terpaksalah bini turutkan...then seminggu lepas tu memang betul Umi confirm mengandung 5 minggu..baru teringat balik kerenah Azmil yang nak makan la la tu jugak..hehe

Perubahan warna di sekeliling payudara

Apabila kulit di sekeliling payudara menjadi kehitaman, ini mungkin menunjukkan wanita itu sudah beberapa minggu hamil. 
Tetapi, ia juga boleh berlaku disebabkan ketidakseimbangan hormon dan tidak berkaitan dengan kehamilan atau kandungan terdahulu. 

Yang ni tak perasan pula..hehe

Kerap membuang air kecil

Apabila janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing, wanita hamil akan mengalami kekerapan untuk membuang air. 
Ia perkara normal berlaku pada setiap wanita hamil. 

Umi pon rasa macam ni juga..memang kerap ke tandas..tapi tanda ni pon tak berapa sure sebab Umi memang jenis minum air banyak..jadi macam xleh ikut lah..hihihihi

Cepat letih dan tidak bermaya

Keletihan melampau ini menyebabkan wanita itu seolah-olah tiada tenaga sepanjang masa. 
Hormon dikeluarkan pada awal kehamilan boleh membuatkan wanita itu berasa cepat letih. Rasa letih serta tidak bermaya ini kerap berlaku pada awal kehamilan. 

Tanda yang ni Umi tak rasa penat pon cuma rasa mengah je cepat pastu rasa memang kerap mengantuk..tido pon awal..hari tu tak rasa memang mengantuk pelik lah..hehe

Rasa sakit dan tegang di bahagian payudara

Sekiranya hamil, payudara menjadi sedikit sensitif dan adakalanya sakit pada sentuhan.
Ia seakan-akan sama dengan ketidakselesaan yang terjadi pada payudara sebelum haid. 
Namun, ia akan berkurangan apabila badan sudah biasa dengan peningkatan hormon ini, malah kesakitan akibat ketegangan juga semakin berkurangan. 

Aah yang ni Umi rasa tapi hari tu bajet nak period..rupanya period tak datang. da ada orang dalam perut..hehe

Rasa loya dan muntah

Sekiranya bernasib baik, alahan sebegini tidak akan menyerang kecuali selepas beberapa minggu hamil. 
Tetapi terdapat segelintir wanita mula berasa mual dan luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari hamil. 

Yang ni Umi tak rasa sangat tapi da mula pelik sebab bila je gosok gigi memang nak muntah je..sebelum ni tak pernah pon..n ada few makanan yang Umi makan Umi muntah balik..time tu memang instinct da cakap "ko pregnant ni" tapi cuba2 tak nak ambil tau sebab tak nak harapan terlalu tinggi kan..hehe

Lewat datang bulan

Sekiranya waktu haid teratur sebelum berlakunya kelewatan, ujian air kencing untuk kehamilan perlu dilakukan untuk mendapatkan kepastian. 
Ini membolehkan langkah awal pemeriksaan dan penjagaan untuk si ibu dan bayinya. 

Tanda yang ni confirm Umi delay 2 minggu..confirm je delay malam tu juga gi beli upt test kat 7e..sebab rasa tak sabar nak cek kan..result tu nampak 2 line tapi satu line tu samar gile..macam nampak tak nampak je..tanya kawan dia cakap memang da ada ni tapi baru lagi..hehe..tunggu lagi 2 minggu baru buat balik..time tu memang terang benderang doube line..tapi still was2 lagi..tak nak gi jumpa doktor lg takut nanti doctor cakap awak tak pregnant ni..boleh tak..hehe..pastu mintak Azmil belanja clear blue yang mahal tu..sah pregnant..baru gi confirm kan ngan doctor..hehe...alhamdulillah da 5 minggu

Ujian air kencing positif 

Jika sudah beberapa hari lewat didatangi haid dan terdapat dua jaluran pada alat ujian kehamilan, kemungkinan wanita itu sudah mengandung. 
Paling penting, berjumpa pakar untuk mendapatkan kepastian serta mengenal pasti bentuk penjagaan diri dan bayi sebaik mungkin.

Ok tanda ni Umi da cerita kat atas..hehehe

Ok itulah sedikit corat coret pengalaman umi sebelum disahkan mengandung..terima kasih Allah atas kurniaanMu..:)

No comments:

Post a Comment