Friday, 19 December 2014

Kelebihan Doa Nabi Yunus ketika dalam perut ikan nun

Salam semua....

Jom amalkan satu doa yang boleh membantu meringan dan melapangkan masalah ketika dalam kesempitan..inshaAllah..

Ini adalah doa yang diamalkan oleh Nabi Yunus A.S ketika berada dalam perut ikan nun..



Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “ Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s.
“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim.)

Walaubagaimanapun doa hendaklah seiring dengan usaha kerana itu fitrah manusia dan apabila berdoa beserta dengan sedikit usaha insyaallah kita akan terselamat dari sesuatu malapetaka dari menjadi lebih teruk lagi.

(Surah Al-Anbiyak : Ayat 87)

Doa Nabi Allah Yunus a.s. ketika di dalam perut ikan Nun. Ibnu sunni meriwayatkan Rasulullah s.a.w telah menerangkan bahawa : "Barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah s.w.t. dari segala kesempitan". Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus a.s. ketika di dalam perut ikan Nun. 


Thursday, 18 December 2014

Minum Performance Drink lagi....

Salam semua..sihat ke...


Esok dah Jumaat..malam ni lepas maghrib elok baca yasin sedekahkan kepada mereka yang telah meninggalkan kita..inshaAllah Allah akan melapangkan kubur mereka dan meringankan siksa kubur mereka..sesungguhnya mati tu pasti cuma kita tak tahu bila waktunya..semoga semua beroleh khusnul khatimah...aminnn

Hari ni perut Umi rasa sedikit tegang..maybe baby dah mula aktif..tadi dok google2 gaya baby Umi jumpa gambar ni



Heee..comel pulakkan..apalah anak mama buat kat dalam..hihihi..

Skang dah nak dekat 5 bulan..baby da makin membesar dan dah berkongsi makanan dengan ibu..betul ke..waktu ni dah ada roh ke belum ye..Umi pon tak sure..xpelah yang penting anak sihat dan sempurna..aminnn..tak sabar rasa nak tunggu dia keluar..malam2 pon Azmil selalu bercakap dengan anakandanta..tersentuh rasa..

Sayu juga sebab Allah bagi peluang kepada kami untuk merasai pengalaman yang sangat berharga ni..terima kasih ya Allah

Hari ni masih terasa mual selepas makan malam..Umi minum performance drink bagi hilangkan rasa mual ni..alhamdulillah ada performance drink



Jemput minum semua...;)

Wednesday, 17 December 2014

Tips kurangkan stress

Salam semuaaaa...

Pening kepala memang akan kerap terjadi kepada ibu mengandung kan..Umi pon tak terkecuali..sekarang ni ada masa2 tertentu yang akan rasa sakit kepala..lagi2 dekat opis kalau banyak sangat kena fikir..hehe

Memang exhausted gila..penat otak dan penat fizikal berbeza kan..penat berfikir boleh buat kita jadi stress kan kan..

Sebagai ibu mengandung tak elok stress2...jadi kena kawal emosi dan cuba tenangkan fikiran sementara..

Cara Umi nak tenangkan fikiran, Umu akan ambil time out sekejap dan lelapkan mata sekejap..pastikan minda pon kosong sebab kalau lelap tapi minda fikir macam2..tak tenang juga..betul kan..jadi sebelum lelap tu tarik nafas 3 x pastu lelap lah kejap..memang cara ni berkesan untuk Umi..

Cara lain..zikir " hasbunaAlla wanikmal wakil, nikmal maula wanikmannasir"
.inshaAllah fikiran rasa tenang dan juga kalau waktu tu tengah buntu idea atau ada pape masalah inshaAllah akan ditunjukkan jalannya atau dipermudahkan urusan kita..waaallahualammm

Selain tu Umi ambil BComplex Shaklee juga yang mana vitamin B ni boleh kurangkan stress dan juga sakit kepala..Umi suka betul B Complex ni ;)

Dapatkan produk Shaklee dari Umi ye

Tuesday, 16 December 2014

Bahaya ke jatuh ketika hamil?

Salam semua..

Semalam kawan opis Umi jatuh terlentang dekat surau opis lepas ambil wudhu'..lantai licin..dah lah kawan Umi tu tengah pregnant 5 bulan..menggigil dia bila jatuh..kitorang yang nampak ni risau sangat keadaan dia...dia pon macam dah nak nangis..mesti risau kan..tapi dia tak rasa sakit kat perut..

Kami call terus husband dia dan minta terus hantar pergi jumpa doktor..bahaya kan..semoga kawan Umi dan baby dia selamat dan takde pape..hari ni dia MC jadi tak boleh nak tanya perkembangn dia..

Umi ada baca kat babycentre.com.my..artikel tu beritahu kalau jatuh  atau mengalami hentakan  tidak selalunya membawa bahaya, tetapi hubungi doktor pada hari yang sama dan jelaskan apa yang berlaku.

Jika kita tergelincir di tangga dan tulang punggung tercedera, kita mungkin tidak perlu risau sebab baby selamat kerana dilindungi oleh uterus dan cecair amnion. 

Walau bagaimanapun, komplikasi mungkin berlaku dalam sesetengah kes. Jika mengalami kontraksi, kebocoran atau sebarang pendarahan hubungi doktor dengan segera atau pergilah ke unit kemalangan dan kecemasan di hospital.

Risau juga kan sebab malang tu tak berbau..huhu..kena sentiansa hati2..
Umi doakan semoga semua ibu2 hamil sentiansa dilindungi dan dihindari dari segala masalah ketika mengandung ni..aminnnn ;)

ESP Shaklee lain dari soya biasa

Salam semua..

ESP Shaklee...siapa yang kenal produk ni..memang femes betul..dan tak hairan ianya adalah best seller produk dalam Shaklee..

Walaupun ianya dihasilkan dari soya tapi ianya amat berbeza dari soya biasa yang ada dipasaran..kenapa?

Ini adalah jawapannya...

Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amino Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.

Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian
Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.

Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP (Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.

Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones
Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafein.

Hah itu lah bezanya...ESP sesuai untuk semua peringkat umur..lagi2 untuk ibu hamil dan menyusukan anak..

Bagi ibu hamil..ianya membantu menjaga perkembangan fetus dan juga memberi tenaga berpanjangan manakala bagi ibu menyusukan ianya membantu merangsang pengeluaran susu ibu...dan paling best membantu juga untuk ibu kelihatan cantik dan gebu kerana protein yang ada didalamnya boleh membantu  menghasilkan sel2 yang baru..

Bestkan;)....

Dapatkan dari Umi ye 0132405031

Berjumpa lagi...tata

Sunday, 14 December 2014

Family lagi....

Alhamdulillah..hujung minggu ni diberi peluang untuk berkumpul dengan family Pok Cik Cang , matok dan ayoh datang dari Kelate dan family Cik Ngah dari Ipoh. dan juga ma abah...penuh rumah Cik kat Puchong  ni,.hehehe...meriah rumah dengan gelagat sepupu sepapat lagi2 Fadhil ya g baru 2 tahun..comel je..nakal pula tu..

Semalam bawa family pergi Putrajaya..dekat kawasan masjid tu..ramai juga ye pelancong yang datang..rakyat Malaysia apatah lagi..ramai family yang bawa keluarga beriadah di sini..

Kitorang g makan juga dekat tingkat bawah tu..harga makanan di sini berpatutan juga..tak de lah mahal mana..macam harga biasa je..ingat kat sini harga makan macam kat KLCC.. ok lah..

Ok lah tu jelah cerita malam ni..nanti Umi sambung lagi ye..

Saturday, 13 December 2014

Vitamin Dan Suplemen Kesihatan Untuk Ibu Hamil

Perlukah ibu hamil mengambil sebarang vitamin ataupun suplemen kesihatan sepanjang kehamilan? Adakah bakal ibu masih tercari-cari apakah vitamin atau suplemen kesihatan yang sesuai semasa kehamilan?

