Saturday 28 June 2014

6 Makanan Paling Menyihatkan Di Dunia

Salam semua..bertemu kembali kita..hari ni nak share berkenaan tajuk di atas..apakah makanan tersebut?..meh teruskan pembacaan disini ye..terima kasih sudi baca lagi..;)

Ni saya petik dari Majalah RAPI Edisi 1 Jun 2014
" Kalau bercakap tentang makanan sihat pastinya ia harus mahal dan mewah kan..persepsi itu meleset sama sekali keranan makanan yang dimiliki melalui harga yang murah sebenarnya menyalurkan khasiat yang cukup tinggi. Buktinya, enam makanan ini tersenarai sebagai antara makanan yang paling berkhasiat di dunia!..jadi sentiansa gunakan ia dalam masakan atau makan mentah begitu sahaja! (kalau sanggup lah..hehe) "



1) Tomato
Boleh dimakan begitu sahaja. Kaya dengan vitamin A dan C, zat besi dan serat untuk mengekalkan kecergasan. Kulit tomato mengandungi lycopene yang mampu mengurangkan risiko barah prostat.


2) Bawang Putih
Ianya dapat mengawal berat badan. kandungan yang terdapat di dalamnya membantu mengawal nafsu makan. Ia turut memacu metabolisme sehingga kalori dalam badan dibakar.



3) Kunyit
Dengan adanya kandungan kurkumin dalam kunyit, ia dapat membantu proses pencernaan. Bukan itu sahaja, ia turut membantu dalam mengurangkan gejala perut kembung.



4) Bawang Besar
Kandungan flavanoid yang merupakan antioksidan melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas. Kuersetin pula memperlambatkan pertumbuhan tumor dan melindungi sel-sel daripada ancaman kanser terutamanya kanser usus besar.


5) Sayur Bayam
Dikatakan dapat mencegah daripada berlakunya osteoporosis. Kandungan vitamin K dalam bayam membantu penyerapan kalsium oleh tulang sehingga ia menjadi lebih kuat.


6) Lemon
Paling popular!..dengan minum air lemon dapat mengurangkan masalah pening, mual, tekanan darah tinggi dan mengurangkan depresi.

Ok tulah 6 jenis makanan yang PALING MENYIHATKAN di dunia tu..memang tak disangkal lagi tentang manfaat makanan diatas kan.. lagipun kebanyakan semua makanan diatas wajib kita masukkan dalam makanan yang kita masak kan...betol kan...

Kejap ye korang..sebelum korang nak keluar meh tolong baca cket lagi penulisan saya ni..hehe

Disamping itu, ada juga alternatif dengan mengambil supplemen Shaklee untuk kesihatan selain dari makanan2 diatas. Kebanyakan supplemen Shaklee juga mempunyai manfaat yang sama. 

Contoh manfaat yang boleh saya relate kan adalah :

Tomato : Vitamin C dan Zinc Shaklee
Bawang Putih : Omega Guard / Lecithin / Garlic Complex
Kunyit : Herblax / GLA Shaklee
Bawang Besar : ESP / Vitalea
Sayur Bayam : Ostematrix / Alfafa
Lemon : Vitamin C 

Untuk keterangan lanjut anda boleh hubungi saya Umi Azmil 013 2405031 atau email vitaprecious@gmail.com

atau boleh terus order Shaklee dengan klik disini Order

Terima Kasih ;)

  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.


1 comment: