Tuesday 28 October 2014

Kencing manis ketika hamil

Salam semua..pernah dengar tak ada wanita yang tiada penyakit kencing manis tapi bila mengandung tetiba ada kencing manis bila buat check up dengan doktor. Untuk pengetahuan bersama, memang akan ada wanita mengandung yang mengalaminya ketika hamil. Jom baca lebih lanjut tentang ini disini..ini Umi ambil dari website babycentre.com

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini. 

Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan. 

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi. 

Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetislain yang merupakan penyakit seumur hidup. 
Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?
Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan. 

Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini. 

Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:
keletihan;
dahaga yang terlampau;
membuang air kecil dengan banyak;
penglihatan kabur.

Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor anda. 

No comments:

Post a Comment