Showing posts with label Diet. Show all posts
Showing posts with label Diet. Show all posts

Tuesday, 14 October 2014

Tip Mudah Langsing Tanpa Diet & Ubat


Penatnya berdiet..sekejap turun lepas tu berat naik balik kan..jom kita tengok apa panduan yang boleh kita buat tanpa perlu berdiet keras…

Elakkan minuman ringan

Soda yang ada di dalam minuman ringan boleh menyebabkan perut menjadi buncit kerana kandungan kalorinya yang membuatkan lemak menempel pada perut.

Minumlah teh hijau

Jika anda merasakan perut anda buncit dan sukar untuk kempis, minumlah the hijau untuk mengatasi masalah tersebut.

Gunakan gelas panjang

Gelas yang dapat membantu menurunkan berat ialah gelas panjang, tinggi dan langsing. Gelas seperti ini boleh memenuhi banyak air sehingga anda keliru antara isyarat lapar atau dahaga.

Kunyah perlahan-lahan

Pastikan anda mengunyah perlahan-lahan dan sekurang-kurangnya 32 kali kunyahan. Sebenarnya proses penghadaman akan lebih maksimumdan mudah diserap apabila makanan dapat dihancurkan dengan baik.

Tidur yang cukup

Kurang tidur akan membuatkan anda ingin makan dan tidak dapat mengawal nafsu. Anda juga akan mengambil lebih banyak kalori untuk menghilangkan mengantuk. Fakta membuktikan, apabila anda cukuo tidur selama setahun, anda akan kehilangan 6kg berat badan!

Monday, 13 October 2014

Diet Untuk Ibu Hamil



Apabila kita hamil, badan kita akan menjadi lebih efisyen dan dapat menggunakan tenaga yang didapati dari makanan lebih baik.

Secara amnya ibu hamil tidak perlukan kalori tambahan pada enam bulan pertama kehamilan dan hanya sebanyak 200 kalori tambahan setiap hari untuk tiga bulan terakhir.

Macamnana nak dapatka 200 kaloiri tambahan tersebut. Kita boleh ambil kira seperti ini. 200 kalori bersamaan dengan :

-         2 keping roti gandum penuh manjerin

-         Segulung kuih popia (tidak digoreng)

-         Tosai kosong ( tanpa kuah atau kari )

-         Sekeping keju dengan roti

Disamping itu juga, selera makan ibu hamil adalah petunjuk terbaik untuk mengetahui berapa banyak makanan yang anda perlu ambil dan kita juga akan dapati selera kita akan turun naik semasa tempoh  kehamilan kita seperti pada minggu pertama, selera makan akan berkurangan secara dramatik dan mungkin anda tidak mahu makan hidangan yang sempurna lagi2 jika anda mengalami loya atau mabuk.

Semasa pertengahan kehamilan kita, selera makan kita adalah sama dengan sebelum hamil atau bertambah sedikit. Dan apabila menjelang akhir kehamilan , selera akan makin bertambah teteapi jika kita mengalami pedih ulu hati atau rasa penuh selepas makan, kita  mungkin boleh makan dengan kerap tetapi dengan jumlah yang sikit.


Seperti yang dicadangkan oleh doktor, cara terbaik ialah makan apabila kita lapar. Makanlah makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari agar pertambahan berat badan berlaku sejajar dengan perkembangan bayi dalam kandungan kita.