Ok ni resepi yang Umi ambil dari website babycentre..Umi pon nak try buat lah ni..bawa bekal gi opis..
Jom tengok apa resepi yang ada..pilih lah mana yang rasa senang dan mudah..;)
Omelet Sepanyol dengan lada Peppadew
Ramai wanita yang risau untuk makan telur semasa hamil. Jika telur itu masak sepenuhnya, ia selamat untuk dimakan. Omelet ini dimasak sepenuhnya di atas api, memastikan ia masak keseluruhannya.Hidangan untuk dua orang
Bahan-bahan
1 ubi kentang sederhana besar, dikupas dan dipotong kiub
1 sudu besar minyak zaitun
1 labu bawang merah, dibelah dua dan dihiris nipis
1 biji cili merah kecil, dihiris
4 biji lada Peppadew, dihiris
4 biji telur bersaiz besar
50g keju Cheddar, diparut
Cara
Kukus kentang yang telah dipotong kecil hingga hampir lembut dan kemudian toskan. Panaskan minyak di dalam kuali leper tidak melekat dan tumis bawang di atas api kecil selama 5-10 minit sehingga keperangan dan lembut.
Masukkan cili merah dan lada Peppadew dan masak selama beberapa minit, kacau. Masukkan kentang dan kacau sebati.
Sementara itu, pukul telur bersama lada hitam dan dua sudu besar air. Tuangkan telur ke atas sayuran tadi dan masak di atas api kecil tanpa dikacau. Tutup kuali dengan penutup untuk mempercepatkan sedikit proses memasak. Apabila telur telah masak (ini mungkin mengambil masa 5-10 minit) taburkan keju dan letakkan di atas gril yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Masak hingga keju tadi menggelembung dan berwarna keperangan.
Potong dua omelet tadi dan hidangkan dengan salad hijau.
Krumbel sayuran berakar
Anda boleh guna sayuran berakar kegemaran anda untuk resipi ini. Lobak merah dan keledek adalah sumber vitamin A yang bagus, dan anda boleh pilih di antara parsnip, turnip dan swede, atau guna kesemuanya. Biji labu adalah sumber zink dan selemium yang baik, tetapi anda boleh gantikannya dengan bijian lain jika anda suka.Hidangan untuk empat orang
Bahan-bahan
Untuk inti sayuran:
2 lobak merah sederhana besar
1 biji keledek kecil
2 biji parsnip kecil atau 1 yang besar
2 turnip kecil
2 kentang sederhana besar
Serbuk stok sayur (cth. Marigold kurang garam)
1 sudu besar puri tomato
1 sudu besar daun ketumbar kisar
Lada hitam
Untuk toping krumble:
3 keping roti bijian penuh
50g walnut, dicincang kasar
50g biji labu
1 sudu besar daun thyme segar dicincang atau 1 sudu kecil daun thyme kering
Cara
Panaskan ketuhar pada 180 darjah C / penanda gas 4.
Kupas semua sayur-sayuran dan potong kiub sebesar kira-kira 1-2 cm. Masukkan ke dalam loyang kaserol besar yang tahan ketuhar. Buat 600ml stok sayur dengan air dan tambahkan puri tomato dan daun ketumbar. Tuangkan ke atas sayur-sayuran hingga cukup menutupi bahagian atasnya, tambah atau kurangkan bergantung kepada campuran anda.
Masak dalam ketuhar selama 45 minit. Keluarkan daripada ketuhar dan pastikan sayur-sayuran itu sudah hampir lembut. Kemudian buang 2-3 sudu besar airnya.
Masukkan roti ke dalam pengisar atau pemproses makanan dan kisar hingga menjadi serbuk. Campurkan serbuk roti tersebut dengan biji-bijian, thyme dan kekacang, kemudian ceduk dan letakkan di atas sayur-sayuran.
Ratakan dengan belakang sudu dan masukkan semula ke dalam ketuhar untuk selama 15-20 minit sehingga campuran krumbel menjadi rangup dan sedikit keperangan. Hidangkan segera dengan salad hijau atau dengan kacang buncis.
Sebagai variasi, gantikan kekacang atau biji-bijian dengan 100g keju parut dan taburkan di atasnya.
Spagheti dengan labu dan kacang pain
Resipi ini menjadi hidangan malam vegetarian yang mudah. Kekacang pain adalah sumber vitamin E yang elok, dan labu mengandungi banyak vitamin A. Cara yang paling mudah memasak labu dengan penyediaan yang minima ialah dengan membelah dua, ceduk keluar bijinya dan bakar labu dalam ketuhar atau masak dalam ketuhar gelombang mikro. Tidak perlu dikupas kulitnya!Hidangan untuk tiga orang
Bahan-bahan
1 biji labu butternut sederhana besar, dicuci, dibelah dua dan dikeluarkan bijinya
40g daun roket (rocket leaves)
75g – 100g spagheti bijian penuh setiap seorang
75g kacang pain
1 ulas bawang putih, dicincang
2 sudu besar minyak zaitun extra virgin
Lada hitam
Keju Parmesan parut, untuk dihidangkan
Cara
Letakkan labu dalam ketuhar gelombang mikro dan masak pada suhu tinggi selama kira-kira 10 minit sehingga isinya lembut (kiraan untuk ketuhar berkuasa 800W, bagi model berkuasa lebih rendah memerlukan masa memasak yang lebih).
Sementara itu, masak spagheti mengikut arahan pada paketnya. Campurkan daun roket, bawang putih dan minyak zaitun di dalam mangkuk.
Bakar kacang pain sebentar sehingga sedikit keperangan. Apabila labu sudah masak, ceduk isinya dengan sudu dan campurkan ke dalam campuran daun roket dan bawang putih.
Toskan spagheti dan kacaukan ke dalam campuran labu, taburkan kacang pain dan hidangkan segera dengan keju Parmesan.
Variasi: untuk rakan-rakan yang bukan vegetarian, bolehlah ditaburkan hirisan daging salai di atasnya.
Sos terung (melitsanosalata)
Jika anda suka snek dimakan dengan pencicah, cubalah sos terung versi Greek yang sihat ini. Lobak merah dan batang seleri yang disimpan di dalam bekas kedap udara boleh tahan selama satu atau dua hari di dalam peti sejuk. Sediakannya awal-awal untuk dijadikan alternatif yang lebih berkhasiat daripada kentang goreng dan kerepek jagung.Cukup untuk enam hidangan bersaiz snek
Bahan-bahan
2 terung besar
2 sudu besar minyak zaitun
1 ulas bawang putih dicincang halus
1 sudu besar cuka
2 sudu besar yogurt Greek
2 sudu besar mayonis kurang lemak
Lada hitam
Cara
Panaskan ketuhar pada 200 darjah C / penanda gas 6.
Bungkus terung dengan foil dan bakar dalam ketuhar selama 20-30 minit hingga lembut.
Buang kulit terung yang telah disejukkan dan lenyek isinya dengan minyak zaitun, bawang putih dan cuka. Campurkan yogurt dan mayonis dan perasakan dengan lada hitam.
Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. Hidangkan dengan hirisan lobak merah, seleri dan lada segar.
Pergh canggihkan nama resepi2 ni..kalau rajin boleh lah kita buat..bagus untuk kita kan..
Ok jumpa lagi ye..tata
No comments:
Post a Comment