Thursday, 23 October 2014

Beza ESP Shaklee dengan Soya biasa

Pertama adalah cara pemprosesan ESP Shaklee..ianya dicuci hanya dengan air bagi mengekalkan isoflavine genistin dan daidzin yang penting untuk membekalkan kita dengan keseluruhan manfaat soya manakala bagi soya biasa kebanyakkannya dicuci dengan alkohol dan akan menghilangkan isoflavine yang bagus.

Kedua ialah Soya dalam ESP Shaklee adalah Non-GMO yang mana Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagaiIdentity Preserved Program (IPP).Program ni memastikan kacang soya Shaklee bebas dari pendedahan perubahan genetik. Dari benih hingga penyimpanannya, Shaklee sangat menitikberatkan hal ini  untuk memastikan bahan ramuan adalah semulajadi dan berkualiti tinggi.
Shaklee merupakan syarikat pertamayang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Kacang soya terasing yang pertama telah dicipta oleh Dr Shaklee pada 1970-an.
Ketiga ESP Shaklee menyediakan semua asid amino yang tidak boleh kita dapati dari makanan. Asid amino amat diperlukan dalam badan untuk memastikan kesihatan yang berpanjangan.
Keempat ESP Shaklee juga mampu memberi manfaat seperti berikut :
  • Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri, 
  • Bantu hilangkan parut jerawat di muka, 
  • Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, 
  • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, 
  • Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.
  • ESP juga Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat. 
  • ESP jika diambil bersama supplement2 lain akan bantu penyerapan yg lebih baik semua supplement yg kita ambik..cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yg tak ambil bersama ESP.

Berminat..jom order ngan Umi ye :)
promo2 Oct 2014

Umi Azmil
Pengedar Shaklee Terdekat Anda
(Puncak Perdana, Alam Budiman, Cahaya SPK Shah Alam dan sekitarnya.)

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 013 2405031 atau email vitaprecious@gmail.com untuk maklumat lanjut.


Wednesday, 22 October 2014

Testimoni Alfafa Shaklee

Salam semua..semalam Umi ada cerita berkenaan Alfafa Shaklee kan..hari ni Umi share tentang testimoni ye...maaf kalau entri terlalu ringkas...sebab internet malam ni sangatlah slowww smapi hilang mood nak menaip rasa...heheh... tapi tak pe Umi share beberapa testimoni Alfafa ni ye untuk membuktikan vitamin Shaklee ni memang berkesan..dengan izin Allah ;)

Alfafa membantu menambah susu ibu jadi anak boleh menyusu penuh dan membantu ibu mengurangkan tekanan / stress bila susu tak cukup..tiada lagi masalah susu tidak cukup ..



Alfafa membantu mengurangkan masalah keputihan dan juga sebagai ma'jun untuk suami isteri..gitewww...hehehe


Alfafa juga membantu mengurangkan lelah



Alhamdulillah gembira Umi bila ada kastemer yang mendapat manfaat dari Alfafa ni..dan yang paling best boleh membantu untuk kerukunan rumahtangga..hehe

Berminat ?...hubungilah Umi ye ;)

Umi Azmil
0132405031
Pengedar Shaklee Terdekat Anda
(Puncak Perdana, Alam Budiman, Cahaya SPK Shah Alam dan sekitarnya.)

** Thesestatements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 013 2405031 atau email vitaprecious@gmail.com untuk maklumat lanjut.


Petua Cantik (i)

Salam u oll..hari ni Umi nak share pasal petua cantik..boleh amalkan ye

Cara untuk hilangkan jeragat wajah ialah rendamkan sengenggam beras semalam. Esoknya kisarkan ia bersama dua inci daun betik muda, satu inci kulit kayu manis dan air. Kemudian gosokkab bahan2 tersebut ke seluryh wajah dan biarkan ia kering kira2 20 minit sebelum bilas.

Bawang putih rawat tumit merekah
Anda mengalami tumit kaki pecah atai merekah, jangan risau sini Umi share petua yang boleh kita buat amalkan. Campurkan perahan limau nipis bersama bawang putih yg telah dihancurkan. Gosok perlahan2 pada tumit kaki bermasah secara rutin sehingga anda rasakan perubahannya.

Petua untuk dapatkan kulit yang sihat dan lembap secara semulajadi. Kisarkan kubis kemudian tapis dan ambil airnya. Campurkan sedikit madu lebah dan kacau sempurna. Sapukan ia pada wajah anda dan biarkan kering kira2 10 min dan bilas dengan air suam.

Cara untuk mencerahkan siku & lutut yang kehitaman adalah dengan memoting nanas dan parutkan. Sapykan pada kawasan bermasalah, gosokkan perlahan2 dan biarkan seketika. Bilas dengan air bersih dan biarkan ia kering sempurna.

Selamat mencuba  ye ;)

Tuesday, 21 October 2014

Kebaikan Alfafa Shaklee




Jom kenali alfafa Shaklee - 

Alfafa adalah tumbuhan yang kaya dengan pelbagai nutrisi dan telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2500 tahun dan diiktiraf sebagai makanan yang paling kaya dengan nutrisi dan zat galian.

