Sunday, 26 October 2014

Testimoni Peppermint - Ginger Plus Shaklee

Masalah angin dalam badan amatlah tidak menyelesakan..anda ada masalah ni tak..nak tau kenapa ia terjadi..ni Umi jumpa artikel dari website ni
http://itsalifeoftest.blogspot.com

Penulis berkongsi maklumat yang beliau dapati daripada seorang Pakar Perunding Perubatan dan Gastroenterologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Abdul Malik Jamal Buhari kepada akhbar sisipan Kesihatan Mingguan Malaysia beberapa minggu lepas.

Dalam wawancara bersama beliau, Dr. Abdul Malik menafikan seseorang yang dijangkiti demam mempunyai kaitan dengan masalah angin di dalam badan. Bagaimanapun, masalah stres serta komplikasinya seperti sakit kepala, pening, berdebar-debar dan sebagainya berkemungkinan berpunca daripada masalah angin.

Jelasnya, masalah angin dalam badan khususnya sistem penghadaman disebabkan oleh sistem usus yang 'lembap' atau kurang aktif. Ini menyebabkan angin dalam usus tidak dapat dikeluarkan dari badan secara efektif.

Angin di dalam badan berpunca daripada gas di dalam sistem penghadaman atau sistem gastro usus (gastroenterologi). Sistem tersebut mengandungi gas yang tidak berbau iaitu 99% gas buangan dari usus manakala gas yang tidak menyenangkan pula mungkin disebabkan oleh gas yang mengandungi sulfur.

" Ia dilepaskan oleh bakteria di dalam usus besar. Angin disebabkan gas atau angin dalam sistem penghadaman badan datang daripada dua sumber iaitu udara yang disedut dan bakteria dalam usus besar.

Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak dihadamkan dengan baik, " katanya.

Itulah yang dikongsikan oleh seorang pakar..jadi untuk mengatasi masalah ini Umi syorkan Peppermint-Ginger Plus Shaklee ni...


Jom baca testimoni mereka yang berjaya mengurangkan masalah angin dalam badan selepas pengambilan supplemen ini..tak rugi mencuba..lagipon kandungan dalam peppermint-ginger plus ni semuanya dari bahan asli...

Testimoni 1


Testimoni 2


Testimoni 3

Testimoni 4


Itu antara testimoni dari mereka yang mengambil ini peppermint-ginger plus shaklee sebagai salah satu ikhtiar untuk hilangkan angin dalam badan

Baguskan...dan murah je Peppermint Ginger plus ni...

Nanti hubungi Umi ye kalau nak tau lebih lanjut 

Umi Azmil
Email: umiazmil85@gmail.com
Sms / Whatsapp : 013 2405031
Blog: http://vitaprecious.blogspot.com
Pengedar Shaklee terdekat anda
Puncak Perdana, Alam Budiman, Cahaya SPK  Shah Alam dan sekitarnya

Anda akan diajar dengan pemakanan yang betul dan konsultasi selepas pembelian.  FOC sahaja ;)

Terima kasih kerana singgah disini.
Jumpa lagi...

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Resepi vegetarian untuk ibu mengandung

Salam kawan2 Umi..hari ni Umi nak share tentang resepi vegetarian untuk ibu mengandung macam kita..bagus makan sayur waktu preggy..banyak khasiat dan fiber dan juga boleh elakkan masalah sembelit..ye la Umi kawan2 Umi yang pernah preggy ada yang mengalami masalah ni..harap2 kita tak mengalaminya..sengsara tu sembelit..tak sanggup..hehe

Ok ni resepi yang Umi ambil dari website babycentre..Umi pon nak try buat lah ni..bawa bekal gi opis..

Jom tengok apa resepi yang ada..pilih lah mana yang rasa senang dan mudah..;)

Omelet Sepanyol dengan lada Peppadew

Ramai wanita yang risau untuk makan telur semasa hamil. Jika telur itu masak sepenuhnya, ia selamat untuk dimakan. Omelet ini dimasak sepenuhnya di atas api, memastikan ia masak keseluruhannya. 

Hidangan untuk dua orang 

Bahan-bahan 
1 ubi kentang sederhana besar, dikupas dan dipotong kiub 
1 sudu besar minyak zaitun 
1 labu bawang merah, dibelah dua dan dihiris nipis 
1 biji cili merah kecil, dihiris 
4 biji lada Peppadew, dihiris 
4 biji telur bersaiz besar 
50g keju Cheddar, diparut 

Cara 
Kukus kentang yang telah dipotong kecil hingga hampir lembut dan kemudian toskan. Panaskan minyak di dalam kuali leper tidak melekat dan tumis bawang di atas api kecil selama 5-10 minit sehingga keperangan dan lembut. 

