Sunday, 23 November 2014

Petua buang angin dalam badan yang mudah!

Salam sahabat2 sekalian..siapa kat sini ada masalah angin dalam badan..mesti ada yang pernah mengalaminya kan..ok hari ni Umi nak kongsi petua cara nak buang angin ni dengan cara yang mudah..meh nak cite...Antara panduan adalah seperti berikut ( wah macam ayat dalam kertas exam lak..hehe)-

1) Bawang Putih
Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
Hiris bawang putih nipis-nipis.
Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
Minum ramuan ini sebulan sekali.
atau

Bawang putih ditumbuk dan dicampur dengan air panas, bagi air bawang tu keluar dan minum. 

2) Cengkih dan Halia
Rebuskan Cengkih dan Halia, lepas tu minum ketika masih suam. Ulang beberapa kali..

3) Daun mengkudu dan halia
Minum air rebusan daun mengkudu dan halia.

4) Serai Kisar
Kisar serai, lemon, daun pudina, madu asli, garam dan sedikit air. Amalkan minum bancuhan ini dan angin akan keluar.

5) Rendam kaki dalam air panas
Rendamkan kaki dalam air panas + segenggam garam kasar. Kepanasan air mengikut kesesuaian diri. Rendam sehingga 10 minit atau lebih. Semasa rendaman ini juga, cuba lakukan pernafasan yang teratur ala-ala bermeditasi gitew. Selepas 10 minit, keluarkan kaki dan lap supaya kering; . Tapak kaki akan menjadi merah dan badan berasa segar.(Nota:Semasa aktiviti ini cuba kosongkan 'mind', penuhi dgn zikir, dan jadikannya aktiviti rekreasi dengan keluarga/pasangan. Seeloknya dilakukan seminggu sekali sebelum tidur)

6) Urutan di kaki
Urut perlahan-lahan urat besar di tumit dan sekitar buku lali.

7) Minuman Kultur
Jika badan terlalu banyak angin, disyorkan mengambil minuman colon cleanser supaya perut dapat di 'flush out' segala kekotoran (lemak, sisa makanan, bahan-bahan toxic, lendir dsb). Perut adalah gudang penyakit. Disitu berkumpul segala punca penyakit. Setelah perut di 'flush out', kita akan berasa badan menjadi ringan dan segar.

8)  Bagi yang menghidapi penyakit angin dalam badan dan sering merasa sejuk, minuman campuran seperti berikut:

Campuran tersebut ialah cengkih dan lada putih atau lada hitam. 
Bahan – bahan tersebut yang sama jumlah hendaklah digoreng hingga garing dan kemudiannya ditumbuk hingga halus. 
Kemuadian campuran tersebut hendakalah diayak terlebih dahulu. Campuran yang masih kasar digoreng lagi hingga garing, kemudian ditumbuk semula seperti proses yang terdahulu hingga kesemuanya sempurna menjadi serbuk yang halus. 
Serbuk tersebut kemudian dicampur dengan setengah cawan air suam diminum tiap-tiap pagi atau malam sebelum atau selepas makan. Ramuan ini berguna untuk memecahkan angin yang ada di dalam badan dan memanaskan badan yang sejuk

9) Petua paling penting

Satu lagi petua dari yang diperolehi dari Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah, Saidina Ali berkata :


Dengar tu...

"Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap"

10) Ambil Supplemen
Kalau malas nak kisar bagai..senang je anda boleh ambil Peppermint Ginger Plus dan Garlic Shaklee. Dua2 produk ni membantu menyelesaikan masalah angin dalam badan dalam bentuk tablet. Tak payah ambil masa untuk kisar dan  rebus bagai. Telan je tablet tu. Harga yang sangat berpatutan dan kandungannya  yang sangat semulajadi. 

Berminat ke?...cari lah Umi ye ;)

Pengedar Shaklee Anda
Umi Azmil

Saturday, 22 November 2014

Bermacaroni cheese hari ni

Salam semua..hari ni teringin nak makan macaroni cheese ala2 kenny rogers..Azmil pon suka..pastu google lah resepinya..dapatlah seperti dibawah..senang dan mudah sangat..asal ada bahan2 kat bawah ni..jom tengok

Bahan2...
Seulas bawang besar ( hiris halus2)
Buttercup sedikit
Lada capsicum ( potong dadu )
Macaroni
isi ayam ( dicincang )
Satu tin Prego Herbs & Cheese
Cendawan dalam tin ( hiris halus )
Sekeping cheesedale

Cara2 masak..

mula2 rebus dulu macaroni tu dalam periuk..letak sesudu minyak masak dan sesudu kecil garam..rebus sampai empuk..pastu ketepi kan...
Ok siap untuk macaroni

Jom buat kuah pula..bawang besar tadi tu hiris halus2 dan masukkan dalam kuali dengan sedikit buttercup...tumis sehingga naik bau pastu masukkan isi ayam yang dah dicincang halus tu...gaul lah sampai isi ayam tu masak....

