Showing posts with label ibu hamil. Show all posts
Showing posts with label ibu hamil. Show all posts

Tuesday, 2 December 2014

Kurangkan selsema bagi Ibu Hamil

Salam sahabat2..sihat ke..Umi diserang selsema beberapa hari ni..rasa tak selesa sangatkan..lagi2 mengandung tak boleh ambil ubat selsema sebarangan kan.

Jadi memandangkan Umi tak nak ambil panadol juga untuk legakan Umi cuba cara lain. Tapi sebelum tu jom baca tentang simptom2 ni..Umi ambil dari babycentre.com.my..dan juga rawatan yang disyorkan..jom baca sama2..

Flu boleh membuatkan anda benar-benar tidak sihat apabila anda sedang hamil. 

Oleh itu, berehatlah. Jika anda menghidap flu, anda mungkin mengalami:

demam
sakit kepala
sejuk
sakit-sakit otot
keletihan
hilang selera makan

Jika anda bimbang mengenai simptom-simptom flu anda, jumpalah doktor. 

Perkara terbaik yang anda boleh lakukan jika anda menghidap flu ialah dengan banyak berehat dan berbaring. Jangan pergi bekerja sehingga anda telah benar-benar sembuh.

Anda juga boleh mencuba kaedah rawatan berikut:

Minum banyak air, terutamanya jika anda mengalami demam, untuk mengelak daripada ternyahhidrat. Anda juga boleh minum jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C seperti jus oren, yang dapat membantu melawat jangkitan.

Anda boleh ambil paracetamol untuk meredakan demam dan melegakan sakit-sakit badan. Turuti arahan dos pada paketnya atau tanya doktor anda jika anda tidak pasti berapa banyak yang anda harus ambil.

Berehat dan berbaring di katil jika anda rasa sangat tidak sihat, tetapi jangan sampai badan anda menjadi terlalu panas dan berpeluh di bawah selimut, kerana ini boleh membahayakan bayi dalam kandungan.

Walaupun anda tiada selera, tetapi cubalah makan makanan yang berkhasiat. Makan buah-buahan, roti bijian penuh, atau minum minuman bersusu yang hangat.

Bagi Umi pula..memang Umi tak nak ambil panadol langsung..jadi alternatifnya Umi cuba dapatkan sumber vitamin C banyak2..caranya Umi minum air sunquick suam2 lepas tu tidur. 

Umi juga minta Azmil belikan buah limau..memang Umi tak de selera langsung jadi makan buah limau tu bagi rasa kenyang sikit..dan Alhamdulillah esoknya selsema dah kurang dan tiada lagi masalah hidung tersumbat.

Umi nak syorkan juga kepada ibu mengandung yang lain untuk ambil Vitamin C Sustain Release Shaklee ni..memang membantu juga kurangkan selsema..bukan setakat selsema tapi banyak lagi manfaat yang lain..dan bestnya sebiji tablet Vitamin C Shaklee ni seperti makan  5-7 biji limau beserta kulitnya..tapi Umi tak ambil ni hari tu sebab stok abis..kalau tak memang Umi ambil juga..senang tak perlu beli buah limau banyak2..hehe



Bulan ni promo Vitamin C sustain Release ni..ni lah peluang nak dapat harga murah dari harga retail..mehlah order ngan Umi ye..;)

Pengedar Shaklee Anda
Umi Azmil

Monday, 27 October 2014

Kenapa ibu mengandung mengidam

 “Mengidam” adalah satu pengalaman yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita hamil atau mengandung. Mengidam boleh diterjemahkan sebagai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika mengandung.

Penyebab Berlakunya Mengidam Semasa Hamil

Sebenarnya, penyebab berlakunya mengidam atau penolakan sesuatu jenis makanan semasa mengandung masih tidak diketahui. Terdapat pelbagai faktor yang dikaitkan sebagai punca berlakunya mengidam. Menurut Siobhan Dolan, ada yang berpendapat mengidam atau penolakan semasa kehamilan sebenarnya merupakan satu faktor perlindungan, walaupun tiada data saintifik yang mencukupi untuk menyokong teori ini.

