Tuesday 18 November 2014

Berpuasa ketika hamil

Salam sahabat..Alhamdullillah da 2 hari Umi berjaya puasa ganti..hari ni walaupun kerja masih berjaya berpuasa walaupun beberapa kali terasa macam nak muntah waktu berkerja tadi mungkin masuk angin tapi lepas muntah Umi tak rasa penat pon..boleh teruskan puasa dan kerja macam biasa..alhamdulillah Allah bg kekuatan tu...Mengikut hukum ibu hamil yang muntah disebabkan alahan mengandung puasanya tidak batal..jadi Umi teruskan lagipun bukan sengaja muntah kan..hehe

Umi ada jumpa artikel tentang puasa untuk ibu mengandung..dari website babycentre.com.my..Umi kongsi kan disini..

Adakah selamat untuk saya berpuasa semasa hamil?
Tiada jawapan yang pasti mengenai perkara ini. Walaupun beberapa kajian telah dibuat, kami masih tidak pasti jika berpuasa adalah selamat untuk anda dan bayi anda. 

Walau bagaimanapun, berpuasa semasa hamil nampaknya selamat untuk anda dan bayi jika anda rasa cukup sihat, dan kehamilan sedang berlangsung tanpa masalah.

Kebanyakan pakar-pakar agama berpendapat yang wanita hamil patut berpuasa jika kesihatan mereka mengizinkan. Mereka juga membenarkan wanita hamil untuk tidak berpuasa sekiranya bakal ibu rasa tidak sihat. Ramai bakal ibu wajib menggantikan puasa (qada’) tersebut setelah bayi dilahirkan. 

Bincang dengan doktor anda, dan minta pendapat guru agama atau mereka yang arif dengan hukum Islam untuk membantu anda membuat keputusan yang betul.
Apakah yang ditunjukkan oleh kajian-kajian mengenai puasa semasa hamil?
Ada kajian yang menunjukkan tiada atau sedikit sahaja kesan pada bayi baru lahir apabila ibu mereka berpuasa semasa hamil. Ada juga kajian yang mecadangkan bayi mungkin boleh menghadapi masalah kesihatan di kemudian hari, atau puasa semasa hamil mungkin menjejaskan kepintaran atau keupayaan akademik anak.

Berikut adalah pengetahuan kami dari kajian-kajian yang telah dilakukan:
Skor Apgar bayi wanita yang berpuasa semasa hamil adalah tidak berbeza dari bayi wanita yang tidak berpuasa.
Puasa semasa hamil mungkin boleh menyebabkan menpunyai berat lahir yang rendah, terutama jika puasa itu berlaku pada trimester pertama. Walau bagaimanapun, ada juga kajian lain yang menunjukkan perbezaan dalam berat badan itu adalah sangat kecil.
Bayi-bayi ibu yang puasa semasa hamil atau pada masa konsepsi mungkin membesar untuk menjadi sedikit lebih pendek atau lebih kurus. Sekali lagi, perbezaaan ini adalah sangat kecil.
Imbangan kimia dalam darah berubah bila anda berpuasa. Namun perubahan-perubahan tersebut nampaknya tidak membahayakan ibu dan bayi. 

Memang ada kebimbangan mengenai pertumbuhan bayi dalam kandungan semasa ibunya berpuasa, atau puasa itu dikaitkan dengan pelahiran pramatang. Ada kajian yang mencadangkan bayi akan dilahirkan awal sedikit jika ibunya berpuasa dalam bulan Ramadan, tetapi negara yang anda tinggal juga memainkan peranan.

Bagaimanakah saya boleh menangani puasa?
Wanita yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih baik. Bayi memerlukan nutrien daripada anda, dan jika badan anda mempunyai simpanan tenaga yang cukup, kesan puasa pada bayi anda mungkin berkurang.

Bagaimana badan anda menghadapi puasa juga bergantung kepada:
peringkat kehamilan;
kesihatan am anda sebelum hamil;
berapa lama anda berpuasa dalam sehari.
Bagaimana dengan wanita-wanita lain?
Menurut sesetengah kajian, tiga perempat wanita-wanita Islam yang hamil di seluruh dunia memilih untuk berpuasa di bulan Ramadan. Tetapi setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi puasa. 

Kebanyakan pemimpin Islam berkata yang wanita hamil patut berpuasa jika kesihatan mereka mengizinkan. Mereka juga membenarkan wanita hamil untuk tidak berpuasa sekiranya bakal ibu rasa tidak sihat. Jangan abaikan kebenaran khas ini jika anda rasa kurang sihat, atau anda takut puasa akan memudaratkan anda atau bayi anda.

Hanya anda boleh menilaikan bagaimana sihat anda rasa, dan apa keputusan yang tepat bagi anda. Bincanglah dengan keluarga anda, bidan atau doktor, dan ustaz atau ustazah, untuk membantu anda menimbangkan pilihan anda.

No comments:

Post a Comment