Bila isi ayam tadi da putih semua masukkan satu tin Prego Herbs & Cheese tu..sisa2 dalam tin tu ambil juga..letak air sikit pastu campur sekali..letak capsicum sekali
pastu masukkan sekeping cheese..garam..gula secukup rasa...pastu masukkan macaroni yang direbus tadi...

Gaul sehingga mereka mesra bersama gitu....hehhee


Siapppppp!!!!!!


Senangkan...Nanti nak makan letak lah dalam pinggan ye..hehhe..nak pedas sikit tambah cili potong sendiri..yang ni Umi tak letak cili api dalam tu sebab Azmil tak tahan pedas...

Ni hasil dalam pinggan..tapi tak jadi kaler macam kenny rogers punya..tak pe lah yang penting suami puji sedap..eh... hihihi


Nyum..nyummm

Selamat menjamu selera sume..;)

Friday, 21 November 2014

Berat Badan Ibu Mengandung

Salam sahabat2 sekalian..

Hari tu Umi ada cerita yang waktu Umi buka buku pink kat Klinik Kesihatan hari tu da mula kena buat appointment minum air gula next week sebab berat badan dah lebih dari BMI...huhuhuhu...lagipun nurse risau takut ada gejala kencing manis..kencing manis yang ada bila mengandung je..tak bagus untuk kesihatan dan anak dalam kandungan juga..kena sentiansa kawal.

Umi ada beritahu nurse berat ni naik sebab ada baby dalam ni mesti akan ada pertambahan berat badan kan..tapi nurse still cakap "tak pe, awak mesti kena minum juga sebab ini pon demi kebaikan awak"..ok lah saya menurut perintah..hehe

Umi ada juga google tentang apa yang menyebabkan kenaikan berat ibu mengandung..pastu jumpa lah artikel ni..jom baca...dari website babycentre.com.my



Berapakah jumlah berat badan yang akan saya tambah semasa hamil?
Pertama sekali, penting bagi anda menerima hakikat bahawa berat badan anda akan bertambah semasa hamil! Memang seharusnya begitu. Badan anda sedang membesar dan berubah untuk memberikan permulaan yang terbaik bagi bayi anda.

Badan anda akan menjadi sangat besar menjelang tibanya waktu melahirkan. Kira-kira satu pertiga daripada berat badan tambahan ini adalah daripada bayi, plasenta dan air ketuban (cecair amniotik). 

Berikut adalah beberapa anggaran untuk memberi anda idea tentang beratnya:
Semasa lahir, seorang bayi perempuan Malaysia mempunyai berat 3.2kg; bayi lelaki pula 3.4kg.
Cecair amniotik yang menyokong dan menampung bayi anda mempunyai berat 0.8kg.

Tetapi bagaimana pula dengan baki dua pertiga berat yang berlebihan itu? 

Ini diakibatkan oleh perubahan yang berlaku dalam badan anda semasa hamil. 

Sekali lagi, angka ini adalah anggaran sahaja:
Lapisan otot pada uterus (rahim) membesar secara dramatik dan beratnya bertambah sekitar 0.9kg.

Isi padu darah bertambah dan beratnya meningkat sebanyak 1.2kg.

Anda mempunyai lebihan cecair dalam badan sebanyak kira-kira 1.2kg.

Berat payudara pula meningkat sebanyak 0.4kg.

Anda akan menyimpan lemak, kira-kira 4kg, yang akan memberi anda tenaga untuk menyusukan bayi anda.

Menjelang hujung kehamilan, berat badan anda mungkin akan bertambah sebanyak kira-kira 12.5kg berbanding sebelum anda hamil. Ingat, ini hanyalah anggaran kasar pertambahan berat. 

Biarlah penganggar pertambahan berat badan semasa hamil kami mengiranya untuk anda.

Apakah itu indeks jisim badan (body mass index) dan bagaimanakah ia akan berubah?