Apabila disahkan hamil, seorang bakal ibu pastinya akan merujuk dan mencari sumber terbaik bagi bayi yang bakal dilahirkan. Salah satu soalan yang sering ditanya oleh ibu hamil ialah berkaitan keperluan pengambilan vitamin atau suplemen kesihatan.

Diet yang seimbang adalah cara terbaik bagi mendapatkan nutrient yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Justeru itu, ibu hamil dinasihatkan mengambil makanan daripada pelbagai sumber bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Ia juga bagi memastikan ibu mendapat tenaga yang diperlukan sepanjang kehamilan.

Walau bagaimanapun,terdapat sesetengah ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab alahan, mual-mual atau loya, muntah yang teruk, dan sebagainya. Oleh sebab itu, pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan, bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi dalan kandungan. Pengambilan vitamin dan suplemen kesihatan semasa hamil digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.

Apakah vitamin dan suplemen kesihatan yang penting bagi ibu hamil?

Secara amnya, ibu hamil disarankan mengambil vitamin dan suplemen mengikut keperluan dirinya atau saranan daripada doktor dan ahli farmasi. Beberapa vitamin dan suplemen yang biasanya perlu di ambil oleh ibu hamil adalah:

Asid Folik

Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.

(Sumber:  American Medical Association 2011)

Sebaik-baiknya asid folik diambil apabila seseorang wanita merancang untuk hamil. Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.

Dalam sesetengah keadaan, dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5mg mungkin akan disyorkan oleh doktor. Sebagai contohnya:

  • Ibu hamil yang pernah mengalami masalah bayi dengan kecacatan tiub neural dalam kehamilan terdahulu.
  • Ibu hamil yang sedang mengambil sebarang ubat anti-epileptik.
  • Ibu hamil yang menghidapi penyakit kencing manis.

Zat Besi

Ibu hamil biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak. Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.

Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.

Biasanya, jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit. Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.

Ibu hamil disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan ketidakselesaan yang dialami. Sekiranya ibu hamil tidak mengalami anemia, terdapat pilihan untuk bertukar kepada suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil yang mengalami anemia dan tiada pilihan untuk bertukar kepada suplemen lain, disyorkan untuk minum jus prun ataupun mengambil buah-buahan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.

Kalsium

Ibu hamil juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.

Biasanya suplemen ini akan diperskripsikan untuk wanita hamil yang alah terhadap susu atau tidak dapat mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan harian mereka. Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).

Asid Lemak Perlu

Asid Lemak Perlu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan. Ikan adalah sumber utama DHA dan EPA tetapi ibu perlu berhati-hati supaya tidak makan terlalu banyak ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Memandangkan omega-3 adalah sangat penting untuk bayi, adalah idea yang baik untuk berbincang dengan doktor sama ada ibu memerlukan suplemen tambahan yang mengandungi omega-3 ataupun tidak.

Vitamin D

Vitamin larut lemak seperti vitamin D turut membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat kerana vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan. Oleh itu, adalah penting bagi ibu hamil mengambil vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta menyediakan bayi dengan vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama mereka. Dos yang dicadangkan ialah 200IU vitamin D setiap hari.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi vitamin D adalah ikan sardin, ikan mackerel, ikan salmon, telur dan daging.

Tips pengambilan vitamin dan suplemen

  • Sebelum membeli sebarang vitamin atau suplemen, baca label dengan teliti bagi memastikan dos dan kandungan yang tepat dan selamat dipilih agar sesuai dengan keperluan ibu.
  • Berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang penggunaan ubat serta gaya hidup bagi menentukan vitamin dan suplemen kesihatan yang terbaik dan selamat diambil.
  • Pastikan ibu hamil tidak mengambil sebarang vitamin atau suplemen kesihatan selain yang dicadangkan oleh doktor ataupun ahli farmasi.
  • Bagi mengelakkan loya, cuba ambil suplemen kesihatan pada waktu malam sebelum tidur. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil sebarang vitamin atau suplemen kesihatan selepas makan bagi mengurangkan iritasi dengan perut kosong.
  • Bincanglah dengan doktor atau ahli farmasi mengenai multivitamin khas untuk kehamilan. Ia seharusnya mengandungi asif folik, zat besi, vitamin D dan kalsium. Dapatkan juga multivitamin yang mengandungi vitamin C, vitamin D, vitamin B seperti B6 dan B12, potassium, zink dan vitamin E.
  • Multivitamin bagi kehamilan tidak mengandungi retinol, iaitu vitamin A daripada sumber haiwan, kerana jika diambil dalam kuantiti yang banyak, retinol boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Ibu hamil juga perlu mengelakkan makanan yang mengandungi kandungan vitamin A yang tinggi seperti hati dan juga produk berasaskan hati seperti minyak hati ikan (fish liver oil). Bagaimanapun, vitamin A boleh diambil dalam bentuk provitamin A, iaitu betakarotin yang diperolehi daripada sumber tumbuhan dan selamat untuk bayi.

Sumber http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/ubat-a-anda/fakta-ubat/vitamin-dan-suplemen-kesihatan-untuk-ibu-hamil

Friday, 12 December 2014

Kenapa kerap pening ketika mengandung

Salam semua..dah malam sabtu ye..cepatnya masa berlalu..kan kan

Hari ni Umi nak kongsi kenapa ada ibu hamil yang kerap pening..Umi pon salah seorang..bila google..tu macam alahan juga..tapi tak sure lah..jom baca ni

Mengapakah saya rasa pening semasa hamil?

Sebab mengapa anda berasa pening bergantung kepada usia kehamilan anda. Pada awal trimester pertama, anda mungkin rasa pening dan loya kerana tekanan darah yang rendah. Ini berlaku kerana hormon kehamilan iaitu progesteron merehatkan dinding salur darah anda, menyebabkan tekanan darah anda menurun. Ini boleh menyebabkan anda berasa pening dari seawal minggu kelapan. Tetapi ingat bahawa pening adalah ciri-ciri biasa kehamilan. Di antara setengah hingga tiga perempat daripada wanita hamil akan merasa pening.

Dalam trimester kedua dan ketiga, rahim anda yang sedang membesar berkemungkinan menekan saluran darah. Ini juga boleh menyebabkan anda berasa pening. Sebab-sebab lain mengapa anda mungkin berasa pening termasuk:
Jika anda berdiri terlalu cepat, darah mungkin tidak mempunyai cukup masa untuk sampai ke otak. Ini dipanggil hipotensi postural.
Jika anda berbaring terlalu lama. Kira-kira satu dalam 10 wanita hamil mengalaminya disebabkan oleh tekanan darah.
Jika anda belum makan dan gula dalam darah rendah, terutamanya pada lewat petang.
Jika anda kekurangan zat besi dalam darah (anemia).
Jika anda terlampau panas

Baru tahu kenapa kerap pening kan..

nak kurangkan boleh ambil B Complez Shaklee juga...;)

Thursday, 11 December 2014

Kenali Khasiat Minyak Ikan

Salam semua..jom baca tentang DHA malam ni..Umi tengah google pasal minyak ikan..pastu jumpa artikel ni di website utusan..Umi kongsikan disini ye..j baca sama2...


DHA (asid dokosaheksaenoik) ialah sejenis asid lemak omega-3 berantai panjang yang boleh dijumpai dalam setiap sel dalam badan. Ia membentuk lebih 90 peratus daripada lemak omega-3 dalam otak, mata dan sistem saraf pusat. Oleh itu, DHA adalah penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat, yang bermula dalam rahim ibu!

Semasa hamil, bayi memperolehi DHA daripada rahim ibu. Berapa banyak DHA yang diperolehi oleh bayi itu bergantug kepada jumlah DHA yang diambil ibunya.