Masukkan cili merah dan lada Peppadew dan masak selama beberapa minit, kacau. Masukkan kentang dan kacau sebati. 

Sementara itu, pukul telur bersama lada hitam dan dua sudu besar air. Tuangkan telur ke atas sayuran tadi dan masak di atas api kecil tanpa dikacau. Tutup kuali dengan penutup untuk mempercepatkan sedikit proses memasak. Apabila telur telah masak (ini mungkin mengambil masa 5-10 minit) taburkan keju dan letakkan di atas gril yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Masak hingga keju tadi menggelembung dan berwarna keperangan. 

Potong dua omelet tadi dan hidangkan dengan salad hijau. 

Krumbel sayuran berakar

Anda boleh guna sayuran berakar kegemaran anda untuk resipi ini. Lobak merah dan keledek adalah sumber vitamin A yang bagus, dan anda boleh pilih di antara parsnip, turnip dan swede, atau guna kesemuanya. Biji labu adalah sumber zink dan selemium yang baik, tetapi anda boleh gantikannya dengan bijian lain jika anda suka. 

Hidangan untuk empat orang 

Bahan-bahan 
Untuk inti sayuran: 
2 lobak merah sederhana besar 
1 biji keledek kecil 
2 biji parsnip kecil atau 1 yang besar 
2 turnip kecil 
2 kentang sederhana besar 
Serbuk stok sayur (cth. Marigold kurang garam) 
1 sudu besar puri tomato 
1 sudu besar daun ketumbar kisar 
Lada hitam 

Untuk toping krumble: 
3 keping roti bijian penuh 
50g walnut, dicincang kasar 
50g biji labu 
1 sudu besar daun thyme segar dicincang atau 1 sudu kecil daun thyme kering 

Cara 
Panaskan ketuhar pada 180 darjah C / penanda gas 4. 

Kupas semua sayur-sayuran dan potong kiub sebesar kira-kira 1-2 cm. Masukkan ke dalam loyang kaserol besar yang tahan ketuhar. Buat 600ml stok sayur dengan air dan tambahkan puri tomato dan daun ketumbar. Tuangkan ke atas sayur-sayuran hingga cukup menutupi bahagian atasnya, tambah atau kurangkan bergantung kepada campuran anda. 

Masak dalam ketuhar selama 45 minit. Keluarkan daripada ketuhar dan pastikan sayur-sayuran itu sudah hampir lembut. Kemudian buang 2-3 sudu besar airnya. 

Masukkan roti ke dalam pengisar atau pemproses makanan dan kisar hingga menjadi serbuk. Campurkan serbuk roti tersebut dengan biji-bijian, thyme dan kekacang, kemudian ceduk dan letakkan di atas sayur-sayuran. 

Ratakan dengan belakang sudu dan masukkan semula ke dalam ketuhar untuk selama 15-20 minit sehingga campuran krumbel menjadi rangup dan sedikit keperangan. Hidangkan segera dengan salad hijau atau dengan kacang buncis. 

Sebagai variasi, gantikan kekacang atau biji-bijian dengan 100g keju parut dan taburkan di atasnya. 

Spagheti dengan labu dan kacang pain

Resipi ini menjadi hidangan malam vegetarian yang mudah. Kekacang pain adalah sumber vitamin E yang elok, dan labu mengandungi banyak vitamin A. Cara yang paling mudah memasak labu dengan penyediaan yang minima ialah dengan membelah dua, ceduk keluar bijinya dan bakar labu dalam ketuhar atau masak dalam ketuhar gelombang mikro. Tidak perlu dikupas kulitnya! 

Hidangan untuk tiga orang 

Bahan-bahan 
1 biji labu butternut sederhana besar, dicuci, dibelah dua dan dikeluarkan bijinya
40g daun roket (rocket leaves) 
75g – 100g spagheti bijian penuh setiap seorang 
75g kacang pain 
1 ulas bawang putih, dicincang 
2 sudu besar minyak zaitun extra virgin 
Lada hitam 
Keju Parmesan parut, untuk dihidangkan 

Cara 
Letakkan labu dalam ketuhar gelombang mikro dan masak pada suhu tinggi selama kira-kira 10 minit sehingga isinya lembut (kiraan untuk ketuhar berkuasa 800W, bagi model berkuasa lebih rendah memerlukan masa memasak yang lebih). 

