Friday 19 December 2014

Kelebihan Doa Nabi Yunus ketika dalam perut ikan nun

Salam semua....

Jom amalkan satu doa yang boleh membantu meringan dan melapangkan masalah ketika dalam kesempitan..inshaAllah..

Ini adalah doa yang diamalkan oleh Nabi Yunus A.S ketika berada dalam perut ikan nun..



Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “ Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s.
“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk  orang-orang yang zalim.)

Walaubagaimanapun doa hendaklah seiring dengan usaha kerana itu fitrah manusia dan apabila berdoa beserta dengan sedikit usaha insyaallah kita akan terselamat dari sesuatu malapetaka dari menjadi lebih teruk lagi.

(Surah Al-Anbiyak : Ayat 87)

Doa Nabi Allah Yunus a.s. ketika di dalam perut ikan Nun. Ibnu sunni meriwayatkan Rasulullah s.a.w telah menerangkan bahawa : "Barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah s.w.t. dari segala kesempitan". Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus a.s. ketika di dalam perut ikan Nun. 


Thursday 18 December 2014

Minum Performance Drink lagi....

Salam semua..sihat ke...


Esok dah Jumaat..malam ni lepas maghrib elok baca yasin sedekahkan kepada mereka yang telah meninggalkan kita..inshaAllah Allah akan melapangkan kubur mereka dan meringankan siksa kubur mereka..sesungguhnya mati tu pasti cuma kita tak tahu bila waktunya..semoga semua beroleh khusnul khatimah...aminnn

Hari ni perut Umi rasa sedikit tegang..maybe baby dah mula aktif..tadi dok google2 gaya baby Umi jumpa gambar ni



Heee..comel pulakkan..apalah anak mama buat kat dalam..hihihi..

Skang dah nak dekat 5 bulan..baby da makin membesar dan dah berkongsi makanan dengan ibu..betul ke..waktu ni dah ada roh ke belum ye..Umi pon tak sure..xpelah yang penting anak sihat dan sempurna..aminnn..tak sabar rasa nak tunggu dia keluar..malam2 pon Azmil selalu bercakap dengan anakandanta..tersentuh rasa..

Sayu juga sebab Allah bagi peluang kepada kami untuk merasai pengalaman yang sangat berharga ni..terima kasih ya Allah

Hari ni masih terasa mual selepas makan malam..Umi minum performance drink bagi hilangkan rasa mual ni..alhamdulillah ada performance drink



Jemput minum semua...;)

Wednesday 17 December 2014

Tips kurangkan stress

Salam semuaaaa...

Pening kepala memang akan kerap terjadi kepada ibu mengandung kan..Umi pon tak terkecuali..sekarang ni ada masa2 tertentu yang akan rasa sakit kepala..lagi2 dekat opis kalau banyak sangat kena fikir..hehe

Memang exhausted gila..penat otak dan penat fizikal berbeza kan..penat berfikir boleh buat kita jadi stress kan kan..

Sebagai ibu mengandung tak elok stress2...jadi kena kawal emosi dan cuba tenangkan fikiran sementara..

Cara Umi nak tenangkan fikiran, Umu akan ambil time out sekejap dan lelapkan mata sekejap..pastikan minda pon kosong sebab kalau lelap tapi minda fikir macam2..tak tenang juga..betul kan..jadi sebelum lelap tu tarik nafas 3 x pastu lelap lah kejap..memang cara ni berkesan untuk Umi..

Cara lain..zikir " hasbunaAlla wanikmal wakil, nikmal maula wanikmannasir"
.inshaAllah fikiran rasa tenang dan juga kalau waktu tu tengah buntu idea atau ada pape masalah inshaAllah akan ditunjukkan jalannya atau dipermudahkan urusan kita..waaallahualammm

Selain tu Umi ambil BComplex Shaklee juga yang mana vitamin B ni boleh kurangkan stress dan juga sakit kepala..Umi suka betul B Complex ni ;)

Dapatkan produk Shaklee dari Umi ye

Tuesday 16 December 2014

Bahaya ke jatuh ketika hamil?

Salam semua..

Semalam kawan opis Umi jatuh terlentang dekat surau opis lepas ambil wudhu'..lantai licin..dah lah kawan Umi tu tengah pregnant 5 bulan..menggigil dia bila jatuh..kitorang yang nampak ni risau sangat keadaan dia...dia pon macam dah nak nangis..mesti risau kan..tapi dia tak rasa sakit kat perut..

Kami call terus husband dia dan minta terus hantar pergi jumpa doktor..bahaya kan..semoga kawan Umi dan baby dia selamat dan takde pape..hari ni dia MC jadi tak boleh nak tanya perkembangn dia..

Umi ada baca kat babycentre.com.my..artikel tu beritahu kalau jatuh  atau mengalami hentakan  tidak selalunya membawa bahaya, tetapi hubungi doktor pada hari yang sama dan jelaskan apa yang berlaku.

