Sunday 12 October 2014

Asid Folik untuk Ibu Mengandung

Hari ni Umi nak cerita berkenaan asid folik. Pernah dengar kan..selalunya asid folik ni femes dikalangan wanita2 yang berusaha untuk mengandung. Doktor pasti sarankan kita untuk ambil ni kalau nak 'TTC' ( try to conceive ) dan ada kawan Umi dia ambil 3 bulan sebelum kahwin dan alhamdulillah lepas kahwin je terus bunting pelamin. Tak salah kita mencuba kan..jadi kawan2 yang nak melangsungkan perkahwinan lagi 3 bulan lagi boleh lah mula makan ni.

Jom kita baca apa itu asid folik.."Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik."..

Jadi bila dah disahkan hamil, ibu hamil amatlah digalakkan mengambil asid folik ini kerana Ia membantu melindungi bayi atau janin dalam kandungan kita daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. Kecacatan ini berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna dan akan boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Untuk trimester pertama iaitu 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan cepat dan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke13 kehamilan, kita sudah boleh berhenti mengambil asid folik. Namun jika kita terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan kita ataupun bayi kita.

Bagi ibu hamil adalah disarankan untuk mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja kita merancang untuk mengandung.  Dan teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Dan lebih baik juga jika kita juga mengambil makanan yang kaya dengan folat bersama.

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik untuk ibu dan bakal anak kita. Berikut Umi senaraikan makanan yang kaya dengan folat: 

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
bayam, 1 cawan;
kacang bendi, setengah cawan;
asparagus, setengah cawan;
lentil, setengah cawan;
hati, 1 keping;
11 batang taugeh brussels;
kacang mata hitam, 4 sudu makan;
emping bran, 7 sudu makan;
germa gandum, 25g / 1 aun;
betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
brokoli kukus, 2 pucuk;
buah oren saiz besar;
nasi putih, setengah cawan;
oat, setengah cawan;
kacang merah, setengah cawan;
jagung saiz besar, 1;
biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah. 

Ok harap entri ini boleh membantu kita memahami kenapa asid folik tu penting untuk ibu hamil. Salah satu produk Shaklee yang boleh diambil untuk sumber asid folik adalah B-Complex.

Nanti Umi cerita berkenaan B-Complex ni di entri akan datang ye..stay tuned!..

Umie Azmil..0132405031

1 comment:

  1. cust sy amik set awal trimester mmg bagus katanya.terbaik esp :)

    ReplyDelete