Sementara itu, masak spagheti mengikut arahan pada paketnya. Campurkan daun roket, bawang putih dan minyak zaitun di dalam mangkuk. 

Bakar kacang pain sebentar sehingga sedikit keperangan. Apabila labu sudah masak, ceduk isinya dengan sudu dan campurkan ke dalam campuran daun roket dan bawang putih. 

Toskan spagheti dan kacaukan ke dalam campuran labu, taburkan kacang pain dan hidangkan segera dengan keju Parmesan. 

Variasi: untuk rakan-rakan yang bukan vegetarian, bolehlah ditaburkan hirisan daging salai di atasnya. 

Sos terung (melitsanosalata)

Jika anda suka snek dimakan dengan pencicah, cubalah sos terung versi Greek yang sihat ini. Lobak merah dan batang seleri yang disimpan di dalam bekas kedap udara boleh tahan selama satu atau dua hari di dalam peti sejuk. Sediakannya awal-awal untuk dijadikan alternatif yang lebih berkhasiat daripada kentang goreng dan kerepek jagung. 

Cukup untuk enam hidangan bersaiz snek

Bahan-bahan 
2 terung besar 
2 sudu besar minyak zaitun 
1 ulas bawang putih dicincang halus 
1 sudu besar cuka 
2 sudu besar yogurt Greek 
2 sudu besar mayonis kurang lemak 
Lada hitam 

Cara 
Panaskan ketuhar pada 200 darjah C / penanda gas 6. 

Bungkus terung dengan foil dan bakar dalam ketuhar selama 20-30 minit hingga lembut. 

Buang kulit terung yang telah disejukkan dan lenyek isinya dengan minyak zaitun, bawang putih dan cuka. Campurkan yogurt dan mayonis dan perasakan dengan lada hitam. 

Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. Hidangkan dengan hirisan lobak merah, seleri dan lada segar. 

Pergh canggihkan nama resepi2 ni..kalau rajin boleh lah kita buat..bagus untuk kita kan..

Ok jumpa lagi ye..tata

Saturday, 25 October 2014

Makan Malam di Southern Thai

Malam ni Umi dan Azmil makan malam di Southern Thai..jauh gile..kena passport bagai tau..hehe..xdelah tu nama restoran masakan siam dekat kawasan Desa Coafield Sungai Buloh..nama restoran tak hagak2 kan..hehe...dah nama kedai siam mesti sinonim dengan tom yam kan..lagi satu sebab Umi teringin nak rasa tom yam situ..tgk gambar macam sedap je..jadi tadi lepas balik dari menziarah anak kedua Jely kawan Azmil kitorang balik rumah lalu LATAR jadi boleh lah singgaj restoran tu.. sampai situ tengok boleh tahan ramai jugak ye yang datang makan situ..orang cakap kalau ramai maksudnya kedai tu masakan sedap..ce tgk kfc sokmo ramai orang..hehe..boleh tak...

Ok lah Umi dah sampai sana Umi order nasi putih, tom yam campur, telur dadar n kailan ikan masin..eh satu lagi soto g celup tepung...Azmil lak order nasi gorang USA..jadi siapakah yang makan semua lauk diatas tu memandangkan suami makan nasi goreng je..hihihihi..pastilah Umi dan baby ( padahal baby tecik lagi..alasan )..hehehe..geleng kepala Azmil tengok apa yang Umi order..xpelah yang penting sume licin..isteri awak tak membazir n now sekarang dah rasa macam ular sawa kekenyangan..full!!!!!!!...

Tom yam sini memang power....Umi suka..rasa pedas, masam n manis yang seimbang..memang best..licin kuah tom yam Umi hirup..hihi..tak rugi order..kailan pon sedap...suka rasa kuah kailan tu rasa ikan masin cket2..nyum nyum..tapi sotong celup tepung kurang memuaskan sebab rasa macam cekodok sotong..sotong nipis je tapi tepung penuh..ha yang ni tak bape best..tapi kami laki bini abeskan jugak tak nak membazir katanya..hehe


xde lak nasi goreng Azmil..hehe..

Ok lah tu je nak cite review tom yam restoran southern thai..hihihi..

Ok lah jumpa lagi..ta ta 

Kelebihan Peppermint-ginger plus Shaklee

Salam semua..semalam Umi ada cerita berkenaan Peppermint Ginger Plus kan..apa kandungannya..hari ni Umi nak cerita apa kebaikkannya..

Salah satunya adalah membuang angin dalam badan..mesti pernah alami kan..lagi2 kalau angin tu naik kat kepala..kepala pening dan berat je..bila picit dekat bahagian kepala yang sakit tu mesti kita sedawa2 kan..kadang rasa sedawa tak puas..pastu mesti rasa nak makan halia seketul je bagi angin tu keluar terus..hehe..tu Umi cerita pengalaman Umi lah..hehe..jadi sejak ada peppermint ni tak yah susah2 nak buat air halia..terus je telan tablet tu..dengan izin Allah lepas tu mesti sedawa dengan puas sekali..hehe..boleh lah nak try..

Bukan setakat buang angin dalam badan je..ni Umi senaraikan kebaikan lain peppermint ginger plus shaklee ni..memang bestttt...

  • Peppermint Ginger Plus Shaklee ini mempunyai kesan penenang. Ia membantu sistem penghadaman usus dan ketidakselesaan pada perut
  • Membantu melegakan cirit birit
  • membantu melegakan masalah angin dalam badan.
  • Membantu melegakan kesakitan gastrik dan pedih ulu hati.
  • Membantu melegakan kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul akibat kemoterapi.
  • Pudina merangsang pengeluaran peluh, justeru itu ia membantu menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema
  • Halia yang terdapat dalam produk ini pula melegakan sakit haid serta loya dan mual ketika mengandung.
  • Selepas melahirkan anak secara caesarian, halia membantu menghalang  muntah selepas pembedahan.
  • Pokok Adas pula membantu menghilangkan kembung perut dan masalah alergi pada saluran usus
  • Cekur manis pula membantu mengurangkan kesakitan haid, batuk dan juga kahak. Ia juga membantu menahan kulat yang boleh menyebabkan penyakit kulit.
Baguskan...dan murah je Peppermint Ginger plus ni...

Nanti hubungi Umi ye kalau nak tau lebih lanjut 

Umi Azmil
Email: umiazmil85@gmail.com
Sms / Whatsapp : 013 2405031
Blog: http://vitaprecious.blogspot.com
Pengedar Shaklee terdekat anda
Puncak Perdana, Alam Budiman, Cahaya SPK  Shah Alam dan sekitarnya

Anda akan diajar dengan pemakanan yang betul dan konsultasi selepas pembelian.  FOC sahaja ;)

Terima kasih kerana singgah disini.
Jumpa lagi...

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **


Friday, 24 October 2014

Hilangkan loya dengan peppermint-ginger plus Shaklee

Sesiapa yang mengalami masalah angin dalam badan, Umi nak syorkan Shaklee peppermint-ginger plus ni. memang bagus. Ianya juga bagus untuk ibu hamil bagi menghilangkan rasa loya dan mual. Ini adalah persediaan secara semulajadi dan tidak akan memudaratkan bayi dalam kandungan. 


Apa kandungan peppermint- ginger plus ni..jom teruskan pembacaan..

Bahan utama peppermint-ginger plus ada daun pudina,halia,adas dan cekur manis. Bahan-bahan yang selalu digunakan secara tradisional untuk menyelesaikan masalah angin dan penghadaman.

Secara klinikal Peppermint-Ginger Plus sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, kembung dan penghadaman.

Bagaimanakah bahan-bahan ini membantu ?

Daun Pudina (mint) : Ia mempunyai kesan penenang oleh itu bagus untuk melegakan otot-otot perut, membantu penghadaman, mabuk laut serta darat, melegakan gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit. Bagi mereka yang menjalani rawatan kemoterapi ia dapat melegakan kesan sampingan seperti loya dan hilang selera makan. Pudina juga mampu merangsang mengeluarkan peluh oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema. Pudina juga mampu membuatkan seseorang itu fokus.

Halia (ginger) : Halia merangsang rembesan enzim salvia yang membantu didalam pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual ketika mengandung dan membuang angin selepas bersalin. Satu kajian di Switzerland menunjukkan bahawa halia menghalang mabuk laut. 

Pokok Adas (fennel) : Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut dan melegakan gejala flu. Ia dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

Cekur Manis (anise) : Digunakan oleh orang Mesir Purba bagi melegakan masalah pencernaan, sakit ketika haid, batuk dan kahak. Ia merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit biasa dan melegakan gejalaheat wave.