Indeks jisim badan (body mass index - BMI) mengukur berat anda berbanding ketinggian. Ia adalah cara yang tepat untuk mengetahui samada berat badan anda dalam julat yang sihat atau tidak. Jumlah berat yang patut anda tambah akan bergantung kepada BMI anda sebelum anda hamil.

Secara umumnya, anda patut menambah berat sekitar di antara 10kg dan 12.5kg. Periksalah dengan doktor anda mengenai pertambahan berat yang sesuai untuk anda.

haaaa...baru Umi tahu apa yang terbentuk sekali dengan baby dalam kandungan kan..baguskan ilmu ni ;)

Petua hilangkan sakit kepala


Argh sakitnya kepala!!!!..hah mesti korang pernah rasa sakit kepala kan..berdenyut2..tak boleh nak buat kerja apa..lagi2 kalau migrain terus tak boleh tengok cahaya..malam tadi memang Umi sakit kepala sangat..lepas balik kerja terus rasa berdenyut2..tapi masih kena gagahkan diri untuk ambil adik di KLIA 2 pulak..dalam kereta ada beberapa kali Umi muntah..tak tahu sebab mengandung ke, sebab stress ke, penat ke?..tak dapat dikesan langsung..confuse..hehe..Umi tahan je even doktor cakap panadol boleh diambil oleh ibu mengandung..Umi tak ambil..tak berani pulak..Bcomplex Shaklee tak bawa pulak..tahan je lah sambil cuba tutup mata..Mujur Azmil boleh ikut sekali..dia lah yang drive..selalunya Umi ambil B-Complex Shaklee untuk legakan..sampai je rumah Umi terus mandi dan ambil B-Complex Shaklee dan minum ESP Shaklee sekali...alhamdulillah lega terus...lepas tu nak buat entri 3g line dekat hp problem pula..cyber cafe tutup plak..cuti lah entri sehari semalam..hurmmmm

Eh sebenarnya Umi nak share tentang petua hilangkan sakit kepala secara semulajadi..melalut2 plak..hehe..ni Umi google2 pagi td..jom baca...

ANTARA PETUA :

1. Campurkan MINUMAN ISOTONIK dengan AIR PUTIH pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

2. RENDAMKAN KAKI ke dalam besen yang mengandungi air suam. Ia akan membuatkan tekanan darah turun dari kepala anda.

3. Ambil SEBIJI EPAL HIJAU dan di belah dua, dan ambil 2 gelas air. Rebuskan buah epal tersebut sehingga jadi tinggal 1 gelas air sahaja. Minum air rebusan epal hijau itu begitu aje, tak payah tambah gula. 

4. DUDUK TEGAK boleh jadi ubat penghilang pening atau sakit kepala. Ketika anda duduk dengan posisi membongkok, maka leher akan menahan berat kepala, sehingga ototnya menegang dan menimbulkan rasa peniing. Jadi, ubah posisi duduk anda menjadi tegak, dengan kepala sejajar pada bahu.

5. TIDUR  boleh membantu meredakan pening atau sakit kepala, namun hanya dengan tidur yang berkualiti dan sesuai waktunya, 8 jam per hari. Jika anda tidur sekejap bangun dan tidur balik pastu bangun semula, maka keadaan sakit boleh menjadi lebih parah lagi.

6. Lepas ikatan di kepala bila anda memakai ikat kepala, atau sanggul rambut. Ikatan yang terlalu rapat boleh membuat kulit kepala menegang. Peredaran darah yang terganggu akibat ikat kepala pun boleh mencetuskan pening kepala.

7. Makan makanan pedas boleh membantu penyembuhan pening atau sakit kepala yang anda alami. Bila terasa sakit cari semangkuk tomyam pedas pasti sakit anda kembali pulih

8. Perahkan LIMAU KASTURI rata-rata di kepala, kemudian ramas rambut perlahan-lahan dan picit-picit kepala untuk membuatkan aliran darah berjalan dengan baik. Kulit limau yang diperah kemudian dimasukkan ke dalam besen berisi air. Kemudian jiruskan air tersebut di atas kepala dan badan.

9. Hiris nipis-nipis BAWANG PUTIH. Kemudian letakkan di tepi dahi sehingga rasa sakit kepala hilang.

10. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh. Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.

11. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata. Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).