Jika kita tergelincir di tangga dan tulang punggung tercedera, kita mungkin tidak perlu risau sebab baby selamat kerana dilindungi oleh uterus dan cecair amnion. 

Walau bagaimanapun, komplikasi mungkin berlaku dalam sesetengah kes. Jika mengalami kontraksi, kebocoran atau sebarang pendarahan hubungi doktor dengan segera atau pergilah ke unit kemalangan dan kecemasan di hospital.

Risau juga kan sebab malang tu tak berbau..huhu..kena sentiansa hati2..
Umi doakan semoga semua ibu2 hamil sentiansa dilindungi dan dihindari dari segala masalah ketika mengandung ni..aminnnn ;)

ESP Shaklee lain dari soya biasa

Salam semua..

ESP Shaklee...siapa yang kenal produk ni..memang femes betul..dan tak hairan ianya adalah best seller produk dalam Shaklee..

Walaupun ianya dihasilkan dari soya tapi ianya amat berbeza dari soya biasa yang ada dipasaran..kenapa?

Ini adalah jawapannya...

Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amino Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.

Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian
Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.

Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP (Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.

Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones
Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafein.

Hah itu lah bezanya...ESP sesuai untuk semua peringkat umur..lagi2 untuk ibu hamil dan menyusukan anak..

Bagi ibu hamil..ianya membantu menjaga perkembangan fetus dan juga memberi tenaga berpanjangan manakala bagi ibu menyusukan ianya membantu merangsang pengeluaran susu ibu...dan paling best membantu juga untuk ibu kelihatan cantik dan gebu kerana protein yang ada didalamnya boleh membantu  menghasilkan sel2 yang baru..

Bestkan;)....

Dapatkan dari Umi ye 0132405031

Berjumpa lagi...tata

Sunday 14 December 2014

Family lagi....

Alhamdulillah..hujung minggu ni diberi peluang untuk berkumpul dengan family Pok Cik Cang , matok dan ayoh datang dari Kelate dan family Cik Ngah dari Ipoh. dan juga ma abah...penuh rumah Cik kat Puchong  ni,.hehehe...meriah rumah dengan gelagat sepupu sepapat lagi2 Fadhil ya g baru 2 tahun..comel je..nakal pula tu..

Semalam bawa family pergi Putrajaya..dekat kawasan masjid tu..ramai juga ye pelancong yang datang..rakyat Malaysia apatah lagi..ramai family yang bawa keluarga beriadah di sini..

Kitorang g makan juga dekat tingkat bawah tu..harga makanan di sini berpatutan juga..tak de lah mahal mana..macam harga biasa je..ingat kat sini harga makan macam kat KLCC.. ok lah..

Ok lah tu jelah cerita malam ni..nanti Umi sambung lagi ye..

Saturday 13 December 2014

Vitamin Dan Suplemen Kesihatan Untuk Ibu Hamil

Perlukah ibu hamil mengambil sebarang vitamin ataupun suplemen kesihatan sepanjang kehamilan? Adakah bakal ibu masih tercari-cari apakah vitamin atau suplemen kesihatan yang sesuai semasa kehamilan?

Apabila disahkan hamil, seorang bakal ibu pastinya akan merujuk dan mencari sumber terbaik bagi bayi yang bakal dilahirkan. Salah satu soalan yang sering ditanya oleh ibu hamil ialah berkaitan keperluan pengambilan vitamin atau suplemen kesihatan.

Diet yang seimbang adalah cara terbaik bagi mendapatkan nutrient yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan. Justeru itu, ibu hamil dinasihatkan mengambil makanan daripada pelbagai sumber bagi memastikan bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Ia juga bagi memastikan ibu mendapat tenaga yang diperlukan sepanjang kehamilan.

Walau bagaimanapun,terdapat sesetengah ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab alahan, mual-mual atau loya, muntah yang teruk, dan sebagainya. Oleh sebab itu, pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan, bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi dalan kandungan. Pengambilan vitamin dan suplemen kesihatan semasa hamil digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.

Apakah vitamin dan suplemen kesihatan yang penting bagi ibu hamil?

Secara amnya, ibu hamil disarankan mengambil vitamin dan suplemen mengikut keperluan dirinya atau saranan daripada doktor dan ahli farmasi. Beberapa vitamin dan suplemen yang biasanya perlu di ambil oleh ibu hamil adalah:

Asid Folik

Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural). Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.

(Sumber:  American Medical Association 2011)

Sebaik-baiknya asid folik diambil apabila seseorang wanita merancang untuk hamil. Asid folik dengan dos 400mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi folat (bentuk semulajadi Asid Folik) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang.