Untuk Alfafa Shaklee, ianya dihasilkan daripada daun alfafa yang telah matang dan dituai apabila telah mencapai tahap kematangan yang mutlak ini kerana daun yang telah matang kaya dengan klorofil. Proses penghasilan Alfafa  Shaklee ni amatlah ketat dan teliti bagi memastikan kualiti alfafa Shaklee yang terbaik.

Alfafa Shaklee kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin., 8 enzim dan fitokimia. 10 biji alfafa menyediakan nutrisi yang sama dengan segelas susu.

Kebaikan Alfafa Shaklee

- Mencuci hati, darah dan usus kerana kandungannya yang alkali boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, membuang toksin dari badan dan mencantikkan kulit dan otot.

- Melawan alahan yang mana membantu memperbaiki keadaan kulit sensitif , kurap, bau badan dan kulat air dengan berkesan.

- Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, ulser, gastrik dan sembelit

- Membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol

- Melawan tumor dengan memperbaiki sel2 kanser dan membuang tumor.

- Melegakan keletihan

- Melegakan sakit atritis dan kesakitan

Itu adalah kebaikan dari alfafa ianya membantu kesihatan yang menyeluruh

Untuk sebarang pertanyaan.. tanya je Umi bila2 ye ;)

Umi Azmil
0132405031
Pengedar Shaklee Terdekat Anda
(Puncak Perdana, Alam Budiman, Cahaya SPK Shah Alam dan sekitarnya.)

** Thesestatements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 013 2405031 atau email vitaprecious@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Makanan Yang Patut Ibu Hamil Elakkan


Salam semua..hari ni Umi nak cerita berkenaan makanan yang perlu kita elakkan sepanjang kehamilan. Ni Umi petik dari majalah PAMA. Boleh kita jadikan panduan sebagai langkah perjagaan sepanjang kehamilan ini. Semua bakal ibu pasti inginkan bayi dalam kandungan membesar dengan sihat sehingga sampai waktu bersalin,

Ok jom baca beberapa jenis kumpulan makanan yang mesti ibu hamil seperti kita patut elakkan ye...

Pertama, ialah mengelakkan mengambil makanan / minuman yang berkafein seperti kopi, minuman bergas dan yang sewaktu dengannya kerana ianya boleh memberi kesan buruk kepada perkembangan bayi yang tidak normal. Ia termasuklah bayi yang kurang berat semasa dilahirkan dan kafein juga dikatakan boleh merosakkan kandungan kalsium tulang ibu hamil.


Kedua ialah kurangkan pengambilan gula ketika mengandung kerana ianya boleh mengakibatkan komplikasi seperti kencing manis semasa mengandung dan bayi berisiko untuk bersaiz besar.


Ketiga ialah ibu hamil haruslah mengelakkn pengambilan vitamin A ini kerana pengambilan Vitamin A yang berlebihan boleg menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung dan saraf bayi.

Makanan yang keempat ialah ikan yang mengandungi merkuri yang tinggi seperti shark-fin, tuna, mackerel dan ikan2 laut dalam kerana pengambilan yang banyak boleh menyebabkan kerosakan saraf pada bayi,



Dan yang terakhir ialah ibu hamil harus mengelakkan makanan mentah atau separuh masak seperti daging, susu, telur dan ikan kerana ia berbahaya kepada kandungan. Makanan mentah atau separuh masak boleh menyebabkan komplikasi yang teruk termasuk jangkitan bakteria yang serius kepada bayi dalam kandungan.

Ok itu sahaja..jadi ibu2 hamil sekalian berhati2 lah ketika kehamilan ini. Umi doakan semoga kandungan kita dan diri kita sentiansa dillindungi oleh Nya..aminnnn ;)

Monday, 20 October 2014

B-Complex Shaklee Untuk Ibu Hamil

Tidak tergambar perasaan bila disahkan hamil oleh doktor..Umi pasti semua pasangan suami isteri pasti akan tersenyum gembira bila mendapat perkhabaran yang indah ini kan..lagi2 itu adalah anak pertama ;)..Umi dan suami pun tak terkecuali..memang sangat bersyukur dan kami suami isteri terus sujud syukur bila balik dari klinik..masih terbayang senyuman suami meleret..senyum sorang2 time drive balik dari klinik hari tu..heheh..alhamdulillah Allah makbulkan doa kami selepas setahun setengah menunggu. 

Jadi sini kepada ibu2 hamil sekalian, amatlah penting untuk kita menjaga kandungan dengan selamat dan membantu pembentukan janin dengan baik kerana awal kehamilan adalah saat kritikal untuk perkembangan organ2 penting janin. Sini Umi syorkan pengambilan ESP Shaklee dan B-Complex Shaklee. 




Untuk entri ni Umi nak tekankan tentang  B-Complex Shaklee ye

Vitamin B Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin

Ada kandungan asid folic didalamnya yang mana diperlukan oleh ibu hamil pada awal kehamilan untuk mencegah terjadinya kecacatan spina.

