Monday, 13 October 2014

Kebaikan B Complex Shaklee


Salam semua..hari ni internet tersangatlahhhhhhh slowwwwww...hehe..jadi Umi boleh cerita yang ringkas je berkenaan b-complex lagi..still b-complex...hihi...




Seperti kita maklum..ini adalah manfaat b-compex Shaklee ini...ini Umi sertakan sedikit testimoni yang Umi dapat tentang b complex yang boleh membantu kita untuk menghilangkan tekanan dan stress...



Alhamdulillah...rasa gembira bila ada customer yang mendapat manfaat dari b-complex ini..

Jadi bagi sesiapa yang nak kurangkan stress..jom kita amalkan b-complex ni..murah dan berbaloi

Umi Azmil 0132405031...;)

sehingga berjumpa lagi....selamat malam



Diet Untuk Ibu Hamil



Apabila kita hamil, badan kita akan menjadi lebih efisyen dan dapat menggunakan tenaga yang didapati dari makanan lebih baik.

Secara amnya ibu hamil tidak perlukan kalori tambahan pada enam bulan pertama kehamilan dan hanya sebanyak 200 kalori tambahan setiap hari untuk tiga bulan terakhir.

Macamnana nak dapatka 200 kaloiri tambahan tersebut. Kita boleh ambil kira seperti ini. 200 kalori bersamaan dengan :

-         2 keping roti gandum penuh manjerin

-         Segulung kuih popia (tidak digoreng)

-         Tosai kosong ( tanpa kuah atau kari )

-         Sekeping keju dengan roti

Disamping itu juga, selera makan ibu hamil adalah petunjuk terbaik untuk mengetahui berapa banyak makanan yang anda perlu ambil dan kita juga akan dapati selera kita akan turun naik semasa tempoh  kehamilan kita seperti pada minggu pertama, selera makan akan berkurangan secara dramatik dan mungkin anda tidak mahu makan hidangan yang sempurna lagi2 jika anda mengalami loya atau mabuk.

Semasa pertengahan kehamilan kita, selera makan kita adalah sama dengan sebelum hamil atau bertambah sedikit. Dan apabila menjelang akhir kehamilan , selera akan makin bertambah teteapi jika kita mengalami pedih ulu hati atau rasa penuh selepas makan, kita  mungkin boleh makan dengan kerap tetapi dengan jumlah yang sikit.


Seperti yang dicadangkan oleh doktor, cara terbaik ialah makan apabila kita lapar. Makanlah makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari agar pertambahan berat badan berlaku sejajar dengan perkembangan bayi dalam kandungan kita.

Sunday, 12 October 2014

Kelebihan B-Complex Shaklee

Salam semua..terima kasih sudi singgah sini lagi..ok entri kali ni Umi nak cerita berkenaan B-Complex Shaklee..sebelum ni Umi ada gtau nak cerita pasal ni kan..

Ok kalau nak tau B-Complex Shaklee ini mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah biotin dan asid folik. Kesemua komponen ini perlu ada pada vitamin B-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.
Vitamin B adalah vitamin larut air dan sebarang lebihan akan disingkirkan melalui percernaan.

Dan disini ialah manfaat B-Complex shaklee ini :
 
• Menukarkan makanan kepada tenaga
• Melawan tekanan
• Membantu tumbesaran
• Membantu masalah rambut beruban dan gugur
• Amat baik untuk kesihatan mata
• Mencegah anemia
• Meredakan sengugut 
• Mencegah bau berbau
• Sebagai detoksifikasi meredakan alahan

Untuk pengetahuan bersama, pengambilan B-Complex akan menyebabkan urin menjadi kekuningan - jangan terkejut ini kerana ianya adalah proses yang normal kerana B-Complex merupakan vitamin larut air dan ia mengandungi elemen kekuningan . Pada peringkat awal pengambilan, tubuh akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke semasa.
B Complex juga meransang metabolisma dan akan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba, oleh itu pengambilan air putih yang banyak amatlah digalakkan.

Harga B-Complex ini amatlah berpatutan..RM53.75 / 120 biji..
hanya perlu makan sebiji sehari je..ye sebiji sehari je..jadi satu botol ni tahan 4 bulan..ye EMPAT BULAN!!..hanya dengan harga kurang dari RM100..berbaloikan..
sape cakap barang Shaklee ni mahal lagi tak tau lah..hehehe

Nak order..ok jangan segan2 PM Umi ye..0132405032..;)

Umi Azmil
Pengedar Shaklee Anda
www.vitaprecious.blogspot.com


Anda akan diajar dengan pemakanan yang betul dan konsultasi selepas pembelian.  FOC sahaja ;)

Terima kasih kerana singgah disini.
Jumpa lagi...


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease **

Asid Folik untuk Ibu Mengandung

Hari ni Umi nak cerita berkenaan asid folik. Pernah dengar kan..selalunya asid folik ni femes dikalangan wanita2 yang berusaha untuk mengandung. Doktor pasti sarankan kita untuk ambil ni kalau nak 'TTC' ( try to conceive ) dan ada kawan Umi dia ambil 3 bulan sebelum kahwin dan alhamdulillah lepas kahwin je terus bunting pelamin. Tak salah kita mencuba kan..jadi kawan2 yang nak melangsungkan perkahwinan lagi 3 bulan lagi boleh lah mula makan ni.

Jom kita baca apa itu asid folik.."Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik."..

Jadi bila dah disahkan hamil, ibu hamil amatlah digalakkan mengambil asid folik ini kerana Ia membantu melindungi bayi atau janin dalam kandungan kita daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida. Kecacatan ini berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna dan akan boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Untuk trimester pertama iaitu 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan cepat dan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke13 kehamilan, kita sudah boleh berhenti mengambil asid folik. Namun jika kita terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan kita ataupun bayi kita.

Bagi ibu hamil adalah disarankan untuk mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja kita merancang untuk mengandung.  Dan teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Dan lebih baik juga jika kita juga mengambil makanan yang kaya dengan folat bersama.

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik untuk ibu dan bakal anak kita. Berikut Umi senaraikan makanan yang kaya dengan folat: 

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
bayam, 1 cawan;
kacang bendi, setengah cawan;
asparagus, setengah cawan;
lentil, setengah cawan;
hati, 1 keping;
11 batang taugeh brussels;
kacang mata hitam, 4 sudu makan;
emping bran, 7 sudu makan;
germa gandum, 25g / 1 aun;
betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
brokoli kukus, 2 pucuk;
buah oren saiz besar;
nasi putih, setengah cawan;
oat, setengah cawan;
kacang merah, setengah cawan;
jagung saiz besar, 1;
biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah. 

Ok harap entri ini boleh membantu kita memahami kenapa asid folik tu penting untuk ibu hamil. Salah satu produk Shaklee yang boleh diambil untuk sumber asid folik adalah B-Complex.

Nanti Umi cerita berkenaan B-Complex ni di entri akan datang ye..stay tuned!..

Umie Azmil..0132405031

Saturday, 11 October 2014

Protein Penting Untuk Ibu Hamil

Protein untuk ibu hamil amatlah penting kerana ianya adalah salah satu nutrien yang baik yang diperlukan oleh bayi. Ianya membantu pertumbuhan otak bayi menjadi lebih optimum. Pertumbuhan otak yang baik akan membantu kawalan badan yang baik dan juga membantu pertumbuhan jantung yang baik untuk janin/bayi.

Ibu hamil juga amat memerlukan sekitar 75 gm atau lebih 25 gm dari sebelum hamil. Jadi disarankan untuk wanita yang merancang untuk hamil, bolehlah mula mengamalkan pengambilan protein yang seimbang dan betul.  Dan bila seseorang wanita berjaya hamil pengambilan protein haruslah terus diamalkan lagi2 pada trimester pertama bila pembentukan janin sedang berlaku, pada trimester pertama ini ibu hamil memerlukan protein lebih kurang 50gm sehari. Pada trimester kedua ibu hamil memerlukan  sekitar 68 gm dan seterusnya semakin meningkat pada trimester ketiga.

Jadi untuk memudahkan pengambilan protein yang berkesan, saya perkenalkan ESP Shaklee- produk yang sangat hot dan glemer di Shaklee..nama penuhnya Energizing Soy Protein. Ianya dihasilkan melalui kajian klinikal yang sangat ektensif dan komprehensif dan memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. ESP juga terhasil daripada protin kacang soya yang mana kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO'" bermaksud kacang soya yang telah diproses pada kadar suhu yang rendah. Ianya juga merupakan satu2 produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.
Hebatkan.....

Kalau anda nak tahu, satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia....

Jadi kesimpulannya, wanita2 dan ibu2 hamil sekalian , pilihlah protein yang terbaik untuk kesihatan anda dan kandungan anda. Insha Allah.

Jangan malu2 PM Umi ...0132405031...anytime boleh ;)

PROMO  OCTOBER 2014 >>> ESP BELI 6 PERCUMA 1


Resepi sayur yang menarik

Meskipun sayuran banyak memberikan banyak manfaat untuk tubuh badan kita namun ramai yang tidak mengemarinya. Jadi Umi akan kongsi sedikit kreativiti  untuk membuatkan sayuran lebih menarik untuk dimakan..jom ikuti tip dibawah :

Smoothies
Anda boleh hasilkan smoothies dari sayuran..hah terkejut..hehe..caranya adalah dengan campurkan buah mahupun sayur bersama susu, madu ataupon oat.

Salad
Ini biasa kita dengarkan dan boleh membantu anda menikmati sayur dengan  lazat. Tambahkan sedikit mayones atau dengan minyak zaitun dan sebagai penambah perasa, boleh perahkan sedikit jus lemon ke dalam salad utk meningkatkan rasanya.

Omellete
Sepiring omellete hangat amat menggiurkan..anda boleh tambahkan beberapa jenis sayuran seperti daun bawang, paprika, atau cendawan ke dalam adunan omellete anda.

Sandwic
Ini salah satu favourite Umi..kita boleh tambahkan pelbagai jenis sayuran dan juga diapit bersama keju rendah lemak bersama hirisan ayam atau daging..ala-ala subway dah ni..hehe

Jus
Siapa kata sayuran tidak boleh diolah menjadi jus..gabungkan bersama beberapa sayuran dengan buah-buahan segar..pastinya ia boleh menarik minat kan..

Sup
Semangkuk sup panas amatlah ideal disediakan pada waktu musim sejuk..potongan sayuran ditambah dengan hirisan daging dan kuah akan menambahkan kehangatan tubuh..betul kan

Jom cuba..manatau boleh menarik minat anak2 kecil yang tak suka makan sayur dan juga tak dilupakan suami yang memang tak makan juga hehhee