Gapailah impianmu setinggi langit tanpa lupa pada Dia Dia lah pemberi rezeki dan niatkan lah segala perkara kerana Allah
Friday, 31 October 2014
GLA Shaklee hilangkan period pain
Pengambilan ubat semasa mengandung
Thursday, 30 October 2014
Kurangkan alahan mengandung dengan Shaklee
Kelebihan morning sickness
Wednesday, 29 October 2014
Perlukah multivitamin ketika hamil
Testimoni Ostematrix Shaklee
Testimoni Ostematrix Shaklee
Tuesday, 28 October 2014
Kebaikan Ostematrix Shaklee
Kencing manis ketika hamil
Salam semua..pernah dengar tak ada wanita yang tiada penyakit kencing manis tapi bila mengandung tetiba ada kencing manis bila buat check up dengan doktor. Untuk pengetahuan bersama, memang akan ada wanita mengandung yang mengalaminya ketika hamil. Jom baca lebih lanjut tentang ini disini..ini Umi ambil dari website babycentre.com
Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.
Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.
Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi.
Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetislain yang merupakan penyakit seumur hidup. Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.
Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini.
Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:keletihan;dahaga yang terlampau;membuang air kecil dengan banyak;penglihatan kabur.
Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor anda.
Monday, 27 October 2014
Ostematrix Shaklee untuk ibu mengandung
Kenapa ibu mengandung mengidam
Penyebab Berlakunya Mengidam Semasa Hamil
Sebenarnya, penyebab berlakunya mengidam atau penolakan sesuatu jenis makanan semasa mengandung masih tidak diketahui. Terdapat pelbagai faktor yang dikaitkan sebagai punca berlakunya mengidam. Menurut Siobhan Dolan, ada yang berpendapat mengidam atau penolakan semasa kehamilan sebenarnya merupakan satu faktor perlindungan, walaupun tiada data saintifik yang mencukupi untuk menyokong teori ini.
Perkara seperti peningkatan keperluan kalori serta zat makanan (nutrien) semasa kehamilan dan keperluan untuk pertumbuhan atau pembentukan janin merupakan alasan mengapa keadaan ini berlaku. Walau bagaimanapun, ada sesetengah saintis atau penyelidik menyatakan perubahan hormon semasa mengandung turut memberi kesan kepada deria bau. Ini secara tidak langsung memberi kesan dalam pemilihan dan pengambilan makanan.
Mengidam sesuatu jenis makanan semasa mengandung turut dikaitkan sebagai petanda berlakunya kekurangan zat makanan atau nutrien. Sebagai contoh, seseorang wanita hamil yang mengidam susu atau produk tenusu seperti keju menunjukkan kekurangan kalsium. Manakala mengidam makanan manis seperti coklat menandakan peningkatan keperluan kalori atau kekurangan vitamin B.
Apakah Yang Perlu Dilakukan Jika Mengidam Semasa Hamil?
Sekali lagi dinyatakan, adalah tidak salah untuk anda mengidam semasa mengandung dan pada masa yang sama, masih dapat membekalkan segala nutrien yang diperlukan oleh anda dan bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, pastikan anda tidak mengambil makanan tersebut secara berlebihan. Sebagai contoh, sekiranya anda mengidam untuk makan coklat, pastikan anda hanya makan 1 kepingan atau potongan kecil sahaja dan bukannya keseluruhan kepingan coklat. Pengambilan makanan yang tinggi kalori terutamanya yang tinggi kandungan gula dan lemak atau minyak boleh menyebabkan peningkatan berat badan yang berlebihan secara mendadak. Pertambahan berat badan yang berlebihan akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit diabetes semasa mengandung dan masalah tekanan darah tinggi.
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda lakukan sekiranya anda mengidam sesuatu jenis makanan:
- Makan makanan yang seimbang dan pilih makanan yang kurang lemak serta tinggi serat seperti produk bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran serta kekacang. Sekiranya anda makan secara sihat setiap hari, sesekali anda mengidam makanan yang kurang berkhasiat dan diambil dalam jumlah yang sedikit tidak menjejaskan keperluan zat yang diperlukan oleh bayi dalam kandungan.
- Makan secara kerap dan boleh makan enam kali dalam sehari dalam jumlah yang sedikit tetapi mengenyangkan. Ini bagi membantu mengelakkan penurunan paras gula dalam darah sehingga sukar untuk mengawal keinginan untuk makan.
- Alihkan perhatian dengan keluar berjalan, bersembang, membaca atau menjauhi dapur anda atau kedai.
- Beri tumpuan kepada makanan yang rendah kandungan kalorinya. Sekiranya ingin makan ais krim, pilih ais krim yang diperbuat daripada yogurt rendah lemak yang disejuk beku atau sorbet.
- Sekiranya mengidam untuk makan kerepek kentang (bergoreng), pilih yang dibakar atau dipanggang dan kurang garam.