KELEBIHAN B COMPLEX 
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.
12. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
13. Mencegah anemia (tekanan darah rendah)
14. Mengandungi asid folik yang membantu pertumbuhan otak janin

B-Complex juga bagus untuk mencegah stress yang mana kita maklum stress adalah tidak bagus untuk ibu mengandung. Umi ada terbaca satu artikel mengatakan stress boleh mengurangkan penghasilan hormon progesteron yang mana hormon ini amat diperlukan bagi mengelakkan keguguran atau kelahiran pra matang berlaku. 




Berdasarkan sebuah kajian yang dilakukan di Jerman yang dilakukan oleh Petra Arck dan rakan2nya, mereka menemui bahwa secara tidak langsung stres juga menyumbang kepada kurangnya penghasilan hormon progesteron. Ini apabila mereka telah memantau 864 ibu hamil dan mengambil sampel darah untuk melihat tahap stress ibu2 berkenaan. Hasil pemantauna mendapati 55 ibu hamil yang mengalami keguguran adalah kerana dari tekanan stress yang kuat berbanding dari ibu2 hamil yang kurang mengalami stress. Namun begitu, menurut pengamal perubatan kajian begini adalah kurang tepat untuk penyebab menurunnya hormon progesteron. Namun sebagai ibu hamil kita boleh ambil ini sebagai langkah berjaga2.

Untuk pertanyaan anda boleh hubungi Umi ye..

Umi Azmil
0132405031
Pengedar Shaklee Terdekat Anda
(Puncak Perdana, Alam Budiman, Cahaya SPK Shah Alam dan sekitarnya.)

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 013 2405031 atau email vitaprecious@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Pentingnya Hormon Progesteron Untuk Ibu Hamil

Hormon progesteron penting untuk memelihara kandungan dan proses bersalin kita nanti. 

Diantara kenapa hormon ini penting adalah seperti berikut :

a) Hormon ini membantu pembentukan lapisan di dinding rahim untuk menlindungi plasenta dalam rahim.

b) Mencegah terjadinya gerakan semulajadi yang seperti kontraksi rahim selama kehamilan, sehingga mencegah kelahiran pre matang.

c) Hormon ini bertanggung jawab kenapa gairah seks kurang selama hamil.  

d) Membantu mempersediakan payudara untuk menghasilkan susu badan.

e) Progesteron juga menyebabkan perut kembung dan susah buang air besar

f) Mempengaruhi keadaan semasa ibu hamil seperti meningkatkan suhu tubuh, meningkatkan pernafasan dan menyebabkan mual

Bagaimana keadaan hormon progesteron yang kurang

Seperti yang dikatakan doktor, hormon progesteron yang rendah akan menyebabkan keguguran ini kerana hormon tersebut tidak mampu untuk melindungi kandungan kita apabila makin besar. Seperti diatas hormon ini amat penting untuk memastikan kandungan kita selamat sehingga waktu bersalin.

Ini antara mengapa hormon ini berkurangan terjadi : 

* Ibu tergolong overweight atau berat tubuhnya berlebihan.

* Sel telurnya tidak sempurna atau rosak. Ini lazimnya dialami oleh ibu hamil yang berusia lebih 35 tahun. Ini kerana menghampiri usia 40, kualiti sel telur sudah semakin menurun. Jadi  sel telur yang tidak lagi sempurna ini akan membuat pembuahan tidak berjalan lancar dan memerlukan rawatan hormon progesteron yang sesuai bagi memastikan kehamilan berjaya dan selamat.

* Berdasarkan sebuah kajian yang dilalkukan di Jerman yang dilakukan oleh Petra Arck dan rakan2nya, mereka menemui bahwa secara tidak langsung stres juga menyumbang kepada kurangnya penghasilan hormon progesteron. Ini apabila mereka telah memantau 864 ibu hamil dan mengambil sampel darah untuk melihat tahap stress ibu2 berkenaan. Hasil pemantauna mendapati 55 ibu hamil yang mengalami keguguran adalah kerana dari tekanan stress yang kuat berbanding dari ibu2 hamil yang kurang mengalami stress. Namun begitu, menurut pengamal perubatan kajian begini adalah kurang tepat untuk penyebab menurunnya hormon progesteron.

Jadi kesimpulannya, sebagai ibu hamil haruslah kita cuba menjaga kandungan kita dengan baik. Jadi bagi ibu hamil yang mengalami alahan yang teruk tidak perlu risau kerana itu petanda hormon progesteron sedang tinggi untuk membantu pembentukan janin dengan baik. Tapi tidak bermakna ibu hamil yang tidak mengalami alahan tiada hormon progesteron kerana selalunya ibu hamil yang tiada alahan adalah rezeki yang Allah bagi kepada mereka. Ini kerana setiap ibu hamil pasti akan melalui pengalaman mengandung yang berbeza dan tidak akan sama dengan yang lain.