Tetapi malangnya, ramai wanita mengandung tidak memperolehi jumlah DHA yang disyorkan dalam diet mereka dan DHA tidak didapati dalam kebanyakan vitamin pralahir yang mereka ambil.

Manfaat kepada bayi dan kanak-kanak daripada suplemen DHA .

Kajian menunjukkan ibu mengandung yang mengambil suplemen DHA akan melahirkan bayi yang mempunyai paras DHA dengan ketaranya lebih tinggi dalam otak mereka.

Oleh itu, kita boleh mengesahkan di sini pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung dan menyusu (susu ibu), dengan ketaranya dapat meningkatkan paras DHA pada janin dan bayi. Kajian menunjukkan pengambilan suplemen DHA oleh ibu mengandung akan memberi keberhasilan yang lebih baik terhadap perkembangan bayi, dari segi:

"Penyelarasan mata dengan tangan

"Kemahiran gerakan bermotor

"Jangka tumpuan yang lebih panjang

"Markah IQ yang lebih tinggi

DHA daripada sumber-sumber diet

"Alga (rumpair) - Sesetengah alga merupakan sumber semulajadi bagi DHA. Manakala ramai orang percaya ikan dapat mengeluarkan DHA-nya sendiri, tetapi sebenarnya, alga yang dimakan oleh ikan itu menjadikannya sebagai sumber yang kaya dengan DHA.

"Jenis ikan yang berlemak, termasuk ikan bilis, ikan salmon, ikan hering, ikan tenggiri, tuna dan ikan halibut.

"Daging organ, seperti hati.

"Sejumlah kecil boleh didapati dalam kuning telur

Nasihat memakan ikan dan Amaran Pemakanan daripada badan-badan pakar di USA

Persatuan Jantung Amerika, Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) dan Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA), mengeluarkan nasihat/amaran berkaitan dengan pemakanan ikan. Amaran ini dikeluarkan sebagai tindak balas terhadap penemuan sesetengah ikan mengandungi methilmerkuri, iaitu sejenis pencemar yang sekiranya berada pada paras yang tinggi boleh membahayakan sistem urat saraf janin yang sedang membesar, dan juga bayi yang baru lahir dan juga kanak-kanak yang baru bertatih. Ini boleh membawa kepada kesan negatif terhadap jangka masa penumpuan, penguasaan pertuturan, keupayaan penglihatan dan mengesan ruang, daya ingatan dan penyelarasan. Adalah dianggarkan hampir 60,000 kanak-kanak setiap tahun dilahirkan dengan dibebani risiko masalah neurologi yang disebabkan oleh pendedahan kepada methylmercury semasa di dalam rahim ibu.

Bandingan antara DHA daripada susu ibu dan DHA daripada minyak ikan

Minyak ikan diperolehi daripada tisu ikan yang berminyak dan ia mengandungi kedua-dua DHA dan EPA (asid eikosapentaenoik). Meskipun demikian, suplemen minyak ikan biasa mengandungi EPA dengan jumlah yang agak besar dan sebaliknya mengandungi DHA sekadar sederhana sahaja. Bagi orang dewasa, DHA dan EPA dapat dihadamkan serta diserapkan. Bagi bayi dan janin, EPA mungkin bersaing dengan DHA untuk merebut tempat dalammembran sel saraf, dan ini mungkin membahayakan otak yang sedang berkembang, dan juga perkembangan mata dan sistem saraf. Dalam susu ibu manusia, jumlah DHA adalah empat kali lebih tinggi daripada jumlah EPA - Sememangnya, alam semulajadi adalah yang terbaik.

Penyulingan molekular

Sesetengah pengilang mengeluarkan minyak ikan melalui suatu proses yang dikenali sebagai 'penyulingan molekular' untuk menghapuskan methylmercury dan toksin lain yang wujud dalam ikan. Bagaimana pun, proses ini tidak mungkin dapat menghapuskan 100 peratus methylmercury kerana dengan kaedah yang digunakan sekarang ini, pasti masih boleh meninggalkan sedikit sebanyak kesan toksin - mungkin pada paras yang tidak boleh dikesan. Ia banyak bergantung kepada sensitif alat ujian yang digunakan.

DHA daripada sumber sayur-sayuran (alga) - Suatu Pilihan yang lebih selamat

Suplemen DHA yang diperbuat daripada alga kini boleh didapati. Ia mengemukakan pilihan yang lebih selamat untuk ibu mengandung dan menyusu, yang ingin memperolehi manfaat DHA untuk bayi mereka tanpa berasa cemas tentang ketosikan methilmerkuri ataupun kandungan EPA yang tinggi.

Martek Biosciences, dari USA, merupakan satu-satunya syarikat di dunia yang berjaya mengeluarkan DHA daripada jenis alga yang telah dipatenkan dan ditumbuhkan secara besar-besaran dalam tangki penapaian yang ditempatkan pada jarak yang jauh dari laut, dengan menggunakan air yang ditapis - semuanya ini dikawal ketat di bawah syarat perkilangan GMP. Oleh sebab itu, alga daripada Martek tidak sekali-kali akan terdedah pada pencemaran.

Alga yang ditanam jauh dari laut bermakna alga ini tidak terdedah kepada pencemar lautan. DHA daripada sumber alga juga adalah bebas daripada lain-lain asid lemak politaktepu yang berantai panjang seperti EPA, yang wujud secara semulajadi dalam minyak ikan.

Dosej yang disyorkan

Pakar dari National Institute of Health dan International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids (NIH/ASSFAL) telah mengesyorkan pengambilan sebanyak 300mg DHA setiap hari bagi ibu mengandung dan menyusu. Terdapat banyak formula susu untuk pra lahir dan untuk bayi yang mengandungi DHA, tetapi parasnya selalunya rendah. Suplemen tambahan masih lagi diperlukan dan disyorkan.

Di samping itu, sesetengah kajian menyarankan paras DHA yang mencukupi dalam diet seorang ibu yang baru melahirkan anak, mungkin memainkan peranan dalam membantu mewujudkan keafiatan dan kesejahteraan emosi ibu tersebut selepas melahirkan anak.

DHA bersalut enterik

Suplemen DHA yang diperbuat daripada kapsul sayuran bersalut enteric juga mempunyai keistimewaan. Salutan enteric melindungi kapsul itu daripada tindakan asid dalam perut, dengan itu memastikan kapsul itu akan menghancur dalam usus, dan tidak dalam perut. Penyerapan DHA adalah lebih baik apabila ia diserap dalam usus. Lagipun, tidak akan berlaku rasa pahit-pahit apabila ibu itu bersendawa. Ini merupakan suatu perkara yang penting bagi seorang ibu mengandung kerana dia mungkin berasa terlalu sensitif terhadap bau-bau tertentu.

Panduan membeli suplemen untuk ibu mengandung dan menyusu (susu ibu)

Dalam memilih suplemen DHA untuk ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusu susu ibu, pastikan sumbernya adalah daripada sayuran. Ini merupakan pilihan yang lebih selamat kerana ia tidak mengandungi sebarang toksin yang mungkin terdapat dalam DHA yang sumbernya daripada ikan. Untuk memilih suplemen DHA yang baik kualitinya, pastikan alga itu dikeluarkan dalam keadaan kawalan yang ketat demi untuk menjaminkan keselamatan dan ketulenannya.

Memastikan diet yang sihat dan seimbang semasa mengandung dan semasa menyusu adalah amat penting bagi kedua-dua ibu dan bayi. Selain daripada mengambil dos-dos DHA harian, ibu mengandung dan menyusu seharusnya juga mengambil suplemen pra lahir yang mengandungi lebih tinggi kalsium, zat besi dan asid folik untuk menampung keperluan yang sedang meningkat pada saat-saat penting ini, maka dengan itu memberikan bayi anda asas yang baik untuk memulakan

Wednesday, 10 December 2014

Nasi ayam RM5 jeee...