12. Spa/ Stim/ Mandi air panas. Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatn stim.

13. Picit/ Urutan kepala. Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.

14. Tapis perahan Asam dan Campurkan bersama Santan. Lumurkan keseluruh kepala. Bungkuskan kepala dengan tuala hingga kering. Setelah selesai, Bersihkan rambut dengan air dan syampu.

16. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas bersama 3 gelas air. Letakkan di atas kepala selama 1/2 jam

 17. Daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari.

18. Amalkan surah-surah ini =)
Baca Surah Al-Fatihah (1kali) 
Baca Ayatul Kursi (3 kali) 
Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali) 
Baca Surah Al-Falaq (1kali) 
Baca Surah An-Nas (1kali) 
Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali) 
Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

**NOTA : Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.

Kalau korang nak order Shaklee..boleh lah hubungi Umi juga ye..0132405031..:)

Tuesday, 18 November 2014

Kenapa pilih Alfafa

Jom ketahui tentang Alfafa Shaklee..

Kenapa pilih Alfafa Shaklee?..jom baca manfaatnya...



20 Manfaat Alfalfa Kepada Kesihatan 

1.    Merawat gangguan pencernaan
 2.    Mengawal kolestrol dalam darah 
3.    Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh 
4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok 
5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah 6.    Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan 
7.    Mengurangkan simptom menopous 8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9.    Merawat masalah sembelit 
10.  Menyahkan toksik dalam tubuh
 11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi 
12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh 
13.  Membantu masalah penghadaman 14.  Membantu memperbanyakkan susu ibu 
15.  Mengurangkan masalah pundi kencing 
16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati 
17.  Meningkatkan kesihatan prostat 
18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita 
19.  Menghangatkan hubungan suami isteri 
20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki 

Keistimewaan Alfalfa Shaklee

1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang) 
2.  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia 
3.  Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji  
4.  Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi 
5.  Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit 
6.  Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan. 7.  Membersihkan hati 
8.  Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang

Umi Azmil
Sms / Whatsapp / Telegram
Blog: http://vitaprecious.blogspot.com

Anda akan diajar dengan pemakanan yang betul dan konsultasi selepas pembelian.  FOC sahaja ;)

Terima kasih kerana singgah disini.
Jumpa lagi...


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Berpuasa ketika hamil

Salam sahabat..Alhamdullillah da 2 hari Umi berjaya puasa ganti..hari ni walaupun kerja masih berjaya berpuasa walaupun beberapa kali terasa macam nak muntah waktu berkerja tadi mungkin masuk angin tapi lepas muntah Umi tak rasa penat pon..boleh teruskan puasa dan kerja macam biasa..alhamdulillah Allah bg kekuatan tu...Mengikut hukum ibu hamil yang muntah disebabkan alahan mengandung puasanya tidak batal..jadi Umi teruskan lagipun bukan sengaja muntah kan..hehe

Umi ada jumpa artikel tentang puasa untuk ibu mengandung..dari website babycentre.com.my..Umi kongsi kan disini..

Adakah selamat untuk saya berpuasa semasa hamil?
Tiada jawapan yang pasti mengenai perkara ini. Walaupun beberapa kajian telah dibuat, kami masih tidak pasti jika berpuasa adalah selamat untuk anda dan bayi anda. 

Walau bagaimanapun, berpuasa semasa hamil nampaknya selamat untuk anda dan bayi jika anda rasa cukup sihat, dan kehamilan sedang berlangsung tanpa masalah.

Kebanyakan pakar-pakar agama berpendapat yang wanita hamil patut berpuasa jika kesihatan mereka mengizinkan. Mereka juga membenarkan wanita hamil untuk tidak berpuasa sekiranya bakal ibu rasa tidak sihat. Ramai bakal ibu wajib menggantikan puasa (qada’) tersebut setelah bayi dilahirkan. 

Bincang dengan doktor anda, dan minta pendapat guru agama atau mereka yang arif dengan hukum Islam untuk membantu anda membuat keputusan yang betul.
Apakah yang ditunjukkan oleh kajian-kajian mengenai puasa semasa hamil?
Ada kajian yang menunjukkan tiada atau sedikit sahaja kesan pada bayi baru lahir apabila ibu mereka berpuasa semasa hamil. Ada juga kajian yang mecadangkan bayi mungkin boleh menghadapi masalah kesihatan di kemudian hari, atau puasa semasa hamil mungkin menjejaskan kepintaran atau keupayaan akademik anak.

Berikut adalah pengetahuan kami dari kajian-kajian yang telah dilakukan:
Skor Apgar bayi wanita yang berpuasa semasa hamil adalah tidak berbeza dari bayi wanita yang tidak berpuasa.
Puasa semasa hamil mungkin boleh menyebabkan menpunyai berat lahir yang rendah, terutama jika puasa itu berlaku pada trimester pertama. Walau bagaimanapun, ada juga kajian lain yang menunjukkan perbezaan dalam berat badan itu adalah sangat kecil.
Bayi-bayi ibu yang puasa semasa hamil atau pada masa konsepsi mungkin membesar untuk menjadi sedikit lebih pendek atau lebih kurus. Sekali lagi, perbezaaan ini adalah sangat kecil.
Imbangan kimia dalam darah berubah bila anda berpuasa. Namun perubahan-perubahan tersebut nampaknya tidak membahayakan ibu dan bayi. 

Memang ada kebimbangan mengenai pertumbuhan bayi dalam kandungan semasa ibunya berpuasa, atau puasa itu dikaitkan dengan pelahiran pramatang. Ada kajian yang mencadangkan bayi akan dilahirkan awal sedikit jika ibunya berpuasa dalam bulan Ramadan, tetapi negara yang anda tinggal juga memainkan peranan.

Bagaimanakah saya boleh menangani puasa?
Wanita yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih baik. Bayi memerlukan nutrien daripada anda, dan jika badan anda mempunyai simpanan tenaga yang cukup, kesan puasa pada bayi anda mungkin berkurang.

Bagaimana badan anda menghadapi puasa juga bergantung kepada:
peringkat kehamilan;
kesihatan am anda sebelum hamil;
berapa lama anda berpuasa dalam sehari.
Bagaimana dengan wanita-wanita lain?
Menurut sesetengah kajian, tiga perempat wanita-wanita Islam yang hamil di seluruh dunia memilih untuk berpuasa di bulan Ramadan. Tetapi setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menghadapi puasa. 

Kebanyakan pemimpin Islam berkata yang wanita hamil patut berpuasa jika kesihatan mereka mengizinkan. Mereka juga membenarkan wanita hamil untuk tidak berpuasa sekiranya bakal ibu rasa tidak sihat. Jangan abaikan kebenaran khas ini jika anda rasa kurang sihat, atau anda takut puasa akan memudaratkan anda atau bayi anda.

Hanya anda boleh menilaikan bagaimana sihat anda rasa, dan apa keputusan yang tepat bagi anda. Bincanglah dengan keluarga anda, bidan atau doktor, dan ustaz atau ustazah, untuk membantu anda menimbangkan pilihan anda.

Monday, 17 November 2014

Resepi Ayam Butter

Alhamdulillah..selesai berpuasa untuk hari ni..Umi ada beberapa hari lagi untuk abeskan puasa ganti..semoga Allah beri kekuatan untuk abeskan sebelum bersalin nanti. Hari ni Azmil mintak Umi masakkan ayam butter..tetiba teringin pulak pak cik ni..dah lah Umi tak pernah masak lagi..ni first time nak masak..puasa plak tu..tak tahu lah rasa pe..hehe..demi cinta hati beta ni..ku cuba selongkar resepi ni di google..jumpalah resepi Ayam Butter ni..ok lah boleh tahan juga..

Bahan2 yang diperlukan :
bawang merah
bawang putih
Buttercup
Daun Kari
Susu Fresh milk ( yang ni Umi ganti dgn susu cair F&N sebab xde susu segar tu..xpelah asal susu..hehe)
Ayam
sedikit kiub ayam knor

Ayam tu kena perap dulu rupanya..peraplah dengan tepung jagung , gula , garam dan serbuk kari..biarkan sejam pastu goreng hingga kekuningan . ketepikan.

Ok pastu kita mula buat kuah butter tu pula..masukkan butter..cairkan pastu tumis bawang2 dan daun kari tu sekali. Bila dah naik bau masukkan susu dan sedikit kiub ayam knor..tambahlah garam secukup rasa..kacau pastu masukkan ayam yang kita goreng tadi..gaul sehingga mereka mesra bersama gitu..hehe..siap!!..jangan lupa tutup api gas ye..

Taraaaaa!!!!!


memang Azmil suka betul sampai bertambah nasi 2 kali..alhamdulillah suami suka..hati pon gembira gitu..hehe

Ok selamat menjamu selera ye..tataaaa