Perkara seperti peningkatan keperluan kalori serta zat makanan (nutrien) semasa kehamilan dan keperluan untuk pertumbuhan atau pembentukan janin merupakan alasan mengapa keadaan ini berlaku. Walau bagaimanapun, ada sesetengah saintis atau penyelidik menyatakan perubahan hormon semasa mengandung turut memberi kesan kepada deria bau. Ini secara tidak langsung memberi kesan dalam pemilihan dan pengambilan makanan.

Mengidam sesuatu jenis makanan semasa mengandung turut dikaitkan sebagai petanda berlakunya kekurangan zat makanan atau nutrien. Sebagai contoh, seseorang wanita hamil yang mengidam susu atau produk tenusu seperti keju menunjukkan kekurangan kalsium. Manakala mengidam makanan manis seperti coklat menandakan peningkatan keperluan kalori atau kekurangan vitamin B.

Apakah Yang Perlu Dilakukan Jika Mengidam Semasa Hamil?

Sekali lagi dinyatakan, adalah tidak salah untuk anda mengidam semasa mengandung dan pada masa yang sama, masih dapat membekalkan segala nutrien yang diperlukan oleh anda dan bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, pastikan anda tidak mengambil makanan tersebut secara berlebihan. Sebagai contoh, sekiranya anda mengidam untuk makan coklat, pastikan anda hanya makan 1 kepingan atau potongan kecil sahaja dan bukannya keseluruhan kepingan coklat. Pengambilan makanan yang tinggi kalori terutamanya yang tinggi kandungan gula dan lemak atau minyak boleh menyebabkan peningkatan berat badan yang berlebihan secara mendadak. Pertambahan berat badan yang berlebihan akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit diabetes semasa mengandung dan masalah tekanan darah tinggi.

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda lakukan sekiranya anda mengidam sesuatu jenis makanan:

  • Makan makanan yang seimbang dan pilih makanan yang kurang lemak serta tinggi serat seperti produk bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran serta kekacang. Sekiranya anda makan secara sihat setiap hari, sesekali anda mengidam makanan yang kurang berkhasiat dan diambil dalam jumlah yang sedikit tidak menjejaskan keperluan zat yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan.
  • Makan secara kerap dan boleh makan enam kali dalam sehari dalam jumlah yang sedikit tetapi mengenyangkan. Ini bagi membantu mengelakkan penurunan paras gula dalam darah sehingga sukar untuk  mengawal keinginan untuk makan.
  • Alihkan perhatian dengan keluar berjalan, bersembang, membaca atau menjauhi dapur anda atau kedai.
  • Beri tumpuan kepada makanan yang rendah kandungan kalorinya. Sekiranya ingin makan ais krim, pilih ais krim yang diperbuat daripada yogurt rendah lemak yang disejuk beku atau sorbet.
  • Sekiranya mengidam untuk makan kerepek kentang (bergoreng), pilih yang dibakar atau dipanggang dan kurang garam.

Walau apa pun makanan yang anda inginkan atau mengidam, yang penting ia diambil secara sederhana.


kredit : myhealth.gov.my

Monday, 20 October 2014

B-Complex Shaklee Untuk Ibu Hamil

Tidak tergambar perasaan bila disahkan hamil oleh doktor..Umi pasti semua pasangan suami isteri pasti akan tersenyum gembira bila mendapat perkhabaran yang indah ini kan..lagi2 itu adalah anak pertama ;)..Umi dan suami pun tak terkecuali..memang sangat bersyukur dan kami suami isteri terus sujud syukur bila balik dari klinik..masih terbayang senyuman suami meleret..senyum sorang2 time drive balik dari klinik hari tu..heheh..alhamdulillah Allah makbulkan doa kami selepas setahun setengah menunggu. 

Jadi sini kepada ibu2 hamil sekalian, amatlah penting untuk kita menjaga kandungan dengan selamat dan membantu pembentukan janin dengan baik kerana awal kehamilan adalah saat kritikal untuk perkembangan organ2 penting janin. Sini Umi syorkan pengambilan ESP Shaklee dan B-Complex Shaklee. 




Untuk entri ni Umi nak tekankan tentang  B-Complex Shaklee ye

Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin

Ada kandungan asid folic didalamnya yang mana diperlukan oleh ibu hamil pada awal kehamilan untuk mencegah terjadinya kecacatan spina.