Salam u oll..buat apa..hehe

Saje je Umi nak cerita hari ni Umi ada jumpa satu kedai yang mana harganya murah gileee..nama kedai tu Uncle Jack Fried Chicken..dalam Giant Shah Alam...mesti ada yang pernah pergi kan..Umi first time jumpa...hehe



Tu antara menu yang ada.murahhh kan..Umi order yang nasi & chicken chop tu...rasanya pon sedap..memang berbaloi lah..ice cream pon ada..50 sen jeeee...

Ni yang Umi order...


Nampak macam menyelerakan..hehe..
memang kenyang, murah dan berbaloi...

Umi recommend restoren ni..lagi2 untuk student dan yang dah sesak tapi teringin nak makan ayam goreng ala2 kfc..boleh lah datang sini..kannn..hehe..

Ok lah tu je..nak makan dulu..selamat menjamu selera juga ye ..;)

Tuesday, 9 December 2014

Testimoni Performance Drink

Salam semuaaaa...

Dah nak tido ke..hehe..

Umi baru balik keje..penatnya rasa tapi dah minum Performance Drink ni..rasa segar balik..alhamdulillah..meh sape nak try minum..Umi belanja..hehe

Sekilas tentang Performance Drink ni...


Ianya adalah minuman hidrat dan minuman tenaga..tanpa gas dan kurnag gula..tapi rasa macam air gas..rasa yang menyegarkannnnnn...

Ada testimoni yang Umi nak kongsi jugak





Memang minuman tenaga untuk kita lagi2 untuk ibu mengandung..penting untuk elakkan dehidrasi..

Berminat??..hubungi lah Umi ye 0132405031..;)

Monday, 8 December 2014

Minum Performance Drink lagi...

Salam semua...watpe u oll...

Umi baru sampai rumah..penatnya hari ni walaupon cuti..pagi2 da keluar sebab ada  check up appointmrment..nak dekat 2 jam juga tunggu abes check up..huhu

Lepas tu balik dari klinik terus pergi beli barang dapur...sampai rumah kena sidai baju pula..wah rasa macam busy sangat..hehehe

Baru boleh rehat sejam dua pastu Umi kuar semula sebab nak amik Azmil balik keje..pagi tadi kitorang kuar sekali sebab satu arah je kan.. 

Nak jadikan cerita waktu nak start enjin kereta..kereta tak hidup!!..adoiiii..stresss rasanya..dah lah Azmil tak de..jiran sebelah rumah pon balik kampung cuti..huhu..pastu fikir camna Azmil nak balik keje ni..sape nak mintak tolong ni..
call Azmil pastu dia suggest call workshop dekat ngan rumah..alhamdulillah ada juga workshop dekat dan paling penting mujur Azmil tau no tepon kalau tak camne..

Datang lah mekanik tu..rupa2 nya bateri kong..hurmmm..beli lah bateri baru ..baru boleh start keta..lega sangat...

Bergegas pula pergi ambil Azmil..sian laki den tunggu lama..tunggu dalam kerisauan juga..hehe..

Memang stress rasa kejap..pastu minum air performance drink shaklee..rasa freshhhhh sangat...hehe



Ni pon dah lepas makan malam..rasa mual2 pula terus minum performance drink ni lagi..hehe

Alhamdulillah lega..skang da boleh rehat sambil tunggu Azmil potong buah tembikai ;)

Ok tu jelah nak cite hari ni..maaf ye kalau melalut...bye byr

Sunday, 7 December 2014

Hilangkan loya dan mual dengan Performance Drink

Salam semua..dah petang ahad..esok dah isnin..bermula semula hari pertama dalam minggu yang baru..selamat berkerjalah u oll..hehe..esok Umi cuti..jgn jeles..no monday blues..hehe.. 

Umi baru lepas makan tengah hari tadi lepas tu tekak rasa loya dan mual rasa macam nak muntahkan balik..tapi tak nak muntah pon..sedawa je..tak senang duduk je..sampai naik kat kepala..huhu

Pastu tekak rasa macam nak sesuatu oren dan bergas..hehe..jadi apa lagi terus Umi buat air Performance Drink ni..
rasa oren yang fresh tu memang memberi kelegaan sangat..selesai je minum terus sedawa yang panjang gitu..puas!!!..( maaf ye kalau kurang sopan..hehe)



Magic terus loya dan mual tu hilang..alhamdulillah...rasanya macam air 100 plus perisa oren..cuma tak de gas je..sedap tau..nak rasa tak?..meh lah..hehe..

Meh Umi cerita sikit pasal Performance Drink ni ye..

Minuman elektrolit yang mengawal keseimbangan bendalir badan agar tidak kekeringan atau mencegah dehidrasi.

Mengandungi formula 3 jenis karbohidrat iaitu matodextrin, fructose & glucose yang penting untuk tenaga dan stamina.

Mengandungi formula unik Shaklee iaitu Opticarb yang membekalkan tenaga serta-merta dan berterusan tanpa mengganggu kestabilan gula dalam darah.

Hah itu pengenalan tentang Performance Drink..

Umi suka minum ni dah sekarang ni..sihat lagi..

Berminat..hubungi lah Umi ye 0132405031..

Terima kasih sudi singgah di sini.




Saturday, 6 December 2014

Tips kurangkan mual ketika mengandung

Salam u oll..hujung minggu lagi..yeaayyy!!!!...boleh bermalas malasan di rumah kan..Umi pon tak pergi mana2..dok rehat dan baring kat rumah je..petang2 camni teman Azmil layan Running Man kat tv2..lucu dan lawak betul gaya dorang ni..hehe..

Alhamdulillah Umi da masuk 2nd trimester dan lately ni selalu rasa mual, pening dan nak muntah je..huhu..orang cakap 2nd trimester dah kurang kan..tapi Umi lain..rasa macam 2nd trimester ni baru nak mula je..waktu 1st trimester hari tu memang Umi ok je..rasa mual camtu2 je xdelah teruk sangat pon..tapi sekarang ada je bau yang tak boleh terus muntah..makan pon sama..semalam makan kfc lepas 2 jam semua keluar balik..sebelum xde pon..huhu..mungkin hormon bertambah tinggi kot..redha je..pengalaman yang tak boleh dibeli ni..hehehe..kan kan kan..

Umi ada google cara kurangkan mual tu..Umi ada apply beberapa tip..memang ada yang jadi juga lah..apa tips tu..Umi kongsi kat korang eh apa yang Umi amalkan...

Asam 
Umi cuba makan asam ni..tapi tak berkesan sebab Umi muntah balik..huhu..tapi mangga asam boi tu ok plak..mahal kot mangga asam boi tu..hehe..lagipun dorang cakap asam tak elok untuk baby..betul ke..jadi Umi stop lah..

Gula-gula
Hah yang ni memang berkesan untuk Umi..bila rasa mual Umi makan gula2..memang hilang loya..rupanya manis pon boleh membantu juga ye..tak tahu kaitan manis dan loya..hehe

Makan Buah Limau
Yang ni pon Umi cuba gak..memang menjadi..rasa limau yang fresh tu memang memberi kesegaran dan kenikmatan..gituuu..hehe..tapi jenuh juga nak kupas limau tu..selalu time dah nak muntah memang tak sempat lah nak kupas..hee..ada alternatifnya..ambil Vitamin C Sustain Release Shaklee..dalam ni pon ada khasiat limau sekali dengan kulit limau..bagussss..meh lah cuba..memang membantu kurangkan loya 


Minum 100 Plus
Yang ni Umi ada cuba gak..alhamdullillah berkesan juga tapi Umi tak minum dah lepas tu..sebab Ma cakap tak elok minum air gas..tapi even tak boleh minum ni Umi ambil juga air ala2 gas ni..keluaran Shaklee..ni dia Performance Drink..memang sedap rasa oren nya dan beri tenaga..sedap minum sejuk2..meh try..murah juga dan tahan lama..Umi minum ni setiap kali lepas muntah..memang rasa segar dan boleh elakkan kita dehidrasi


Tidur
Haaaa yang ni Umi suka..tidurrr..hehehe..
yang ni boleh apply kalau cuti lah..tapi kalau dekat ofis memang tak de lah kan..hehe..selalunya kalau ada sesuatu Umi makan dan rasa tak selesa dan mual Umi akan cuba untuk baring dulu..kalau still tak ok memang akan muntah..lepas muntah baru ok..baru boleh tido lena..hehe..sekarang ni ada beberapa kali Umi terbangun malam dan muntah..tak tahu kenapa..maybe baby tak suka makanan tu dia suh kuarkan juga..hehe..

