Friday 12 December 2014

Kenapa kerap pening ketika mengandung

Salam semua..dah malam sabtu ye..cepatnya masa berlalu..kan kan

Hari ni Umi nak kongsi kenapa ada ibu hamil yang kerap pening..Umi pon salah seorang..bila google..tu macam alahan juga..tapi tak sure lah..jom baca ni

Mengapakah saya rasa pening semasa hamil?

Sebab mengapa anda berasa pening bergantung kepada usia kehamilan anda. Pada awal trimester pertama, anda mungkin rasa pening dan loya kerana tekanan darah yang rendah. Ini berlaku kerana hormon kehamilan iaitu progesteron merehatkan dinding salur darah anda, menyebabkan tekanan darah anda menurun. Ini boleh menyebabkan anda berasa pening dari seawal minggu kelapan. Tetapi ingat bahawa pening adalah ciri-ciri biasa kehamilan. Di antara setengah hingga tiga perempat daripada wanita hamil akan merasa pening.

Dalam trimester kedua dan ketiga, rahim anda yang sedang membesar berkemungkinan menekan saluran darah. Ini juga boleh menyebabkan anda berasa pening. Sebab-sebab lain mengapa anda mungkin berasa pening termasuk:
Jika anda berdiri terlalu cepat, darah mungkin tidak mempunyai cukup masa untuk sampai ke otak. Ini dipanggil hipotensi postural.
Jika anda berbaring terlalu lama. Kira-kira satu dalam 10 wanita hamil mengalaminya disebabkan oleh tekanan darah.
Jika anda belum makan dan gula dalam darah rendah, terutamanya pada lewat petang.
Jika anda kekurangan zat besi dalam darah (anemia).
Jika anda terlampau panas

Baru tahu kenapa kerap pening kan..

nak kurangkan boleh ambil B Complez Shaklee juga...;)

No comments:

Post a Comment