Showing posts with label set subur shaklee. Show all posts
Showing posts with label set subur shaklee. Show all posts

Friday, 29 August 2014

Set subur Shaklee suami isteri


Alhamdulillah..gembira bila ada insan yang berjaya hamil dengan set ini..memang setiap pasangan yang berkahwin pasti nak ada zuriat..

Pengambilan set ini adalah salah satu usaha untuk kearah itu. 
Umi pon baru nak start consume set ni..semoga akan ada rezeki utk Umi nanti..sebab set ni boleh membantu keperluan nutrisi seharian kita yang kita kurang ambil dalam makanan yang kita makan setiap hari kan..secara tak langsung badan sihat dan boleh ready anytime untuk pensenyawaan..tak gitu..hehe

Walaupun Umi belum mengandung tak semestinya Umi tak boleh kongsi dan jual set ni kan..ni produk bagus jadi kita kongsi disini untuk kawan2 yang sama2 berikhtiar..;)

Boleh hubungi Umi melalui
whatsapp / wechat / telegram

Nanti Umi akan bagi panduan cara makan set ini ye..

p/s : semoga tahun depan kita sama2 bergelar ibu ye..aminnnnnn..jom bnykkan doa di hari jumaat ni..

Salam Ukhuwah
Umi Azmil 

Amalan untuk memperolehi zuriat

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. 

Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.

Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Amalan pertama.

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
– Baca Bismillah 1 kali
– Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
– Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
– Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
– Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

Amalan kedua.

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

Semoga Allah memudahkan urusan zuriat untuk kawan2 Umi yang masih menunggu..akan tiba waktunya..sesungguhnya Allah tempat kita bergantung.

sumber http://nuriman.wordpress.com/2007/08/01/doa-amalan-untuk-memperolehi-zuriatustazah-siti-nor-bahiyah/

Salam Jumaat semua ;)