Ok buat masa ni tu jelah apa yang Umi amalkan bagi hilangkan loya dan mual tu..korang boleh lah cuba ..kalau nak dapatkan Vitamin C dan Performance Drink tu boleh lah hubungi Umi ye..Umi pengedar Shaklee juga ;)

Pengedar Shaklee
Umi Azmil

Friday, 5 December 2014

Khasiat daun sireh

Salam semua..hari ni nak cite berkenaaan sireh..lately ni badan terasa gatal..pastu baca jumpa sireh boleh jadi antiseptik untuk kulit.



Hari tu kat kampung suami Umi ambil daun sireh kat rumah jiran sebelah..tak sangka Cik Ani ada pokok sireh..syok betul dapat petik daun sireh camtu je..jimatttttt..jenuh gak nak cari daun sireh kat Shah Alam ni kan..

Umi ambil daun sireh dan rebus dengan tambah garam sikit..pastu mandi dengan air rebusan tu..memang rasa fresh betul..kulit yang gatal tu pon da rasa kurang..best sangat..bau sireh yang sangat menyegarkan..suka bau sireh!

Umi nak kongsi artikel tentang daun sireh ni..jom baca..

Sirih banyak digunakan untuk perubatan dan kecantikan wanita. Antara masalah-masalah wanita yang boleh dirawat menggunakan daun sirih adalah:

Gatal Vagina
Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air, campurkan sedikit asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutama untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

Ari-ari Pedih
Ambil sirih, sebiji buah pala dibenamkan ke dalam abu panas, sebiji pinang yang telah dibelah tiga bahagian serta disapu dengan kapur dan makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.

Keputihan
Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.
Ambil cendana, telur ayam hitam sebiji dan sehelai sirih. Asahkan cendana dengan sirih   dan minumkan dengan kuning telur ayam selama tiga pagi.
Kencing Sakit/ Tidak Lawas
Sekiranya kencing berasa sakit, daun pepesan, sirih bertemu urat, daun pulasari dan bawang merah sebiji dan digiling lumat serta sapukan pada ari-ari dan bahagian pinggang.

Menegangkan Payu Dara 
Untuk menegangkan lagi payudara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika.   Lakukan dua atau tiga kali seminggu.

Penyakit Kelamin 
Sepah sirih dihasilkan samada secara kunyahan atau ditumbuk lumat dan disapukan pada bahagian yang sakit.
Giling lumat daun sirih, sedikit gula merah dan sedikit garam rebuskan hingga sebati, minum airnya sebanyak tiga kali sehari hingga sembuh.

Bau Badan 
Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.

Nota Tambahan :
Khasiat ASTRIGEN daun sirih berkeupayaan mengecutkan tisu-tisu organik dan khasiat ANTISEPTIK untuk membunuh kuman. Ini bermakna, jika diminum airnya atau digunakan sebagai pencuci harian bagi wanita khasnya, selain menegangkan otot-otot tisu dalaman vagina, ia juga boleh membunuh bakteria, kuman atau kulat serta mengatasi masalah keputihan. Sirih juga turut digunakan bagi mengatasi masalah penyakit Malaria, sakit sendi, gout dan dipercayai boleh merawat kanser dan penyakit jantung.

Boleh lah korang cuba..bestttt...;)

Thursday, 4 December 2014

Manfaat Vitamin C yang perlu diketahui

Salam u oll..da makan malam ke..Umi nak beritahu bulan ni promo Vitamin C Shaklee Sustain Release..sape nak cantik dan gebu gebas jom grab promo ni..hehe..meh Umi kongsi manfaat Vitamin C ni ye..manatau korang berminat ke..;)

Manfaat Vitamin C Shaklee

Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat utk penyerapan zat besi yg lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkat pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga memerangi simptom selsema.

Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yg berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan meransang pengeluaran T-cells utk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan.

Mencantikkan kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda mendapatkan kulit yg lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmentasi iaitu penyebab utama jeragat.

Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental spt keresahan.

Mengekalkan kolesterol sihat - Ia mampu mengurangkan kolesterol dlm darah, mengekalkan kapilari darah yg sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Kenapa Vitaminc C Shaklee best..

Vitamin C pertama yg SEMULAJADI dan bertindak secara 'sustained release' atau dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan dalam badan untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita.

Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk 1 tablet.

Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.

Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan dan dilepaskan ke dalam sistem tubauh secar perlahan-lahan mengikut keperluan.

Dan palinggg bestttt..harga yang sangat berpatutan dan tahan berbulan2..ada 180 biji dan harga kurang dari RM100!!!..murah sangat..kan kan kan

Mana nak order?

Orderlah dengan Umi ye..0132405031
nak email pon boleh umiazmil85@gmail.com

Jumpa lagi..tata ;)



Wednesday, 3 December 2014

Kebaikan buah citrus

TIADA siapa dapat menafikan hakikat bahawa buah sitrus yang rasanya masam mempunyai banyak khasiat dan kebaikan. Buah sitrus ialah jenis limau sama ada oren, lemon, limau nipis, limau bali, limau kasturi, limau purut mahupun limau mandarin.


Ia boleh dimakan segar, diperah untuk dijadikan minuman, bahan dalam masakan atau diparut sebagai perisa kek, kuih-muih atau bahan perapan. Umumnya, semua maklum buah ini kaya dengan vitamin C yang baik untuk kulit.

Vitamin C bertanggungjawab membentuk kolagen yang baik untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah dan tulang serta membantu proses penyembuhan luka.

Buahan sitrus juga baik untuk kesihatan jantung, penglihatan serta mengurangkan risiko penyakit kanser. Ia juga memiliki kelebihan sebagai antioksidan, membantu mengawal tekanan darah, mengurangkan risiko penyakit strok di kalangan wanita serta membantu perkembangan otak janin.

Oren mengandungi karbohidrat dalam bentuk fruktosa, glukosa dan sukrosa. Serat di dalam karbohidrat melambatkan proses pengosongan perut, pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.

Bagaimanapun, jika dimakan berlebihan, ia mendatangkan keburukan. Kanak-kanak misalnya gemar menghisap atau mengemam buahan sitrus di dalam mulut dalam tempoh lama.

Tabiat itu boleh menyebabkan mineral penting pada gigi terjejas, di samping menghakis permukaan luar gigi disebabkan kandungan asid tinggi dalam buahan sitrus. Akibatnya, gigi menjadi sensitif atau mudah ngilu ketika makan makanan atau minuman sejuk.

Itu antara kebaikan buah citrus..untuk memudahkan pengambilan vitamin C Umi syorkan Vitamin C Shaklee..memang sumber vitamin C terbaik..tak rugi cuba ;)

Tuesday, 2 December 2014

Kurangkan selsema bagi Ibu Hamil

Salam sahabat2..sihat ke..Umi diserang selsema beberapa hari ni..rasa tak selesa sangatkan..lagi2 mengandung tak boleh ambil ubat selsema sebarangan kan.

Jadi memandangkan Umi tak nak ambil panadol juga untuk legakan Umi cuba cara lain. Tapi sebelum tu jom baca tentang simptom2 ni..Umi ambil dari babycentre.com.my..dan juga rawatan yang disyorkan..jom baca sama2..