Dalam sesetengah keadaan, dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5mg mungkin akan disyorkan oleh doktor. Sebagai contohnya:

  • Ibu hamil yang pernah mengalami masalah bayi dengan kecacatan tiub neural dalam kehamilan terdahulu.
  • Ibu hamil yang sedang mengambil sebarang ubat anti-epileptik.
  • Ibu hamil yang menghidapi penyakit kencing manis.

Zat Besi

Ibu hamil biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak. Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.

Risiko kelahiran pramatang dapat dikurangkan dengan pengambilan zat besi. Selain itu, pengumpulan zat besi dalam badan juga penting kerana ibu akan kehilangan banyak darah semasa melahirkan. Bayi yang bakal lahir juga mempunyai simpanan zat besi dalam badan mereka. Zat besi ini berasal daripada darah ibunya melalui uri dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.

Biasanya, jika ibu mengambil zat besi lebih daripada kuantiti yang disyorkan iaitu 30mg, ia boleh mengganggu saluran pencernaan seperti mengalami sembelit yang dialami oleh kebanyakan ibu hamil, loya ataupun cirit-birit. Suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi dalam kuantiti 30mg atau kurang biasanya tidak memberikan sebarang masalah berkaitan.

Ibu hamil disyorkan berbincang dengan doktor berkaitan ketidakselesaan yang dialami. Sekiranya ibu hamil tidak mengalami anemia, terdapat pilihan untuk bertukar kepada suplemen kesihatan dengan kandungan zat besi yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, bagi ibu hamil yang mengalami anemia dan tiada pilihan untuk bertukar kepada suplemen lain, disyorkan untuk minum jus prun ataupun mengambil buah-buahan dengan lebih kerap bagi mengatasi masalah sembelit.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, kismis, kurma, kekacang dan sayur-sayuran.

Kalsium

Ibu hamil juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.

Biasanya suplemen ini akan diperskripsikan untuk wanita hamil yang alah terhadap susu atau tidak dapat mengambil kalsium yang cukup dalam pemakanan harian mereka. Kekurangan kalsium yang serius boleh mendedahkan wanita hamil kepada risiko pre-eklampsia yang boleh membawa maut kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).

Asid Lemak Perlu

Asid Lemak Perlu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan. Ikan adalah sumber utama DHA dan EPA tetapi ibu perlu berhati-hati supaya tidak makan terlalu banyak ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Memandangkan omega-3 adalah sangat penting untuk bayi, adalah idea yang baik untuk berbincang dengan doktor sama ada ibu memerlukan suplemen tambahan yang mengandungi omega-3 ataupun tidak.

Vitamin D

Vitamin larut lemak seperti vitamin D turut membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat kerana vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan. Oleh itu, adalah penting bagi ibu hamil mengambil vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta menyediakan bayi dengan vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama mereka. Dos yang dicadangkan ialah 200IU vitamin D setiap hari.

Sumber makanan terbaik yang mengandungi vitamin D adalah ikan sardin, ikan mackerel, ikan salmon, telur dan daging.

Tips pengambilan vitamin dan suplemen

  • Sebelum membeli sebarang vitamin atau suplemen, baca label dengan teliti bagi memastikan dos dan kandungan yang tepat dan selamat dipilih agar sesuai dengan keperluan ibu.
  • Berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang penggunaan ubat serta gaya hidup bagi menentukan vitamin dan suplemen kesihatan yang terbaik dan selamat diambil.
  • Pastikan ibu hamil tidak mengambil sebarang vitamin atau suplemen kesihatan selain yang dicadangkan oleh doktor ataupun ahli farmasi.
  • Bagi mengelakkan loya, cuba ambil suplemen kesihatan pada waktu malam sebelum tidur. Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil sebarang vitamin atau suplemen kesihatan selepas makan bagi mengurangkan iritasi dengan perut kosong.
  • Bincanglah dengan doktor atau ahli farmasi mengenai multivitamin khas untuk kehamilan. Ia seharusnya mengandungi asif folik, zat besi, vitamin D dan kalsium. Dapatkan juga multivitamin yang mengandungi vitamin C, vitamin D, vitamin B seperti B6 dan B12, potassium, zink dan vitamin E.
  • Multivitamin bagi kehamilan tidak mengandungi retinol, iaitu vitamin A daripada sumber haiwan, kerana jika diambil dalam kuantiti yang banyak, retinol boleh menjadi racun kepada bayi dalam kandungan. Ibu hamil juga perlu mengelakkan makanan yang mengandungi kandungan vitamin A yang tinggi seperti hati dan juga produk berasaskan hati seperti minyak hati ikan (fish liver oil). Bagaimanapun, vitamin A boleh diambil dalam bentuk provitamin A, iaitu betakarotin yang diperolehi daripada sumber tumbuhan dan selamat untuk bayi.

Sumber http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/ubat-a-anda/fakta-ubat/vitamin-dan-suplemen-kesihatan-untuk-ibu-hamil