Sunday 2 November 2014

Kenali penyakit Asma untuk anak kecil



Tahukah anda berdasarkan perangkaan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terdapat lebih daripada 100 juta penghidap asma di seluruh dunia. Daripada jumlah tersebut, kira-kira satu juta adalah penduduk Malaysia dan 340,000 merupakan kanak-kanak di bawah 15 tahun.

Kenali penyakit asma..
Asma adalah penyakit kronik berpunca daripasa kekejangan otot di cabang tenggorok yang menyebabkan saluran pernafasan bengkak dan sempit.
Walaupun ia tidak berjangkit , asma boleh diwarisi di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.
Meskipun ia tidak boleh diubati, asma boleh dikawal dengan mengurangkan serangan melalui penjagaan rapi.

Mari kita baca apa kata Jagdev Singh tentang kajian penyakit asma ini - Pengurus Besar Total Health Concept

Jagdev Singh berkata, kajian Institut Strategik dan Pengajian Antarabangsa (ISIS) dan Persatuan Thorasik Malaysia mendapati asma adalah penyebab utama kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana sakit.

Statistik menunjukkan lebih dari 53 peratus kanak-kanak tidak hadir ke sekolah kerana masalah paru-paru dari September hingga November 2001.

Malah, ibu bapa juga terpaksa menanggung perbelanjaan yang tinggi untuk kos perubatan seperti ubat, lawatan ke doktor dan penginapan di hospital.

``Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma, ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut.

``Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred, Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan
dengan masalah pernafasan,'' katanya.

Menurut beliau, hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan.

Ini memberi gambaran bahawa bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil.

Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya.

``Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA).

``Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya,'' jelasnya.

Tambah Jagdev, antara sumber Omega 3 terbaik ialah ikan laut sejuk seperti tuna, kod, halibut, salmon, sardin dan mackerel.
- rujukan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm

Jadi untuk memudahkan kanak2 atau anak anda mendapatkan khasiat omega 3 ini, saya perkenalkan Omega Guard Shaklee. Ianya kaya dengan DHA & EPA.

Ibubapa pasti sedih dan risau kan bila anak diserang asma..anak tetiba semput dan kena bekejar ke klinik atau hospital berdekatan untuk dapatkan rawatan secepat mungkin. Jadi tak salah jika kita berikan anak Omega Guard Shaklee untuk kurangkan asma mereka.

Umi akan cerita tentang bagaimana Omega Guard Shaklee dapat membantu masalah ini di entri lain ye....

1 comment: