Thursday 6 November 2014

Kenapa belakang saya sakit ketika hamil

Salam semua..kebelakangan ni Umi da mula rasa sakit kat belakang pinggang ni..kalau duduk lama memang akan terasa sakit.. nak tidur malam pun tak boleh nak terlentang sangat..rasa macam ada benda mencucuk kat belakang..huhu..sabar ye Umi..ada 6 bulan lagi nak lalui..hehe..kawan2 Umi cakap tu sebab bayi makin nak membesar dan akan mengalami perubahan badan kita..jadi Umi ok je..asal masih boleh bergerak aktif..
Umi pon ada juga cari maklumat tentang sakit belakang ni dan terjumpa artikel ni..baru ku faham kenapa sakit belakang ketika hamil terjadi..hehe..ni Umi ambil dari website babycentre..Umi suka baca info kat website tu..banyak info tentang kehamilan..Umi kongsikan apa yang Umi baca ye..

Kehamilan berkemungkinan mengubah rupa dan tatacara belakang anda. Jika anda berdiri dengan sisi anda menghadap cermin, anda mungkin dapat melihat lekukan pada belakang pinggang anda. Apabila perut anda semakin membesar, lekukan ini akan menjadi lebih jelas dan membuatkan anda kelihatan seperti membongkok ke belakang. 

Namun, tidak semua wanita mempunyai lekukan ini. Malah, sesetengah wanita mendapati belakang mereka menjadi semakin rata semasa hamil terutamanya jika kandungan mereka tidak memboyot ke hadapan. 

Jika anda mengalami sakit belakang, ini bukan akibat perubahan yang disebabkan oleh kehamilan ke atas postur anda. Ia lebih kepada bagaimana otot-otot anda terpaksa menyesuaikan diri dengan perubahan pada badan. Otot-otot di bahagian belakang, perut dan lantai pelvis direka untuk bergerak dan menyokong sendi-sendi pada bahagian belakang dan pelvis. Apabila uterus (rahim) anda membesar, tugas ini akan menjadi lebih sukar dan anda mungkin mengalami sakit belakang. 

Belakang anda sangat mudah terdedah kepada tekanan dan ketegangan seperti mana mereka yang tidak hamil. Namun, ia dilindungi sedikit oleh bayi dalam kandungan anda yang bertindak memberi sokongan dalaman. Tetapi ini juga bermakna anda menjadi kurang fleksibel. Apabila bayi anda semakin membesar, anda akan dapati belakang anda terasa kejang dan sukar untuk anda membongkok ke hadapan atau memusingkan badan. 

Pelvis anda tidak dilindungi sebagaimana belakang anda, dan lebih banyak bergerak. Ia menerima kesan daripada hormon kehamilan iaitu estrogen dan relaksin. Hormon-hormon ini membuatkan tisu-tisu keras yang menyambungkan tulang-tulang (ligamen) menjadi lebih anjal. Ini merupakan salah satu sebab mengapa sakit di bahagian pelvis berlaku lebih kerap daripada sakit belakang ketika mengandung. 

Sekarang baru faham kan..Umi suka dengan pengalaman baru ni..lagi2 bila fikir ada si kecil dalam perut hilang sekejap stress..hehe

Terima kasih kerana sudi singgah sini..nnati datang lagi ye ;)

No comments:

Post a Comment