Baguskan..berminat nak dapatkannya ..
hubungi lah Umi ye ;)

Umi Azmil
Pengedar Shaklee Terdekat Anda
(Puncak Perdana, Alam Budiman, Cahaya SPK Shah Alam dan sekitarnya.)

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 013 2405031 atau email vitaprecious@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Jeruk untuk ibu mengandung

Masam hilangkan loya 
Apa pun, mengidam asam atau jeruk begitu sinonim dengan wanita mengandung. Tanpa mengira jenis asam atau jeruk, lazimnya wanita hamil dikatakan suka mengambil makanan itu bagi menahan rasa loya yang dialami sepanjang tempoh mengandung. 

Ada juga yang bertanggapan, rasa loya atau teringin terhadap jeruk itu adalah pembawaan anak dalam kandungan. Mitos pula mengatakan jika si ibu tidak menikmati apa yang diinginkan akan memberi kesan kepada anak. 

Apa yang pasti, sungguhpun pengambilan makanan masam seperti jeruk tidak mengganggu pertumbuhan janin, namun ia boleh mengundang masalah kesihatan kepada ibu. Justeru ia juga mampu mengancam janin di dalam perut akibat kekurangan nutrien yang seimbang. 

Pensyarah Kanan dan Dietitian, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof, berkata ketika kehamilan, pemakanan yang sihat adalah amat penting bagi memastikan fetus atau anak dalam kandungan mendapat kesemua zat yang diperlukan untuk mencapai pembesaran optimum ketika dalam kandungan. 

Pada awal kehamilan, wanita biasanya mengalami pelbagai perubahan seperti mual dan loya yang menyebabkan selera makan berkurangan atau hanya suka kepada sesuatu jenis makanan saja. 

Ada juga yang mengidam dan ingin makan pelbagai jenis makanan seperti jeruk atau asam yang sering menjadi pilihan ketika kehamilan sama ada ketika loya, mual serta ketika mengidam, katanya ketika dihubungi, baru-baru ini. 

Jeruk dan asam memang sedap dimakan terutama apabila tekak terasa loya atau mual, tetapi makanan yang boleh dikelaskan sebagai makanan ringan itu mungkin boleh memberi kesan tidak baik kepada kandungan. 

Jadi ibu hamil disarankan agar kurangkan pengambilan jeruk ketika hamil. Boleh makan untuk menghilangkan rasa loya, mual atau mengidam tapi haruslah jangan berlebihan.


Thursday, 23 October 2014

Lima Kesalahan Saat Berdiet

Jom baca tip2 yang disenaraikan oleh laman web fitness.com ini   yang mungkin kita pernah melakukannya tanpa disedari ketika berdiet.

Memilih Jus daripada buah
Jus sememanganya sihat kerana ia terdiri daripada estrak buah-buahan namun sebaiknya pilih lah buah- buahan segar kerana kandungannya. Dan  juga jus yang ada dipasaran kebanyakan telah ditambah pemanis dan pengawet. Ini boleh menyebabkan pengambilan gula yang berlebihan dan akan menyukarkan proses penurunan berat badan anda.

Jumlah Kalori
Kebiasaannya mereka hanya akan mengira kandungan kalori didalam makanan utama sahaja. Sedangkan kalori yang terdpata dalam snek yang dinikmati lebih banyak daripada makanan utama yang sering diberi perhatian.

Banyak Duduk
Terlalu banyak duduk sebenarnya tidak begitu baik terhadap kesihatan anda. Ia boleh menimbulkan risiko penyakit seperti jantung, diabetes dan sebagainya. Mungkin anda perlu meringankan kaki anda untuk lebih aktif bergerak kerana ia akan membantu membakar lemak ditubuh. Pun begitu, jika pekerjaan utama anda memaksa untuk sering berada di hadapan komputer apa kata cari sedikit waktu untuk berjalan di sekitar ruang kerja.

Kurang Tidur
Waktu tidur yang berkualiti dan mencukupi bukan sahaja memberi kesan terhadap kesihatan serta terhindar daripada penyakit bahkan ia turut menjayakan program diet anda. Ini kerana jika seseorang kekurangan waktu tidur maka tubuh akan menghasilkan ghrelin atau hormon yang merangsang nafsu makan. Hormon tersebuit menjadikan seseorang itu cepat berasa lapar dan akan sering makan. Untuk itu pastikan waktu tidur anda sekurang-kurangnya lapan jam bagi golongan dewasa.