KELEBIHAN B COMPLEX 
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.
12. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
13. Mencegah anemia (tekanan darah rendah)
14. Mengandungi asid folik yang membantu pertumbuhan otak janin

B-Complex juga bagus untuk mencegah stress yang mana kita maklum stress adalah tidak bagus untuk ibu mengandung. Umi ada terbaca satu artikel mengatakan stress boleh mengurangkan penghasilan hormon progesteron yang mana hormon ini amat diperlukan bagi mengelakkan keguguran atau kelahiran pra matang berlaku. 




Berdasarkan sebuah kajian yang dilakukan di Jerman yang dilakukan oleh Petra Arck dan rakan2nya, mereka menemui bahwa secara tidak langsung stres juga menyumbang kepada kurangnya penghasilan hormon progesteron. Ini apabila mereka telah memantau 864 ibu hamil dan mengambil sampel darah untuk melihat tahap stress ibu2 berkenaan. Hasil pemantauna mendapati 55 ibu hamil yang mengalami keguguran adalah kerana dari tekanan stress yang kuat berbanding dari ibu2 hamil yang kurang mengalami stress. Namun begitu, menurut pengamal perubatan kajian begini adalah kurang tepat untuk penyebab menurunnya hormon progesteron. Namun sebagai ibu hamil kita boleh ambil ini sebagai langkah berjaga2.

Untuk pertanyaan anda boleh hubungi Umi ye..

Umi Azmil
0132405031
Pengedar Shaklee Terdekat Anda
(Puncak Perdana, Alam Budiman, Cahaya SPK Shah Alam dan sekitarnya.)

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 013 2405031 atau email vitaprecious@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Pentingnya Hormon Progesteron Untuk Ibu Hamil

Hormon progesteron penting untuk memelihara kandungan dan proses bersalin kita nanti. 

Diantara kenapa hormon ini penting adalah seperti berikut :

a) Hormon ini membantu pembentukan lapisan di dinding rahim untuk menlindungi plasenta dalam rahim.

b) Mencegah terjadinya gerakan semulajadi yang seperti kontraksi rahim selama kehamilan, sehingga mencegah kelahiran pre matang.

c) Hormon ini bertanggung jawab kenapa gairah seks kurang selama hamil.  

d) Membantu mempersediakan payudara untuk menghasilkan susu badan.

e) Progesteron juga menyebabkan perut kembung dan susah buang air besar

f) Mempengaruhi keadaan semasa ibu hamil seperti meningkatkan suhu tubuh, meningkatkan pernafasan dan menyebabkan mual

Bagaimana keadaan hormon progesteron yang kurang

Seperti yang dikatakan doktor, hormon progesteron yang rendah akan menyebabkan keguguran ini kerana hormon tersebut tidak mampu untuk melindungi kandungan kita apabila makin besar. Seperti diatas hormon ini amat penting untuk memastikan kandungan kita selamat sehingga waktu bersalin.

Ini antara mengapa hormon ini berkurangan terjadi : 

* Ibu tergolong overweight atau berat tubuhnya berlebihan.

* Sel telurnya tidak sempurna atau rosak. Ini lazimnya dialami oleh ibu hamil yang berusia lebih 35 tahun. Ini kerana menghampiri usia 40, kualiti sel telur sudah semakin menurun. Jadi  sel telur yang tidak lagi sempurna ini akan membuat pembuahan tidak berjalan lancar dan memerlukan rawatan hormon progesteron yang sesuai bagi memastikan kehamilan berjaya dan selamat.

* Berdasarkan sebuah kajian yang dilalkukan di Jerman yang dilakukan oleh Petra Arck dan rakan2nya, mereka menemui bahwa secara tidak langsung stres juga menyumbang kepada kurangnya penghasilan hormon progesteron. Ini apabila mereka telah memantau 864 ibu hamil dan mengambil sampel darah untuk melihat tahap stress ibu2 berkenaan. Hasil pemantauna mendapati 55 ibu hamil yang mengalami keguguran adalah kerana dari tekanan stress yang kuat berbanding dari ibu2 hamil yang kurang mengalami stress. Namun begitu, menurut pengamal perubatan kajian begini adalah kurang tepat untuk penyebab menurunnya hormon progesteron.

Jadi kesimpulannya, sebagai ibu hamil haruslah kita cuba menjaga kandungan kita dengan baik. Jadi bagi ibu hamil yang mengalami alahan yang teruk tidak perlu risau kerana itu petanda hormon progesteron sedang tinggi untuk membantu pembentukan janin dengan baik. Tapi tidak bermakna ibu hamil yang tidak mengalami alahan tiada hormon progesteron kerana selalunya ibu hamil yang tiada alahan adalah rezeki yang Allah bagi kepada mereka. Ini kerana setiap ibu hamil pasti akan melalui pengalaman mengandung yang berbeza dan tidak akan sama dengan yang lain.


Thursday, 16 October 2014

Apa makanan yang ibu hamil tidak boleh makan


  1. Ibu hamil haruslah elak makan makanan yang terbuat dari daging mentah atau yang separuh masak. ini karena daging mentah mengandungi toksoplasmosis dan bakteri E. Coli yang dapat menyebabkan infeksi serius pada janin ibu hamil. Biasanya bakteri toksoplasmosis terdapat pada sayuran yang kurang bersih dicuci. Anda harus hindari memakan salad yang belum atau tidak dicuci dengan bersih terlebih dahulu. Bakteri toksoplasma juga banyak terdapat pada kotoran kucing. Oleh itu sebaiknya ibu hamil menjauhi untuk bermain-main dengan kucing.
  2. Pada masa sekarang ini banyak sekali lautan yang sudah tercemar oleh logam berat merkuri. Oleh karena itu sangat disarankan bagi ibu hamil untuk menghindari memakan ikan-ikan yang berukuran besar seperti ikan tuna, hiu dan siakap. Seperti disarankan oleh lembaga kesihatan di Amerika (FDA), sangat disarankan untuk memakan ikan-ikan besar seperti yang diatas hanya sebanyak maksimal 12 ons per minggu.
  3. Ibu hamil juga harus mengelak dari  minum kopi karena kopi mengandung kafein. Karena zat kafein dapat menyebabkan meningkatkan detak jantung pada janin, berat badan rendah pada bayi, dan mengurangkan kemampuan untuk menyerap zat besi dan menyebabkan keguguran.
  4. Seorang ibu hamil sangat dilarang untuk memakan daging ayam mentah dan telur yang separuh masak . Hal ini disebabkan daging ayam mentah dan juga telur separuh masak terdapat bakteri salmonella yang dapat menyebabkan penyakit cirit birit pada ibu hamil. Perlu juga untuk memperhatikan pinggan serta peralatan masak yang sudah terdedah oleh daging ayam mentah atau telur separuh masak, agar dapat dicuci dengan sabun sampai steril.
  5. Minuman yang mengandung alkohol, sebaiknya dihindari oleh ibu hamil karena dapat mengakibatkan bayi lahir dengan cacat. Paul D.Connor dari Universitas Washington, AS, tahun 2005 berkata ibuhamil yang biasa minum alkohol sejak trimester pertama. Bila bayi lahir, di usia 8 bulan, 18 bulan, 3 tahun, 6 tahun dan 10 tahun, kecerdasannya diukur. Kemampuan kognitif mereka lebih rendah dibanding anak-anak se-usia-nya. Jennifer A.Willdrof dari Pittsburgh School of Medicine, AS, tahun 2006 membuktikan anak-anak yang lahir dari ibu yang biasa minum alkohol, tingkat kecerdasannya 2-7 poin lebih rendah dibanding anak-anak sebayanya. Tahun 1986 seorang dokter asal Peranis, P.Lemoine menemukan hubungan kelainan yang diderita 127 balita selama hamil, disebut Fetal Alkohol Syndrome (FAS).
  6. Terdapat beberapa produk keju yang merupakan makanan yang dilarang untuk ibu hamil karena mengandung bakteri Listeria seperti, keju lunak (brie dan camembert), blueveined cheese, keju dari susu kambing (dan domba), dan susu yang tidak di pasteur secara baik. Bakteri Listeria adalah suatu jenis bakteri yang dapat menembus plasenta dan menginfeksi janin. Bakteri Listeria dapat menyebabkan keracunan dalam darah, kelahiran yang premature dan keguguran pada janin. Sebaiknya ibu hamil dapat menghindari makanan ini sampai janin lahir dengan selamat.
  7. Ibu yang sedang mengandung dilarang keras untuk merokok, karena rokok mengandung racun nicotine yang dapat menyebabkan bayi lahir dengan berat badan yang rendah (kurang). Selain itu, nicotine beserta zat berbahaya lain yang terdapat pada rokok dapat menyebabkan terjadinya mutasi gen pada janin. Hal ini dapat berakibat pada bayi yang dilahirkan menjadi cacat.

