Wednesday, 29 October 2014

Perlukah multivitamin ketika hamil

Kadang kala kerana terlalu teruja untuk menjaga kandungan, bakal ibu mengambil banyak suplemen tambahan selain yang dibekalkan oleh doktor. Tujuannya untuk menjaga kesihatan bayi dalam kandungan dan mahu anak lahir cergas dan bijak.

Persoalannya, perlukah wanita hamil mengambil suplemen multivitamin? Sebenarnya selagi kehamilan anda sihat dan tidak bermasalah, cuma satu sahaja vitamin yang perlu diambil sebagai suplemen iaitu vitamin B atau asid folik.

Doktor juga biasanya akan membekalkan suplemen ini sejak awal kehamilan lagi. Sebaiknya ibu hamil mendapatkan pelbagai khasiat vitamin dan mineral lain yang diperlukan sepanjang hamil dengan memakan pelbagai makanan yang sihat. Diet yang seimbang adalah cara terbaik untuk mendapatkan nutrien yang ibu dan bayi perlukan.

Makanan yang sihat mestilah mengandungi empat kumpulan makanan berikut:

*Buah-buahan dan sayur-sayuran, sama ada segar, sejuk-beku, dalam tin atau yang kering. Cuba makan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

*Makanan berkanji dan mengenyangkan (karbohidrat) seperti roti, pasta, nasi dan kentang. Jadikan makanan berkanji sebagai asas hidangan anda dan sebaik-baiknya pilihlah bijian penuh.

*Makanan yang kaya dengan protein seperti daging, ikan, telur dan kekacang. Makanan-makanan ini juga merupakan sumber zat besi yang bagus.

*Makanan berasaskan tenusu yang mana mengandungi kalsium, seperti susu, keju dan yogurt. Sama seperti ikan dan garam laut, produk tenusu adalah sumber iodin baik yang diperlukan oleh ibu hamil untuk membantu perkembangan otak bayi.

Sebaiknya elakkan daripada makan terlalu banyak makanan dan minuman berlemak atau manis. Makanan ini mungkin mengenyangkan untuk jangka masa pendek, tetapi tidak membekalkan mineral dan vitamin yang diperlukan.

Walaupun tidak dinafikan, kadang kala sukar untuk ibu mendapatkan diet yang seimbang terutama sekiranya mengalami masalah loya, muntah, tiada selera makan dan terlalu sibuk di pejabat, maka suplemen mungkin dapat membantu anda mendapatkan nutrient yang diperlukan.




Testimoni Ostematrix Shaklee

Ostematrix Shaklee dihasilkan daripada formula yang unik, dibuat dari mineral dari Laut Mati, mengandung kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc kuprum, maganes dan boron. Nutrien2 ini perlu diambil bersama2 untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Ok hari ini Umi nak kongsi tentang sedikit testimoni mereka yang gembira dengan kebaikan yang diperolehi dari pengambilan Ostematrix ini








Ok itu antara testimoni yang Umi dapat kongsikan hari ni..

Berminat untuk lebih lanjut boleh hubungi Umi ye 0132405031





Testimoni Ostematrix Shaklee

Ostematrix Shaklee dihasilkan daripada formula yang unik, dibuat dari mineral dari Laut Mati, mengandung kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc kuprum, maganes dan boron. Nutrien2 ini perlu diambil bersama2 untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Ok hari ini Umi nak kongsi tentang sedikit testimoni mereka yang gembira dengan kebaikan yang diperolehi dari pengambilan Ostematrix ini








Ok itu antara testimoni yang Umi dapat kongsikan hari ni..

Berminat untuk lebih lanjut boleh hubungi Umi ye 0132405031





Tuesday, 28 October 2014

Kebaikan Ostematrix Shaklee

Semalam Umi cerita Ostematrix untuk ibu hamil kan..jadi hari ni Umj nak kongsi tentang manfaat utama Ostematrix Shaklee.


Gambar diatas menunjukkan perumpamaan dalam satu tablet Ostematrix Shaklee..hebat kan..hanya dengan satu tablet kita dapat manfaat seperti satu gelas susu high calcium dan jiga bersamaa 80 biji buah badam.

Ok jom baca manfaat utama Ostematrix pula ye...

Menguatkan tulang – Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema,konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas – Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.

Meringankan stress – Ianya mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan jantung, impuls saraf,penenang saraf; menggalakkan tidur selesa; memperbaiki jantung berdebar; gementar, mimpi buruk dan stres. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

Memperbaiki masalah haid – Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1,000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

Pengalkalian tubuh – Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi.

Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik

Vitamin D: Dinamakan sebagai vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets.

Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen vitamin D.

Magnesium : Ini adalah ion positif no.2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan.

Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus; menghalang endapan kalsium; melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

Zinc, boron, manganes, kuprum : Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.

Banyakkan manfaatnya...kalau berminat..boleh hubungi Umi terus ye 0132405031....

Jumpa lagi esok!

Kencing manis ketika hamil

Salam semua..pernah dengar tak ada wanita yang tiada penyakit kencing manis tapi bila mengandung tetiba ada kencing manis bila buat check up dengan doktor. Untuk pengetahuan bersama, memang akan ada wanita mengandung yang mengalaminya ketika hamil. Jom baca lebih lanjut tentang ini disini..ini Umi ambil dari website babycentre.com

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini. 

Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan. 

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi. 

Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetislain yang merupakan penyakit seumur hidup. 
Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?
Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan. 

Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini. 

Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:
keletihan;
dahaga yang terlampau;
membuang air kecil dengan banyak;
penglihatan kabur.

Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor anda. 

Monday, 27 October 2014

Ostematrix Shaklee untuk ibu mengandung


Hari ni kita berkenalan dengan ostematrix Shaklee...Umi syorkan supplemen ni kepada sesiapa yang tak boleh telan susu..ye la sebab ada juga sesetengah orang memang tak boleh minum susu langsung...Ostematrix ni adalah pil kalsium..khasiatnya satu tablet Ostematrix ni bersamaan 1 gelas susu tunggi kalsium dan 80 biji badam..bagus kan

Jadi pada sesiapa yang malas nak bancuh susu..boleh je telan tablet ni..lagipun Ostematrix juga sangat digalakkan untuk ibu mengandung.

Pada usia kandungan 3 bulan keatas..tulang janin akan terbentuk dan pada waktu ini kalsium ibu akan diserap dan ketika ini jugalah ibu harus memastikan keperluan kalsium dalam badan mencukupi. Jadi untuk memudahkan ibu hamil..terus ambil Ostematrix sebagai sumber kalsium dan juga sebagai penganti susu bagi ibu2 yang tidak boleh minum susu.

Jom tengok kenapa Ostematrix sangat bagus untuk ibu mengandung 

  • Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 dalam 1.
  • Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium.
  • Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
  • Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.
  • Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.
  • Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.
  • Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
  • Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.
  • Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

  • Nanti hubungi Umi ye kalau nak tau lebih lanjut 

    Umi Azmil
    Email: umiazmil85@gmail.com
    Sms / Whatsapp : 013 2405031
    Blog: http://vitaprecious.blogspot.com
    Pengedar Shaklee terdekat anda
    Puncak Perdana, Alam Budiman, Cahaya SPK  Shah Alam dan sekitarnya

    Anda akan diajar dengan pemakanan yang betul dan konsultasi selepas pembelian.  FOC sahaja ;)

    Terima kasih kerana singgah disini.
    Jumpa lagi...

    ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
    These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

    Kenapa ibu mengandung mengidam

     “Mengidam” adalah satu pengalaman yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita hamil atau mengandung. Mengidam boleh diterjemahkan sebagai keinginan yang tinggi terhadap sesuatu jenis makanan yang dirasai ketika mengandung.

    Penyebab Berlakunya Mengidam Semasa Hamil

    Sebenarnya, penyebab berlakunya mengidam atau penolakan sesuatu jenis makanan semasa mengandung masih tidak diketahui. Terdapat pelbagai faktor yang dikaitkan sebagai punca berlakunya mengidam. Menurut Siobhan Dolan, ada yang berpendapat mengidam atau penolakan semasa kehamilan sebenarnya merupakan satu faktor perlindungan, walaupun tiada data saintifik yang mencukupi untuk menyokong teori ini.

    Perkara seperti peningkatan keperluan kalori serta zat makanan (nutrien) semasa kehamilan dan keperluan untuk pertumbuhan atau pembentukan janin merupakan alasan mengapa keadaan ini berlaku. Walau bagaimanapun, ada sesetengah saintis atau penyelidik menyatakan perubahan hormon semasa mengandung turut memberi kesan kepada deria bau. Ini secara tidak langsung memberi kesan dalam pemilihan dan pengambilan makanan.

    Mengidam sesuatu jenis makanan semasa mengandung turut dikaitkan sebagai petanda berlakunya kekurangan zat makanan atau nutrien. Sebagai contoh, seseorang wanita hamil yang mengidam susu atau produk tenusu seperti keju menunjukkan kekurangan kalsium. Manakala mengidam makanan manis seperti coklat menandakan peningkatan keperluan kalori atau kekurangan vitamin B.

    Apakah Yang Perlu Dilakukan Jika Mengidam Semasa Hamil?

    Sekali lagi dinyatakan, adalah tidak salah untuk anda mengidam semasa mengandung dan pada masa yang sama, masih dapat membekalkan segala nutrien yang diperlukan oleh anda dan bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, pastikan anda tidak mengambil makanan tersebut secara berlebihan. Sebagai contoh, sekiranya anda mengidam untuk makan coklat, pastikan anda hanya makan 1 kepingan atau potongan kecil sahaja dan bukannya keseluruhan kepingan coklat. Pengambilan makanan yang tinggi kalori terutamanya yang tinggi kandungan gula dan lemak atau minyak boleh menyebabkan peningkatan berat badan yang berlebihan secara mendadak. Pertambahan berat badan yang berlebihan akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit diabetes semasa mengandung dan masalah tekanan darah tinggi.

    Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda lakukan sekiranya anda mengidam sesuatu jenis makanan:

    • Makan makanan yang seimbang dan pilih makanan yang kurang lemak serta tinggi serat seperti produk bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran serta kekacang. Sekiranya anda makan secara sihat setiap hari, sesekali anda mengidam makanan yang kurang berkhasiat dan diambil dalam jumlah yang sedikit tidak menjejaskan keperluan zat yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan.
    • Makan secara kerap dan boleh makan enam kali dalam sehari dalam jumlah yang sedikit tetapi mengenyangkan. Ini bagi membantu mengelakkan penurunan paras gula dalam darah sehingga sukar untuk  mengawal keinginan untuk makan.
    • Alihkan perhatian dengan keluar berjalan, bersembang, membaca atau menjauhi dapur anda atau kedai.
    • Beri tumpuan kepada makanan yang rendah kandungan kalorinya. Sekiranya ingin makan ais krim, pilih ais krim yang diperbuat daripada yogurt rendah lemak yang disejuk beku atau sorbet.
    • Sekiranya mengidam untuk makan kerepek kentang (bergoreng), pilih yang dibakar atau dipanggang dan kurang garam.

    Walau apa pun makanan yang anda inginkan atau mengidam, yang penting ia diambil secara sederhana.


    kredit : myhealth.gov.my