Flu boleh membuatkan anda benar-benar tidak sihat apabila anda sedang hamil. 

Oleh itu, berehatlah. Jika anda menghidap flu, anda mungkin mengalami:

demam
sakit kepala
sejuk
sakit-sakit otot
keletihan
hilang selera makan

Jika anda bimbang mengenai simptom-simptom flu anda, jumpalah doktor. 

Perkara terbaik yang anda boleh lakukan jika anda menghidap flu ialah dengan banyak berehat dan berbaring. Jangan pergi bekerja sehingga anda telah benar-benar sembuh.

Anda juga boleh mencuba kaedah rawatan berikut:

Minum banyak air, terutamanya jika anda mengalami demam, untuk mengelak daripada ternyahhidrat. Anda juga boleh minum jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C seperti jus oren, yang dapat membantu melawat jangkitan.

Anda boleh ambil paracetamol untuk meredakan demam dan melegakan sakit-sakit badan. Turuti arahan dos pada paketnya atau tanya doktor anda jika anda tidak pasti berapa banyak yang anda harus ambil.

Berehat dan berbaring di katil jika anda rasa sangat tidak sihat, tetapi jangan sampai badan anda menjadi terlalu panas dan berpeluh di bawah selimut, kerana ini boleh membahayakan bayi dalam kandungan.

Walaupun anda tiada selera, tetapi cubalah makan makanan yang berkhasiat. Makan buah-buahan, roti bijian penuh, atau minum minuman bersusu yang hangat.

Bagi Umi pula..memang Umi tak nak ambil panadol langsung..jadi alternatifnya Umi cuba dapatkan sumber vitamin C banyak2..caranya Umi minum air sunquick suam2 lepas tu tidur. 

Umi juga minta Azmil belikan buah limau..memang Umi tak de selera langsung jadi makan buah limau tu bagi rasa kenyang sikit..dan Alhamdulillah esoknya selsema dah kurang dan tiada lagi masalah hidung tersumbat.

Umi nak syorkan juga kepada ibu mengandung yang lain untuk ambil Vitamin C Sustain Release Shaklee ni..memang membantu juga kurangkan selsema..bukan setakat selsema tapi banyak lagi manfaat yang lain..dan bestnya sebiji tablet Vitamin C Shaklee ni seperti makan  5-7 biji limau beserta kulitnya..tapi Umi tak ambil ni hari tu sebab stok abis..kalau tak memang Umi ambil juga..senang tak perlu beli buah limau banyak2..hehe



Bulan ni promo Vitamin C sustain Release ni..ni lah peluang nak dapat harga murah dari harga retail..mehlah order ngan Umi ye..;)

Pengedar Shaklee Anda
Umi Azmil

Monday, 1 December 2014

Kenapa perlu pilih Cinch Shake Shaklee

Salam semua...buat apa u oll..ok hari ni jom baca lagi tentang Cinch Shake Shaklee lagi ye..ni Umi sertakan sekali dengan testimoni..mana tau ada yang berkenan ke..hihi

sebelum tu Umi nak beritahu 4 sebab kenapa korang kena pilih Cinch Shake ni..bukan paksa tau..cakap je..hehe

Ada 4 sebab untuk anda memilih Cinch Shake sebagai program diet sihat dan selamat.

1. Ianya diformulasi dengan leucine, asid amino penting untuk membakar kalori dan lemak sambil mengekalkan jisim otot.

2. Dengan leucine, jisim otot kekal. Ini mengekalkan kadar metabolisme badan. Sesetengah produk biasa di pasaran memang membakar lemak, dalam masa yang sama turut membakar otot, yang kemudiannya memperlahankan kadar metabolisme badan. Akibatnya, setelah berat anda turun ketika mengambil produk tersebut, akhirnya akan naik semula setelah berhenti. Ini tidak terjadi dengan Cinch.

3. Cinch kaya dengan protien, dibancuh dengan susu segar sebagai pengganti hidangan makanan. Anda kekal kenyang tanpa rasa lapar yang melampau. Ketika ini, badan akan membakar kalori dan lemak berlebihan dalam badan. 

4. Selepas anda kurus dengan Cinch, anda kekal cantik! Kenapa? Oleh kerana otot-otot yang memejalkan tubuh masih dipelihara dengan baik dengan adanya leucine, ya, tiada paha, lengan dan perut menggeleber!

Ok camne..berminat tak..jom baca testimoni mereka yang berjaya kurus dengan Cinch Shake ni..







Camne berminat lagi tak..hehe..meh lah order ngan Umi ye ;)

Pengedar Shaklee anda
Umi Azmil

Sunday, 30 November 2014

Minuman protein untuk kurus

Salam semua...hari ni Umi cerita berkenaan minuman protein yang boleh membantu untuk program turunkan berat badan..Umi nak kenalkan ni dia Cinch Shake Shaklee....


Jom kenali Cinch Shake Shaklee 

Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. 

Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. 

Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.



Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. 

Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. 

Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.

      Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut

      Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina

      Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan

      Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang

      Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian

      Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga

      Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting

      Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan..(soya bukan GMO)

Bestkan..boleh lah order ngan Umi ;)

Pengedar Shaklee anda
Umi Azmil

Saturday, 29 November 2014

Sarapan dengan nasi ambeng...

Salam hujung minggu sahabat2..hari ini cuti jadi dapatlah luangkan masa bersama keluarga tersayang kan..hari ni Umi balik kampung Azmil di Bagan Nakhoda Omar..suka perjalanan balik ke sini sebab kiri kanan terasa sangat suasana kampung.

Pagi lepas subuh kitorang gerak balik..sampai di kawasan Assam Jawa masih berkabus lagi..sejuk je suasana pagi2..nyamannnn menusuk kalbu..gituuuu..heheh


Sampai2 rumah je mak mertua da beli kan nasi ambeng..sarapan lah kami suami isteri dengan nasi ambeng..sedapppp sangat..Azmil suka betul.. kami berkongsi makan sebab banyak betul satu bungkus tu...alhamdulillah rezeki hari ni..;)

Lepas makan Umi terus bagi Azmil makan Alfafa Shaklee dan Cinch Tea sebab dia masih dalam program pengurusan badan anjuran puan isteri..hehe..memang bagus untuk membantu mempercepatkan penghadaman dan percernaan..dalam sejam kemudian Azmil terus lawasss..hehe..bagus kan..tak simpan lemak dalam badan..hehe

Nak beli Alfafa Shaklee..boleh lah hubungi Umi ye ;)..0132405031

....tataaaaaaa.....


Friday, 28 November 2014

Kaki masih bengkak lagi...

Salam jumaat semua..tup2 esok da 29 November..tinggal sehari lagi nak masuk December..kejapnya masa berlalu..perut Umi pon makin membesar dan da masuk 2nd trimester..alhamdulillah atas kurniaan Mu ya Allah...

Bila masuk 2nd trimester ni sakit belakang Umi da kurang sikit tapi benda lain plak yang dapat..kaki pula membengkak dan bahagian betis rasa macam sengal2 je..Umi tak boleh nak duduk antara 2 sujud..rasa perit sangat hempap kat bahagian bengkak tu..huhuhu..tapi Umi gagah kan juga..lagi pon ni kan pengalaman...mesti kena hargai semua pengalaman ni..kannn hhehe...

Umi kadang2 rasa sakit bila berjalan..cuba juga urut dengan minyak angin sikit2..lega lah juga rasa..tapi still juga godek2 internet cari pape petua..jumpa lah petua ni dari blog teratakannurkaseh..memang sangat berguna dan berinformasi..memandangkan esok off..Umi nak cuba ni esok lah..jom baca sama2..

