Sunday 23 November 2014

Petua buang angin dalam badan yang mudah!

Salam sahabat2 sekalian..siapa kat sini ada masalah angin dalam badan..mesti ada yang pernah mengalaminya kan..ok hari ni Umi nak kongsi petua cara nak buang angin ni dengan cara yang mudah..meh nak cite...Antara panduan adalah seperti berikut ( wah macam ayat dalam kertas exam lak..hehe)-

1) Bawang Putih
Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
Hiris bawang putih nipis-nipis.
Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
Minum ramuan ini sebulan sekali.
atau

Bawang putih ditumbuk dan dicampur dengan air panas, bagi air bawang tu keluar dan minum. 

2) Cengkih dan Halia
Rebuskan Cengkih dan Halia, lepas tu minum ketika masih suam. Ulang beberapa kali..

3) Daun mengkudu dan halia
Minum air rebusan daun mengkudu dan halia.

4) Serai Kisar
Kisar serai, lemon, daun pudina, madu asli, garam dan sedikit air. Amalkan minum bancuhan ini dan angin akan keluar.

5) Rendam kaki dalam air panas
Rendamkan kaki dalam air panas + segenggam garam kasar. Kepanasan air mengikut kesesuaian diri. Rendam sehingga 10 minit atau lebih. Semasa rendaman ini juga, cuba lakukan pernafasan yang teratur ala-ala bermeditasi gitew. Selepas 10 minit, keluarkan kaki dan lap supaya kering; . Tapak kaki akan menjadi merah dan badan berasa segar.(Nota:Semasa aktiviti ini cuba kosongkan 'mind', penuhi dgn zikir, dan jadikannya aktiviti rekreasi dengan keluarga/pasangan. Seeloknya dilakukan seminggu sekali sebelum tidur)

6) Urutan di kaki
Urut perlahan-lahan urat besar di tumit dan sekitar buku lali.

7) Minuman Kultur
Jika badan terlalu banyak angin, disyorkan mengambil minuman colon cleanser supaya perut dapat di 'flush out' segala kekotoran (lemak, sisa makanan, bahan-bahan toxic, lendir dsb). Perut adalah gudang penyakit. Disitu berkumpul segala punca penyakit. Setelah perut di 'flush out', kita akan berasa badan menjadi ringan dan segar.

8)  Bagi yang menghidapi penyakit angin dalam badan dan sering merasa sejuk, minuman campuran seperti berikut:

Campuran tersebut ialah cengkih dan lada putih atau lada hitam. 
Bahan – bahan tersebut yang sama jumlah hendaklah digoreng hingga garing dan kemudiannya ditumbuk hingga halus. 
Kemuadian campuran tersebut hendakalah diayak terlebih dahulu. Campuran yang masih kasar digoreng lagi hingga garing, kemudian ditumbuk semula seperti proses yang terdahulu hingga kesemuanya sempurna menjadi serbuk yang halus. 
Serbuk tersebut kemudian dicampur dengan setengah cawan air suam diminum tiap-tiap pagi atau malam sebelum atau selepas makan. Ramuan ini berguna untuk memecahkan angin yang ada di dalam badan dan memanaskan badan yang sejuk

9) Petua paling penting

Satu lagi petua dari yang diperolehi dari Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah, Saidina Ali berkata :


Dengar tu...

"Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap"

10) Ambil Supplemen
Kalau malas nak kisar bagai..senang je anda boleh ambil Peppermint Ginger Plus dan Garlic Shaklee. Dua2 produk ni membantu menyelesaikan masalah angin dalam badan dalam bentuk tablet. Tak payah ambil masa untuk kisar dan  rebus bagai. Telan je tablet tu. Harga yang sangat berpatutan dan kandungannya  yang sangat semulajadi. 

Berminat ke?...cari lah Umi ye ;)

Pengedar Shaklee Anda
Umi Azmil

4 comments:

  1. Buang angin juga salah satu nikmat yang Allah bg kat kita tau :D


    :: anmashealthcare.blogspot.com ::

    ReplyDelete
  2. Ape rase air rebusan halia tu yer?segan2 la sy nk minum..hehehe

    ReplyDelete
  3. Ape rase air rebusan halia tu yer?segan2 la sy nk minum..hehehe

    ReplyDelete
  4. TUKANG URUT IBU BERSALIN (MELAYU)
    AREA SENTUL DAN SEKITAR KUALA LUMPUR.
    CALL 013-2096836/018-3636986.
    WECHAT ID:urutbersalin369

    ReplyDelete