Nikmat mengandung adalah nikmat yang terindah Allah kurniakan kepada wanita..Tahniah Umi ucapkan kepada semua ibu2 hamil sekalian..Alhamdulillah Allah juga memperkenankan doa kami suami isteri dan memberi peluang kepada Umi untuk merasai pengalaman ini..alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah..Semoga kandungan kita dilindungi Allah..aminnn
Jadi sini Umi nak kongsikan doa2 yang boleh kita amalkan sepanjang tempoh kehamilan ini..Umi pun dah mula amalkannya sejak dari usia 4 minggu..
Satu doa yang baik diamalkan sepanjang perjalanan
balik supaya kandungan anda sentiasa dipelihara-Nya sepanjang masa. Diambil
dari Surah Al-Anbiya ayat
91-93. Bacalah selalu
sehingga kita selamat bersalin nanti.
Kita juga boleh amalkan doa ini selepas solat
"Ya Allah,
peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia,
Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu,
penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat.
Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

Amin..Amin..Amin yarabbal alamin
Semoga bayi kita dijauhkan dari perkara yang tidak diingini sehingga saat melahirkan . Semoga dikurniakan anak yang soleh dan taat akan perintah Allah SWT. Anak yang baik dan tidak derhaka. Moga-moga dirahmati-Nya…aminnnn..;)
Doa penting dalam kehidupan seharian kita . Doa ketika hamil adalah satu perkara yang perlu diamalkan bagi melindungi kita dari perkara yang tidak kita ketahui.Rasullullah saw sentiasa berpesan kepada umatnya berdoalah kepada Allah SWT kerana Allah SWT suka orang yang selalu berdoa mengingatinya.
ReplyDelete