Tuesday 21 October 2014

Makanan Yang Patut Ibu Hamil Elakkan


Salam semua..hari ni Umi nak cerita berkenaan makanan yang perlu kita elakkan sepanjang kehamilan. Ni Umi petik dari majalah PAMA. Boleh kita jadikan panduan sebagai langkah perjagaan sepanjang kehamilan ini. Semua bakal ibu pasti inginkan bayi dalam kandungan membesar dengan sihat sehingga sampai waktu bersalin,

Ok jom baca beberapa jenis kumpulan makanan yang mesti ibu hamil seperti kita patut elakkan ye...

Pertama, ialah mengelakkan mengambil makanan / minuman yang berkafein seperti kopi, minuman bergas dan yang sewaktu dengannya kerana ianya boleh memberi kesan buruk kepada perkembangan bayi yang tidak normal. Ia termasuklah bayi yang kurang berat semasa dilahirkan dan kafein juga dikatakan boleh merosakkan kandungan kalsium tulang ibu hamil.


Kedua ialah kurangkan pengambilan gula ketika mengandung kerana ianya boleh mengakibatkan komplikasi seperti kencing manis semasa mengandung dan bayi berisiko untuk bersaiz besar.


Ketiga ialah ibu hamil haruslah mengelakkn pengambilan vitamin A ini kerana pengambilan Vitamin A yang berlebihan boleg menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung dan saraf bayi.

Makanan yang keempat ialah ikan yang mengandungi merkuri yang tinggi seperti shark-fin, tuna, mackerel dan ikan2 laut dalam kerana pengambilan yang banyak boleh menyebabkan kerosakan saraf pada bayi,



Dan yang terakhir ialah ibu hamil harus mengelakkan makanan mentah atau separuh masak seperti daging, susu, telur dan ikan kerana ia berbahaya kepada kandungan. Makanan mentah atau separuh masak boleh menyebabkan komplikasi yang teruk termasuk jangkitan bakteria yang serius kepada bayi dalam kandungan.

Ok itu sahaja..jadi ibu2 hamil sekalian berhati2 lah ketika kehamilan ini. Umi doakan semoga kandungan kita dan diri kita sentiansa dillindungi oleh Nya..aminnnn ;)

No comments:

Post a Comment