Smoothies
Anda boleh hasilkan smoothies dari sayuran..hah terkejut..hehe..caranya adalah dengan campurkan buah mahupun sayur bersama susu, madu ataupon oat.
Salad
Ini biasa kita dengarkan dan boleh membantu anda menikmati sayur dengan lazat. Tambahkan sedikit mayones atau dengan minyak zaitun dan sebagai penambah perasa, boleh perahkan sedikit jus lemon ke dalam salad utk meningkatkan rasanya.
Omellete
Sepiring omellete hangat amat menggiurkan..anda boleh tambahkan beberapa jenis sayuran seperti daun bawang, paprika, atau cendawan ke dalam adunan omellete anda.
Sandwic
Ini salah satu favourite Umi..kita boleh tambahkan pelbagai jenis sayuran dan juga diapit bersama keju rendah lemak bersama hirisan ayam atau daging..ala-ala subway dah ni..hehe
Jus
Siapa kata sayuran tidak boleh diolah menjadi jus..gabungkan bersama beberapa sayuran dengan buah-buahan segar..pastinya ia boleh menarik minat kan..
Sup
Semangkuk sup panas amatlah ideal disediakan pada waktu musim sejuk..potongan sayuran ditambah dengan hirisan daging dan kuah akan menambahkan kehangatan tubuh..betul kan
Jom cuba..manatau boleh menarik minat anak2 kecil yang tak suka makan sayur dan juga tak dilupakan suami yang memang tak makan juga hehhee
No comments:
Post a Comment