Showing posts with label hamil. Show all posts
Showing posts with label hamil. Show all posts

Tuesday, 11 November 2014

Mengapa ibu mengandung perlukan asid folik

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.
Mengapakah saya perlukan asid folik?
Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda. 

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat. 

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. 

Orite..itu tentang asid folik..memang amat diperlukan bagi ibu mengandung..Shaklee pun ada supplemen ni juga..Umi perkenalkan inilah B-Complex Shaklee bukan sekadar vitamin B sahaja tetapi ada sekali kandungan asid folik..kombinasi yang hebat..bukan..

Hubungi Umi untuk order ye 0132405031....;)

kredit : babycentre.com.my

Tuesday, 4 November 2014

GLA Shaklee bantu si dia mengandung

Salam u oll..hah siapa dia?..dia tu siapa?..siapa dia untuk mengandung?..eh..hehe..ok hari ni Umi nak kongsi satu vitamin Shaklee yang boleh bantu mengandung..Umi perkenalkan...jeng jeng jeng...taraaaaa!!!..vitamin subur Shaklee ..GLA Shaklee


Iye betul vitamin ni lah bantu dia mengandung..betul..tak tipu..hehe..Umi pun ada juga ambil ni..bantu hilangkan sengugut..memang waktu bulan pertama ambil period datang lebih 12 hari..dan paling best Umi ambil ni waktu bulan puasa..dan terpaksa lah " cuti" lama sikit..tak pasal2 kan kena ganti banyak hari..salah timing..hehe...untuk Umi memang berkesan..dan lepas beberapa bulan kemudian Period pain hilang..ia bantu sihatkan rahim kita..dan bila rahim sihat..peluang hamil tu makin cerah..tak gitu...hehe...pastu bila da tiada period pain..Umi stop dan cuma teruskan ambil ESP, B complex dan Alfafa..dan alhamdulillah lepas beberapa bulan kemudian Umi mengandung..jadi pada asalnya GLA Shaklee yang bantu sihatkan rahim Umi awal2 sebelum consume vitamin yang lain...alhamdulillah..

Umi kongsi testimoni mereka yang berjaya hamil dengan GLA Shaklee




Alhamdulillah..mereka berjaya hamil dengan izin Allah dan jadikan Shaklee sebagai perantaraan..

Hubungi lah Umi ye kalau nak order..tak salah mencuba perkara yang baik..salahnya ialah bila kita enggan untuk berikhtiar..percayalah Umi dulu sebelum boleh mengandung..pelbagai benda Umi telan..dan akhirnya hanya konsisten dengan Shaklee sahaja..Allah makbulkan impian Umi untuk mengandungkan zuriat untuk suami dan cucu untuk abah ma..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah....

Orite kawan2..nak tau lebih lanjut whatsapp je kita ;)..0132405031

Monday, 3 November 2014

Kenapa Saya kerap letih ketika hamil

Anda tidak keseorangan! Kehamilan meletakkan tekanan yang kuat ke atas seluruh badan anda, dan ini boleh membuatkan anda sangat letih. Apa yang kebanyakan wanita paling ingat mengenai fasa awal kehamilan ialah rasa letih yang berterusan. Mereka yang biasa berjaga malam pun mendapati mereka terpaksa menahan mengantuk untuk menonton program TV kegemaran mereka.

Sepanjang kehamilan, terutamanya dalam trimester pertama, badan anda bekerja dengan lebih kuat. Pada waktu ini, badan anda sedang dalam proses membuat uri (plasenta) yang merupakan satu sistem sokongan hayat bagi bayi anda. Proses ini hanya akan selesai pada akhir trimester pertama. Tahap hormon dan metabolisme anda juga sedang berubah dengan pesat, manakala gula dalam darah serta tekanan darah mungkin akan menurun. Kesemua ini menyebabkan anda menjadi terlalu letih.
Berapa lamakah keletihan ini akan berlanjutan?
Ia berbeza bagi setiap orang, tetapi wanita hamil biasanya mengalami keletihan dalam trimester pertama dan ketiga.

Bagi kebanyakan wanita dalam trimester pertama, keletihan merupakan salah satu simptom mabuk hamil pagi yang hadir bersama loya, muntah dan hilang selera makan. Jika simptom anda mengganggu tidur, tidak hairanlah anda akan berasa bertambah letih dan tidak selesa.

Anda mungkin merasa bosan berada dalam keadaan ini, tetapi simptom-simptom ini biasanya akan berlalu tanpa perlu sebarang rawatan. Bagi kebanyakan wanita (kira-kira enam daripada 10) simptom-simptom mabuk hamil pagi hilang menjelang 12 minggu kehamilan. Bagi yang lain, mereka berasa lebih baik dalam trimester kedua. Kurang daripada satu dalam 10 orang yang tidak bernasib baik masih berasa tidak sihat selepas 16 minggu kehamilan.

Harap-harap, anda ialah salah seorang yang bernasib baik dan mungkin akan rasa sangat bertenaga dalam trimester kedua dan membawa ke trimester ketiga di mana anda akan mula rasa letih semula dalam bulan ketujuh.
Apakah yang boleh saya lakukan untuk menghadapi keletihan semasa hamil?
Dengar apa yang badan anda cuba beritahu
Cuba tidur sebentar pada waktu siang atau tidur malam lebih awal. Di tempat kerja, 15 minit tidur sebentar pun boleh membuat perbezaan, jadi jika anda bernasib baik mempunyai pejabat yang bertutup, tutuplah pintu, letakkan kepala anda di atas meja dan berehat. Atau cuba tidur semasa waktu rehat tengahari – anda boleh tidur dalam kereta jika tiada tempat lain untuk tidur.

Cuba ubah jadual
Jika boleh, bawa balik kerja untuk dibuat pada hari minggu supaya anda boleh pulang awal sekali-sekala. Atau jika anda sudahpun menjadi ibu, berehatlah sekali-sekala dan tinggalkan anak-anak anda dengan orang lain supaya anda boleh tidur.

Pastikan anda jaga makan
Anda tidak perlu mula "makan untuk dua orang" sebelum trimester ketiga dan begitu pun anda cuma perlukan kira-kira 200 hingga 300 kalori tambahan setiap hari daripada makanan berkhasiat, bukannya kerepek atau coklat. Pemakanan yang sihat yang mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh, susu rendah lemak dan daging tanpa lemak boleh memberi tenaga; sebaliknya, makanan ringan hanya menjejaskan tahap tenaga anda. Makan dan minum yang sedikit tetapi kerap dapat membantu menangani loya dan muntah.

Bertahanlah
Tidak lama lagi anda akan berada dalam trimester kedua dan harap-harap anda akan kembali bertenaga. Anda mungkin cukup bertenaga untuk pergi menonton wayang atau bercuti hujung minggu, walaupun anda mungkin tidak mahu menjadikannya sebagai satu kebiasaan. Tidak lama lagi anda akan merenung kembali waktu ini di mana tidur anda tidak terganggu sebagai satu nostalgia. Jadi tidurlah sebanyak mungkin selagi anda boleh.