Wednesday, 15 October 2014

Kenali ESP Shaklee




·                     Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amino Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. 
·                     Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana iamengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian 
·                     Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus. 
·                     Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP (Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna. 
·                     Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones 
·                     Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafein.

Memang ESP Shaklee adalah minuman protein yang terbaik..dihasilkan dari sumber kacang soya yang telah melalui kawalan dan pengawasan yang ketat.
Anda tak boleh sama kan ESP ni dengan produk kacang soya yang lain sebab cara penghasilannya adalah berlainan. ESP Shaklee dihasilkan oleh saintis2 yang berkaliber dan pembuatannya sangat ketat. Manakala minuman soya yang biasa terdapat dipasaran kebanyakan telah mengandungi bahan perasa dan pengawet.

ESP Shaklee adalah produk yang sangat hot dan femes dengan keberkesanannya..Alhamdulillah ramai yang berjaya mendapat kesan positif dari ESP ini baik dari kalangan kanak2 dan dewasa malah ibu hamil amat digalakkan mengamalkannya sejak dari awal kehamilan lagi.

Berikut adalah beberapa testimony dari ibu yang mendapat manfaat dari ESP ini..


"Kulit baby cantek... My baby boy dah 5 bulan, tapi kulitnya masih tulus mulus mcm newborn... Tak tau laa kalau dah lasak nnt akan berparut pula... Untuk mommy pula, of course beri tenaga, cantikkan kulit & beri sumber protein secukupnya untuk bayi di dalam kandungan..." 
~ Pn. Arnie

"kulit baby sya bersih n takde ruam2 wpun bdn dia smgt. sya consume masa preggy smpi la hari ni. skrg baby sya dh 4 bln." 
~ Pn. CT Shamin

"alhamdulilah kulit bby sy cantik n tiada masalah sgt....sy start ambil esp mse kndungan 5 bln smpai skrg bby nk msuk 4 bulan....kulit mamanye pn lembut...papa yg tegur..x tipu tau....hehehhehe...." 
~ Pn. Eyna 


Alhamdulillah..anak sihat ibu gembira..tak gitu?..;)

Camne nak dapatkan ESP ni..boleh je order ngan Umi 0132405031...

Jangan segan2 ye..;)


Monday, 13 October 2014

Diet Untuk Ibu Hamil



Apabila kita hamil, badan kita akan menjadi lebih efisyen dan dapat menggunakan tenaga yang didapati dari makanan lebih baik.

Secara amnya ibu hamil tidak perlukan kalori tambahan pada enam bulan pertama kehamilan dan hanya sebanyak 200 kalori tambahan setiap hari untuk tiga bulan terakhir.

Macamnana nak dapatka 200 kaloiri tambahan tersebut. Kita boleh ambil kira seperti ini. 200 kalori bersamaan dengan :

-         2 keping roti gandum penuh manjerin

-         Segulung kuih popia (tidak digoreng)

-         Tosai kosong ( tanpa kuah atau kari )

-         Sekeping keju dengan roti

Disamping itu juga, selera makan ibu hamil adalah petunjuk terbaik untuk mengetahui berapa banyak makanan yang anda perlu ambil dan kita juga akan dapati selera kita akan turun naik semasa tempoh  kehamilan kita seperti pada minggu pertama, selera makan akan berkurangan secara dramatik dan mungkin anda tidak mahu makan hidangan yang sempurna lagi2 jika anda mengalami loya atau mabuk.

Semasa pertengahan kehamilan kita, selera makan kita adalah sama dengan sebelum hamil atau bertambah sedikit. Dan apabila menjelang akhir kehamilan , selera akan makin bertambah teteapi jika kita mengalami pedih ulu hati atau rasa penuh selepas makan, kita  mungkin boleh makan dengan kerap tetapi dengan jumlah yang sikit.


Seperti yang dicadangkan oleh doktor, cara terbaik ialah makan apabila kita lapar. Makanlah makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari agar pertambahan berat badan berlaku sejajar dengan perkembangan bayi dalam kandungan kita.

Sunday, 12 October 2014

Asid Folik untuk Ibu Mengandung

Hari ni Umi nak cerita berkenaan asid folik. Pernah dengar kan..selalunya asid folik ni femes dikalangan wanita2 yang berusaha untuk mengandung. Doktor pasti sarankan kita untuk ambil ni kalau nak 'TTC' ( try to conceive ) dan ada kawan Umi dia ambil 3 bulan sebelum kahwin dan alhamdulillah lepas kahwin je terus bunting pelamin. Tak salah kita mencuba kan..jadi kawan2 yang nak melangsungkan perkahwinan lagi 3 bulan lagi boleh lah mula makan ni.

Jom kita baca apa itu asid folik.."Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik."..

Jadi bila dah disahkan hamil, ibu hamil amatlah digalakkan mengambil asid folik ini kerana Ia membantu melindungi bayi atau janin dalam kandungan kita daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. Kecacatan ini berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna dan akan boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Untuk trimester pertama iaitu 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan cepat dan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke13 kehamilan, kita sudah boleh berhenti mengambil asid folik. Namun jika kita terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan kita ataupun bayi kita.

Bagi ibu hamil adalah disarankan untuk mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja kita merancang untuk mengandung.  Dan teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Dan lebih baik juga jika kita juga mengambil makanan yang kaya dengan folat bersama.

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik untuk ibu dan bakal anak kita. Berikut Umi senaraikan makanan yang kaya dengan folat: 

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
bayam, 1 cawan;
kacang bendi, setengah cawan;
asparagus, setengah cawan;
lentil, setengah cawan;
hati, 1 keping;
11 batang taugeh brussels;
kacang mata hitam, 4 sudu makan;
emping bran, 7 sudu makan;
germa gandum, 25g / 1 aun;
betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
brokoli kukus, 2 pucuk;
buah oren saiz besar;
nasi putih, setengah cawan;
oat, setengah cawan;
kacang merah, setengah cawan;
jagung saiz besar, 1;
biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah. 

Ok harap entri ini boleh membantu kita memahami kenapa asid folik tu penting untuk ibu hamil. Salah satu produk Shaklee yang boleh diambil untuk sumber asid folik adalah B-Complex.

Nanti Umi cerita berkenaan B-Complex ni di entri akan datang ye..stay tuned!..

Umie Azmil..0132405031

Saturday, 11 October 2014

Protein Penting Untuk Ibu Hamil

Protein untuk ibu hamil amatlah penting kerana ianya adalah salah satu nutrien yang baik yang diperlukan oleh bayi. Ianya membantu pertumbuhan otak bayi menjadi lebih optimum. Pertumbuhan otak yang baik akan membantu kawalan badan yang baik dan juga membantu pertumbuhan jantung yang baik untuk janin/bayi.

Ibu hamil juga amat memerlukan sekitar 75 gm atau lebih 25 gm dari sebelum hamil. Jadi disarankan untuk wanita yang merancang untuk hamil, bolehlah mula mengamalkan pengambilan protein yang seimbang dan betul.  Dan bila seseorang wanita berjaya hamil pengambilan protein haruslah terus diamalkan lagi2 pada trimester pertama bila pembentukan janin sedang berlaku, pada trimester pertama ini ibu hamil memerlukan protein lebih kurang 50gm sehari. Pada trimester kedua ibu hamil memerlukan  sekitar 68 gm dan seterusnya semakin meningkat pada trimester ketiga.

Jadi untuk memudahkan pengambilan protein yang berkesan, saya perkenalkan ESP Shaklee- produk yang sangat hot dan glemer di Shaklee..nama penuhnya Energizing Soy Protein. Ianya dihasilkan melalui kajian klinikal yang sangat ektensif dan komprehensif dan memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. ESP juga terhasil daripada protin kacang soya yang mana kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO'" bermaksud kacang soya yang telah diproses pada kadar suhu yang rendah. Ianya juga merupakan satu2 produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.
Hebatkan.....

Kalau anda nak tahu, satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia....

Jadi kesimpulannya, wanita2 dan ibu2 hamil sekalian , pilihlah protein yang terbaik untuk kesihatan anda dan kandungan anda. Insha Allah.

Jangan malu2 PM Umi ...0132405031...anytime boleh ;)

PROMO  OCTOBER 2014 >>> ESP BELI 6 PERCUMA 1