Showing posts with label B-Complex. Show all posts
Showing posts with label B-Complex. Show all posts

Monday, 13 October 2014

Kebaikan B Complex Shaklee


Salam semua..hari ni internet tersangatlahhhhhhh slowwwwww...hehe..jadi Umi boleh cerita yang ringkas je berkenaan b-complex lagi..still b-complex...hihi...




Seperti kita maklum..ini adalah manfaat b-compex Shaklee ini...ini Umi sertakan sedikit testimoni yang Umi dapat tentang b complex yang boleh membantu kita untuk menghilangkan tekanan dan stress...



Alhamdulillah...rasa gembira bila ada customer yang mendapat manfaat dari b-complex ini..

Jadi bagi sesiapa yang nak kurangkan stress..jom kita amalkan b-complex ni..murah dan berbaloi

Umi Azmil 0132405031...;)

sehingga berjumpa lagi....selamat malam



Sunday, 12 October 2014

Kelebihan B-Complex Shaklee

Salam semua..terima kasih sudi singgah sini lagi..ok entri kali ni Umi nak cerita berkenaan B-Complex Shaklee..sebelum ni Umi ada gtau nak cerita pasal ni kan..

Ok kalau nak tau B-Complex Shaklee ini mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah biotin dan asid folik. Kesemua komponen ini perlu ada pada vitamin B-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.
Vitamin B adalah vitamin larut air dan sebarang lebihan akan disingkirkan melalui percernaan.

Dan disini ialah manfaat B-Complex shaklee ini :
 
• Menukarkan makanan kepada tenaga
• Melawan tekanan
• Membantu tumbesaran
• Membantu masalah rambut beruban dan gugur
• Amat baik untuk kesihatan mata
• Mencegah anemia
• Meredakan sengugut 
• Mencegah bau berbau
• Sebagai detoksifikasi meredakan alahan

Untuk pengetahuan bersama, pengambilan B-Complex akan menyebabkan urin menjadi kekuningan - jangan terkejut ini kerana ianya adalah proses yang normal kerana B-Complex merupakan vitamin larut air dan ia mengandungi elemen kekuningan . Pada peringkat awal pengambilan, tubuh akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke semasa.
B Complex juga meransang metabolisma dan akan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba, oleh itu pengambilan air putih yang banyak amatlah digalakkan.

Harga B-Complex ini amatlah berpatutan..RM53.75 / 120 biji..
hanya perlu makan sebiji sehari je..ye sebiji sehari je..jadi satu botol ni tahan 4 bulan..ye EMPAT BULAN!!..hanya dengan harga kurang dari RM100..berbaloikan..
sape cakap barang Shaklee ni mahal lagi tak tau lah..hehehe

Nak order..ok jangan segan2 PM Umi ye..0132405032..;)

Umi Azmil
Pengedar Shaklee Anda
www.vitaprecious.blogspot.com


Anda akan diajar dengan pemakanan yang betul dan konsultasi selepas pembelian.  FOC sahaja ;)

Terima kasih kerana singgah disini.
Jumpa lagi...


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Asid Folik untuk Ibu Mengandung

Hari ni Umi nak cerita berkenaan asid folik. Pernah dengar kan..selalunya asid folik ni femes dikalangan wanita2 yang berusaha untuk mengandung. Doktor pasti sarankan kita untuk ambil ni kalau nak 'TTC' ( try to conceive ) dan ada kawan Umi dia ambil 3 bulan sebelum kahwin dan alhamdulillah lepas kahwin je terus bunting pelamin. Tak salah kita mencuba kan..jadi kawan2 yang nak melangsungkan perkahwinan lagi 3 bulan lagi boleh lah mula makan ni.

Jom kita baca apa itu asid folik.."Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik."..

Jadi bila dah disahkan hamil, ibu hamil amatlah digalakkan mengambil asid folik ini kerana Ia membantu melindungi bayi atau janin dalam kandungan kita daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. Kecacatan ini berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna dan akan boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Untuk trimester pertama iaitu 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan cepat dan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke13 kehamilan, kita sudah boleh berhenti mengambil asid folik. Namun jika kita terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan kita ataupun bayi kita.

Bagi ibu hamil adalah disarankan untuk mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja kita merancang untuk mengandung.  Dan teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Dan lebih baik juga jika kita juga mengambil makanan yang kaya dengan folat bersama.

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik untuk ibu dan bakal anak kita. Berikut Umi senaraikan makanan yang kaya dengan folat: 

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
bayam, 1 cawan;
kacang bendi, setengah cawan;
asparagus, setengah cawan;
lentil, setengah cawan;
hati, 1 keping;
11 batang taugeh brussels;
kacang mata hitam, 4 sudu makan;
emping bran, 7 sudu makan;
germa gandum, 25g / 1 aun;
betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
brokoli kukus, 2 pucuk;
buah oren saiz besar;
nasi putih, setengah cawan;
oat, setengah cawan;
kacang merah, setengah cawan;
jagung saiz besar, 1;
biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah. 

Ok harap entri ini boleh membantu kita memahami kenapa asid folik tu penting untuk ibu hamil. Salah satu produk Shaklee yang boleh diambil untuk sumber asid folik adalah B-Complex.

Nanti Umi cerita berkenaan B-Complex ni di entri akan datang ye..stay tuned!..

Umie Azmil..0132405031