--- ni gambar ihsan dari google ye..bukan kaki Umi..hehe..bengkaknya lebih kurang camni lah..huhu

Petua kurangkan Bengkak kaki :

1.Campurkan sedikit jadam bersama air dan masak hingga jadam itu hancur dan pekat. Sapukan pada kaki dan betis apabila jadam itu sudah suam. Selawat 3 kali. Seeloknya disapu pada waktu hendak tidur.
- Umi cuba google apa tu jadam..tapi tak berapa sure apa benda ni..jadi petua pertama ni Umi tak leh ikut lah..hehe

2.Bersihkan taugeh besar, buang semua batangnya.Rebus di dalam kuali. Masukkan satu gelas air ke dalamnya. Apabila telah suam, minum airnya. Ulangi sehingga bengkak tersebut surut.
- Ok tauge ni senang cari..boleh cuba yang ni lah..tapiiii..rasa macam tak sanggup plak nak minum air tu..huhuhu

3.Rebus segenggam bulu jagung bersama sedikit air. Biarkan sehingga menjadi satu gelas. Kemudian tapis dan minum setaip hari.
- Yang ni pula guna bulu jagung..susan gak nak cari kan..hurmmm

Jadi kesimpulannya petua no. 2 jelah yang mudah dan senang dicari..hehe

Peringatan : 
Hubungi doktor anda jika anda dapati anda turut mengalami: 
muka atau keliling mata bengkak.
tekanan darah tinggi.
kencing kotor.
sebelah kaki kelihatan lebih bengkak daripada yang lagi satu.

Ok tu jelah yang Umi nak kongsi hari ni..jumpa lagiiiii ;)

Thursday, 27 November 2014

Kenapa kaki ibu mengandung bengkak ?

Penat sangat minggu ni Umi rasa tapi best and enjoy sebab kami sekeluarga dapat berkumpul sama2 di rumah Umi..minggu ni 2 kali Umi pergi majlis konvokesyen kat Uitm Shah Alam..hari isnin teman adik sepupu sebab bapa saudara di Kelantan tak dapat datang kerana baru lepas operation dan hari rabu adik Umi lak konvo..memang penat juga badan tapi ok lah sebab waktu ni lah dapat berkumpul sekeluarga..meriah rumah dua tiga hari ni..;)... selepas konvo ni baru Umi perasan kaki Umi bengkak dan rasa sengal2..bengkak tu nampak besar dekat area buku lali..terkejut juga tengok sebab tak pernah alami sebelum ni kan..hehe..mungkin sebab banyak berjalan dan duduk menunggu..memang sakit rasa bila solat lagi2 bila duduk 2 kalu tahiyyat..tapi Umi enjoy dengan pengalaman ni sebab ni salah satu simptom kehamilan..best juga ;)..

Ma Umi cakap ni perkara biasa bagi perempuan mengandung nanti lama2 ok lah..hari ni macam dah surut sikit..malam2 encik suami tolong urut sikit kaki baru boleh nak tidur lena..thanx suamiku..terharu..huhu

Umi baca juga kenapa bengkak ni terjadi kepada perempuan mengandung ye..Umi jumpa artikel ni..Umi kongsi di sini sebagai ilmu bersama kann..
www.babycentre.com.my



Mengapa buku lali dan jari kaki saya bengkak?

Bengkak pada buku lali dan tapak kaki (dikenali sebagai oedema) berlaku dalam kehamilan kerana badan anda menyimpan lebih banyak cecair daripada biasa.

Apabila bayi anda semakin membesar, uterus (rahim) anda memberi tekanan kepada saluran darah di pelvis. Ini khususnya menjejaskan salur darah besar yang menerima darah daripada anggota badan bahagian bawah. Salur darah yang dipanggil vena kava bawah ini terletak pada bahagian kanan badan. Tekanan yang diterimanya menyebabkan peredaran darah di bahagian itu menjadi perlahan dan mengakibatkan darah terkumpul. 

Tekanan daripada darah yang terkumpul ini memaksa air turun dan keluar melalui salur darah kecil (kapilari) masuk ke dalam tisu-tisu pada tapak kaki dan buku lali. Biasanya, air ini akan diserap oleh badan. Kadang kala, wanita hamil juga menyimpan lebih banyak air daripada biasa, dan ini menambahkan lagi kebengkakan. 

Anda mungkin mendapati kebengkakan ini lebih teruk pada waktu petang dan malam, dan lega sedikit pada waktu pagi setelah anda tidur sepanjang malam. Menjelang petang, anda mungkin dapat lihat jika anda tekan kulit di sekitar buku lali, kulit itu tidak menganjal dan serta-merta kembali kepada keadaan asalnya. 

Menjelang penghujung kehamilan, tangan anda juga mungkin menjadi bengkak dan cincin yang anda pakai akan terasa ketat. 
Adakah oedema ini perkara biasa?
Malangnya, oedema semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya dalam trimester ketiga. Di antara 50 dan 80 peratus wanita hamil yang sihat akan mengalaminya. Cuaca panas seperti di negara kita juga memburukkan lagi keadaan ini. 

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami bengkak yang teruk pada muka, tangan atau tapak kaki, jumpalah doktor anda. Ini mungkin salah satu tanda pra-eklampsia, iaitu satu keadaan yang serius bagi anda dan bayi. 
Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan bengkak?
Ubat-ubatan yang membantu buah pinggang mengeluarkan air dan sodium sebagai cara untuk membuang cecair dari dalam badan (iaitu ubat yang berbentuk diuretik) tidak sesuai diambil semasa hamil. Sebaliknya, gunalah kaedah-kaedah berikut untuk mengawal kebengkakan.

Naikkan kaki bila-bila anda boleh, untuk membantu melancarkan peredaran darah. 

Jika di tempat kerja, letakkan bangku kecil atau kotak di bawah meja anda. Di rumah pula, cubalah baring mengiring ke kiri, kerana ini boleh mengurangkan tekanan pada vena kava bawah.

Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. Dan jangan cuba menyilang kaki semasa duduk.

Pakailah seluar stoking sokongan (support tights) sebelum anda bangun dari katil pada waktu pagi supaya darah tidak berpeluang berkumpul di sekeliling buku lali. Jika ini tidak berjaya, tanyalah ahli farmasi atau doktor mengenai stoking tekanan (compression stockings).

Bersenam selalu, terutamanya berjalan, berenang, atau dengan menggunakan basikal senaman.

Jika anda membuat perjalanan jauh, berhentilah dengan kerap untuk meregangkan kaki.

Jika kulit anda tidak terlalu tegang dan sakit, anda boleh minta seseorang untuk mengurut buku lali dan tapak kaki anda, hingga ke lutut. Ini boleh membantu mengalihkan cecair keluar daripada tapak kaki.

Anda juga boleh mencuba rawatan semula jadi berikut untuk mengurangkan bengkak.

Ingatlah, walaupun buku lali anda yang bengkak ini mungkin tidak menyelesakan, keadaan ini adalah sementara sahaja. Seperti juga kesan sampingan kehamilan yang lain, ia akan hilang sejurus anda melahirkan. 

