Friday 21 November 2014

Berat Badan Ibu Mengandung

Salam sahabat2 sekalian..

Hari tu Umi ada cerita yang waktu Umi buka buku pink kat Klinik Kesihatan hari tu da mula kena buat appointment minum air gula next week sebab berat badan dah lebih dari BMI...huhuhuhu...lagipun nurse risau takut ada gejala kencing manis..kencing manis yang ada bila mengandung je..tak bagus untuk kesihatan dan anak dalam kandungan juga..kena sentiansa kawal.

Umi ada beritahu nurse berat ni naik sebab ada baby dalam ni mesti akan ada pertambahan berat badan kan..tapi nurse still cakap "tak pe, awak mesti kena minum juga sebab ini pon demi kebaikan awak"..ok lah saya menurut perintah..hehe

Umi ada juga google tentang apa yang menyebabkan kenaikan berat ibu mengandung..pastu jumpa lah artikel ni..jom baca...dari website babycentre.com.my



Berapakah jumlah berat badan yang akan saya tambah semasa hamil?
Pertama sekali, penting bagi anda menerima hakikat bahawa berat badan anda akan bertambah semasa hamil! Memang seharusnya begitu. Badan anda sedang membesar dan berubah untuk memberikan permulaan yang terbaik bagi bayi anda.

Badan anda akan menjadi sangat besar menjelang tibanya waktu melahirkan. Kira-kira satu pertiga daripada berat badan tambahan ini adalah daripada bayi, plasenta dan air ketuban (cecair amniotik). 

Berikut adalah beberapa anggaran untuk memberi anda idea tentang beratnya:
Semasa lahir, seorang bayi perempuan Malaysia mempunyai berat 3.2kg; bayi lelaki pula 3.4kg.
Cecair amniotik yang menyokong dan menampung bayi anda mempunyai berat 0.8kg.

Tetapi bagaimana pula dengan baki dua pertiga berat yang berlebihan itu? 

Ini diakibatkan oleh perubahan yang berlaku dalam badan anda semasa hamil. 

Sekali lagi, angka ini adalah anggaran sahaja:
Lapisan otot pada uterus (rahim) membesar secara dramatik dan beratnya bertambah sekitar 0.9kg.

Isi padu darah bertambah dan beratnya meningkat sebanyak 1.2kg.

Anda mempunyai lebihan cecair dalam badan sebanyak kira-kira 1.2kg.

Berat payudara pula meningkat sebanyak 0.4kg.

Anda akan menyimpan lemak, kira-kira 4kg, yang akan memberi anda tenaga untuk menyusukan bayi anda.

Menjelang hujung kehamilan, berat badan anda mungkin akan bertambah sebanyak kira-kira 12.5kg berbanding sebelum anda hamil. Ingat, ini hanyalah anggaran kasar pertambahan berat. 

Biarlah penganggar pertambahan berat badan semasa hamil kami mengiranya untuk anda.

Apakah itu indeks jisim badan (body mass index) dan bagaimanakah ia akan berubah?

Indeks jisim badan (body mass index - BMI) mengukur berat anda berbanding ketinggian. Ia adalah cara yang tepat untuk mengetahui samada berat badan anda dalam julat yang sihat atau tidak. Jumlah berat yang patut anda tambah akan bergantung kepada BMI anda sebelum anda hamil.

Secara umumnya, anda patut menambah berat sekitar di antara 10kg dan 12.5kg. Periksalah dengan doktor anda mengenai pertambahan berat yang sesuai untuk anda.

haaaa...baru Umi tahu apa yang terbentuk sekali dengan baby dalam kandungan kan..baguskan ilmu ni ;)

No comments:

Post a Comment