Thursday 23 October 2014

Lima Kesalahan Saat Berdiet

Jom baca tip2 yang disenaraikan oleh laman web fitness.com ini   yang mungkin kita pernah melakukannya tanpa disedari ketika berdiet.

Memilih Jus daripada buah
Jus sememanganya sihat kerana ia terdiri daripada estrak buah-buahan namun sebaiknya pilih lah buah- buahan segar kerana kandungannya. Dan  juga jus yang ada dipasaran kebanyakan telah ditambah pemanis dan pengawet. Ini boleh menyebabkan pengambilan gula yang berlebihan dan akan menyukarkan proses penurunan berat badan anda.

Jumlah Kalori
Kebiasaannya mereka hanya akan mengira kandungan kalori didalam makanan utama sahaja. Sedangkan kalori yang terdpata dalam snek yang dinikmati lebih banyak daripada makanan utama yang sering diberi perhatian.

Banyak Duduk
Terlalu banyak duduk sebenarnya tidak begitu baik terhadap kesihatan anda. Ia boleh menimbulkan risiko penyakit seperti jantung, diabetes dan sebagainya. Mungkin anda perlu meringankan kaki anda untuk lebih aktif bergerak kerana ia akan membantu membakar lemak ditubuh. Pun begitu, jika pekerjaan utama anda memaksa untuk sering berada di hadapan komputer apa kata cari sedikit waktu untuk berjalan di sekitar ruang kerja.

Kurang Tidur
Waktu tidur yang berkualiti dan mencukupi bukan sahaja memberi kesan terhadap kesihatan serta terhindar daripada penyakit bahkan ia turut menjayakan program diet anda. Ini kerana jika seseorang kekurangan waktu tidur maka tubuh akan menghasilkan ghrelin atau hormon yang merangsang nafsu makan. Hormon tersebuit menjadikan seseorang itu cepat berasa lapar dan akan sering makan. Untuk itu pastikan waktu tidur anda sekurang-kurangnya lapan jam bagi golongan dewasa.

No comments:

Post a Comment