Monday 20 October 2014

Pentingnya Hormon Progesteron Untuk Ibu Hamil

Hormon progesteron penting untuk memelihara kandungan dan proses bersalin kita nanti. 

Diantara kenapa hormon ini penting adalah seperti berikut :

a) Hormon ini membantu pembentukan lapisan di dinding rahim untuk menlindungi plasenta dalam rahim.

b) Mencegah terjadinya gerakan semulajadi yang seperti kontraksi rahim selama kehamilan, sehingga mencegah kelahiran pre matang.

c) Hormon ini bertanggung jawab kenapa gairah seks kurang selama hamil.  

d) Membantu mempersediakan payudara untuk menghasilkan susu badan.

e) Progesteron juga menyebabkan perut kembung dan susah buang air besar

f) Mempengaruhi keadaan semasa ibu hamil seperti meningkatkan suhu tubuh, meningkatkan pernafasan dan menyebabkan mual

Bagaimana keadaan hormon progesteron yang kurang

Seperti yang dikatakan doktor, hormon progesteron yang rendah akan menyebabkan keguguran ini kerana hormon tersebut tidak mampu untuk melindungi kandungan kita apabila makin besar. Seperti diatas hormon ini amat penting untuk memastikan kandungan kita selamat sehingga waktu bersalin.

Ini antara mengapa hormon ini berkurangan terjadi : 

* Ibu tergolong overweight atau berat tubuhnya berlebihan.

* Sel telurnya tidak sempurna atau rosak. Ini lazimnya dialami oleh ibu hamil yang berusia lebih 35 tahun. Ini kerana menghampiri usia 40, kualiti sel telur sudah semakin menurun. Jadi  sel telur yang tidak lagi sempurna ini akan membuat pembuahan tidak berjalan lancar dan memerlukan rawatan hormon progesteron yang sesuai bagi memastikan kehamilan berjaya dan selamat.

* Berdasarkan sebuah kajian yang dilalkukan di Jerman yang dilakukan oleh Petra Arck dan rakan2nya, mereka menemui bahwa secara tidak langsung stres juga menyumbang kepada kurangnya penghasilan hormon progesteron. Ini apabila mereka telah memantau 864 ibu hamil dan mengambil sampel darah untuk melihat tahap stress ibu2 berkenaan. Hasil pemantauna mendapati 55 ibu hamil yang mengalami keguguran adalah kerana dari tekanan stress yang kuat berbanding dari ibu2 hamil yang kurang mengalami stress. Namun begitu, menurut pengamal perubatan kajian begini adalah kurang tepat untuk penyebab menurunnya hormon progesteron.

Jadi kesimpulannya, sebagai ibu hamil haruslah kita cuba menjaga kandungan kita dengan baik. Jadi bagi ibu hamil yang mengalami alahan yang teruk tidak perlu risau kerana itu petanda hormon progesteron sedang tinggi untuk membantu pembentukan janin dengan baik. Tapi tidak bermakna ibu hamil yang tidak mengalami alahan tiada hormon progesteron kerana selalunya ibu hamil yang tiada alahan adalah rezeki yang Allah bagi kepada mereka. Ini kerana setiap ibu hamil pasti akan melalui pengalaman mengandung yang berbeza dan tidak akan sama dengan yang lain.


No comments:

Post a Comment