Wednesday, 26 November 2014

Kandungan Cinch Shake Shaklee

Jom kurus dengan Cinch Shake Mix Shaklee...Umi kongsi tentang kandungannya ye..jom baca



Kandungan Chinch Shake Mix Shaklee

1.   Setiap hidangan Chinch Shake Mix Shaklee anda akan dapat:
      - 24gm protein - beri rasa kenyang dan rasa cukup puas hati
      - 24 jenis vitamin dan mineral penting -mengandungi lebih 35% Nilai Harian
      - 6gm serat larut

2.   Mengandungi LEUCINE - nutrisi penting untuk orang yang ingin kuruskan badan

3.   Indeks Glisemik yang rendah - 22, jadi hidangan Chinch sesuai untuk penghidap 
 kencing manis

4.   Dengan campuran ESP - campuran Eksklusif protein dipertingkatkan oleh LEUCINE

5.   LEUCINE dalam Chinch Shaklee memelihara otot semasa menurunkan berat badan

6.   TAK PERLU RISAU - Chinch Shaklee kawal kandungan gula normal

7.   Chinch Shaklee - memberi tenaga kepada orang yang berdiet

9.   Soya Bebas GMO

10  Tiada perasa tiruan, warna atau pemanis

11.  Ada 3 jenis variasi untuk pilihan - Vanila, Coklat dan Caffe Latte

Chinch Shake Mix Shaklee BERKESAN dalam MENURUNKAN BERAT BADAN

1. Formulanya mengekalkan jisim otot tanpa lemak

2. Berat anda turun KERANA kehilangan lemak BUKAN dengan JISIM OTOT sekali

3. DIPERKASA DENGAN LEUCINE

4. Chinch Shaklee mengawal rasa lapar

5. Memberi tenaga walaupun berdiet (perlu makan tetapi dengan diet menu yang sihat)

6. Menyokong proses metabolsima tubuh

7. Memberi kepuasan kepada pengguna.

Berminat tak..hehehe...kalau nak boleh order ngan Umi ye ;)

Pengedar Shaklee Anda
Umi Azmil

Tuesday, 25 November 2014

Cara kurus dengan selamat

Salam semua..

Sesiapa pasti ingin diri langsing dan menawan kan..jadi Umi nak kongsi tentang Cinch Shake Shaklee ..ianya boleh membantu anda mencapai impian anda untuk langsing dan sihat..Umi da mulakan program pelangsingan untuk Encik suami sebab hari tu waktu buat medical check up..doktor cakap tekanan darah Azmil tinggi..jadi Umi rasa mesti salah satu sebab adalah berat badan..Umi cuba ikhtiar ni...bila badan kurus insha Allah kita akan rasa lebih sihat kan..Umi belikan Cinch Shake perasa Caffe Latte..Azmil suka rasanya..dia cakap rasa macam horlick..boleh tak..hehe..xpelah asal dia nak minum..



Ada 4 sebab untuk anda memilih Cinch Shake sebagai program diet sihat dan selamat.

1. Ianya diformulasi dengan leucine, asid amino penting untuk membakar kalori dan lemak sambil mengekalkan jisim otot.

2. Dengan leucine, jisim otot kekal. Ini mengekalkan kadar metabolisme badan. Sesetengah produk biasa di pasaran memang membakar lemak, dalam masa yang sama turut membakar otot, yang kemudiannya memperlahankan kadar metabolisme badan. Akibatnya, setelah berat anda turun ketika mengambil produk tersebut, akhirnya akan naik semula setelah berhenti. Ini tidak terjadi dengan Cinch.

3. Cinch kaya dengan protien, dibancuh dengan susu segar sebagai pengganti hidangan makanan. Anda kekal kenyang tanpa rasa lapar yang melampau. Ketika ini, badan akan membakar kalori dan lemak berlebihan dalam badan. 

4. Selepas anda kurus dengan Cinch, anda kekal cantik! Kenapa? Oleh kerana otot-otot yang memejalkan tubuh masih dipelihara dengan baik dengan adanya leucine, ya, tiada paha, lengan dan perut menggeleber!

Mahu kesan lebih efektif dan cepat dengan Cinch?

Menurut pakar nutrisi/pakar pemakanan Shaklee, kesannya lebih cepat dan efektif apabila Cinch diambil bersama Energy Soy Protien. Satu scoop Cinch + 1 sudu ESP digoncang dalam susu segar, setiap kali sarapan dan juga makan malam!

Dengan izin Allah pasti anda sihat, cantik, menawan dan langsing ;)

Pengedar Shaklee Anda
Umi Azmil

Monday, 24 November 2014

Hikmah Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar

Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar



Sejarah Dinamakan 1000 Dinar

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat berkenaan.

.

Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah diajarkan Nabi Khidir.

Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat 1000 dinar.

Khasiat Ayat 1000 Dinar

‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.

Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
Baca ketika hendak tidur tiga kali,
Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
.
Selepas mengetahui hikmat ayat ini, eloklah diamal, dihafal dan difahamkan maknanya sekali sebagai bekalan kita ketika menghadapi segala kesusahan dan kesengsaraan yang tidak kita jangkakan di masa mendatang.

Sunday, 23 November 2014

Petua buang angin dalam badan yang mudah!

Salam sahabat2 sekalian..siapa kat sini ada masalah angin dalam badan..mesti ada yang pernah mengalaminya kan..ok hari ni Umi nak kongsi petua cara nak buang angin ni dengan cara yang mudah..meh nak cite...Antara panduan adalah seperti berikut ( wah macam ayat dalam kertas exam lak..hehe)-

1) Bawang Putih
Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
Hiris bawang putih nipis-nipis.
Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
Minum ramuan ini sebulan sekali.
atau

Bawang putih ditumbuk dan dicampur dengan air panas, bagi air bawang tu keluar dan minum. 

2) Cengkih dan Halia
Rebuskan Cengkih dan Halia, lepas tu minum ketika masih suam. Ulang beberapa kali..

3) Daun mengkudu dan halia
Minum air rebusan daun mengkudu dan halia.

4) Serai Kisar
Kisar serai, lemon, daun pudina, madu asli, garam dan sedikit air. Amalkan minum bancuhan ini dan angin akan keluar.

5) Rendam kaki dalam air panas
Rendamkan kaki dalam air panas + segenggam garam kasar. Kepanasan air mengikut kesesuaian diri. Rendam sehingga 10 minit atau lebih. Semasa rendaman ini juga, cuba lakukan pernafasan yang teratur ala-ala bermeditasi gitew. Selepas 10 minit, keluarkan kaki dan lap supaya kering; . Tapak kaki akan menjadi merah dan badan berasa segar.(Nota:Semasa aktiviti ini cuba kosongkan 'mind', penuhi dgn zikir, dan jadikannya aktiviti rekreasi dengan keluarga/pasangan. Seeloknya dilakukan seminggu sekali sebelum tidur)

6) Urutan di kaki
Urut perlahan-lahan urat besar di tumit dan sekitar buku lali.

7) Minuman Kultur
Jika badan terlalu banyak angin, disyorkan mengambil minuman colon cleanser supaya perut dapat di 'flush out' segala kekotoran (lemak, sisa makanan, bahan-bahan toxic, lendir dsb). Perut adalah gudang penyakit. Disitu berkumpul segala punca penyakit. Setelah perut di 'flush out', kita akan berasa badan menjadi ringan dan segar.

8)  Bagi yang menghidapi penyakit angin dalam badan dan sering merasa sejuk, minuman campuran seperti berikut:

Campuran tersebut ialah cengkih dan lada putih atau lada hitam. 
Bahan – bahan tersebut yang sama jumlah hendaklah digoreng hingga garing dan kemudiannya ditumbuk hingga halus. 
Kemuadian campuran tersebut hendakalah diayak terlebih dahulu. Campuran yang masih kasar digoreng lagi hingga garing, kemudian ditumbuk semula seperti proses yang terdahulu hingga kesemuanya sempurna menjadi serbuk yang halus. 
Serbuk tersebut kemudian dicampur dengan setengah cawan air suam diminum tiap-tiap pagi atau malam sebelum atau selepas makan. Ramuan ini berguna untuk memecahkan angin yang ada di dalam badan dan memanaskan badan yang sejuk

9) Petua paling penting

Satu lagi petua dari yang diperolehi dari Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah, Saidina Ali berkata :


Dengar tu...

"Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap"

10) Ambil Supplemen
Kalau malas nak kisar bagai..senang je anda boleh ambil Peppermint Ginger Plus dan Garlic Shaklee. Dua2 produk ni membantu menyelesaikan masalah angin dalam badan dalam bentuk tablet. Tak payah ambil masa untuk kisar dan  rebus bagai. Telan je tablet tu. Harga yang sangat berpatutan dan kandungannya  yang sangat semulajadi. 

Berminat ke?...cari lah Umi ye ;)

Pengedar Shaklee Anda
Umi Azmil