Walau apa pun makanan yang anda inginkan atau mengidam, yang penting ia diambil secara sederhana.
kredit : myhealth.gov.my
Sunday, 26 October 2014
Testimoni Peppermint - Ginger Plus Shaklee
Dalam wawancara bersama beliau, Dr. Abdul Malik menafikan seseorang yang dijangkiti demam mempunyai kaitan dengan masalah angin di dalam badan. Bagaimanapun, masalah stres serta komplikasinya seperti sakit kepala, pening, berdebar-debar dan sebagainya berkemungkinan berpunca daripada masalah angin.
Jelasnya, masalah angin dalam badan khususnya sistem penghadaman disebabkan oleh sistem usus yang 'lembap' atau kurang aktif. Ini menyebabkan angin dalam usus tidak dapat dikeluarkan dari badan secara efektif.
Angin di dalam badan berpunca daripada gas di dalam sistem penghadaman atau sistem gastro usus (gastroenterologi). Sistem tersebut mengandungi gas yang tidak berbau iaitu 99% gas buangan dari usus manakala gas yang tidak menyenangkan pula mungkin disebabkan oleh gas yang mengandungi sulfur.
" Ia dilepaskan oleh bakteria di dalam usus besar. Angin disebabkan gas atau angin dalam sistem penghadaman badan datang daripada dua sumber iaitu udara yang disedut dan bakteria dalam usus besar.
Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak dihadamkan dengan baik, " katanya.
Resepi vegetarian untuk ibu mengandung
Omelet Sepanyol dengan lada Peppadew
Ramai wanita yang risau untuk makan telur semasa hamil. Jika telur itu masak sepenuhnya, ia selamat untuk dimakan. Omelet ini dimasak sepenuhnya di atas api, memastikan ia masak keseluruhannya.Hidangan untuk dua orang
Bahan-bahan
1 ubi kentang sederhana besar, dikupas dan dipotong kiub
1 sudu besar minyak zaitun
1 labu bawang merah, dibelah dua dan dihiris nipis
1 biji cili merah kecil, dihiris
4 biji lada Peppadew, dihiris
4 biji telur bersaiz besar
50g keju Cheddar, diparut
Cara
Kukus kentang yang telah dipotong kecil hingga hampir lembut dan kemudian toskan. Panaskan minyak di dalam kuali leper tidak melekat dan tumis bawang di atas api kecil selama 5-10 minit sehingga keperangan dan lembut.
Masukkan cili merah dan lada Peppadew dan masak selama beberapa minit, kacau. Masukkan kentang dan kacau sebati.
Sementara itu, pukul telur bersama lada hitam dan dua sudu besar air. Tuangkan telur ke atas sayuran tadi dan masak di atas api kecil tanpa dikacau. Tutup kuali dengan penutup untuk mempercepatkan sedikit proses memasak. Apabila telur telah masak (ini mungkin mengambil masa 5-10 minit) taburkan keju dan letakkan di atas gril yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Masak hingga keju tadi menggelembung dan berwarna keperangan.
Potong dua omelet tadi dan hidangkan dengan salad hijau.
Krumbel sayuran berakar
Anda boleh guna sayuran berakar kegemaran anda untuk resipi ini. Lobak merah dan keledek adalah sumber vitamin A yang bagus, dan anda boleh pilih di antara parsnip, turnip dan swede, atau guna kesemuanya. Biji labu adalah sumber zink dan selemium yang baik, tetapi anda boleh gantikannya dengan bijian lain jika anda suka.Hidangan untuk empat orang
Bahan-bahan
Untuk inti sayuran:
2 lobak merah sederhana besar
1 biji keledek kecil
2 biji parsnip kecil atau 1 yang besar
2 turnip kecil
2 kentang sederhana besar
Serbuk stok sayur (cth. Marigold kurang garam)
1 sudu besar puri tomato
1 sudu besar daun ketumbar kisar
Lada hitam
Untuk toping krumble:
3 keping roti bijian penuh
50g walnut, dicincang kasar
50g biji labu
1 sudu besar daun thyme segar dicincang atau 1 sudu kecil daun thyme kering
Cara
Panaskan ketuhar pada 180 darjah C / penanda gas 4.
Kupas semua sayur-sayuran dan potong kiub sebesar kira-kira 1-2 cm. Masukkan ke dalam loyang kaserol besar yang tahan ketuhar. Buat 600ml stok sayur dengan air dan tambahkan puri tomato dan daun ketumbar. Tuangkan ke atas sayur-sayuran hingga cukup menutupi bahagian atasnya, tambah atau kurangkan bergantung kepada campuran anda.
Masak dalam ketuhar selama 45 minit. Keluarkan daripada ketuhar dan pastikan sayur-sayuran itu sudah hampir lembut. Kemudian buang 2-3 sudu besar airnya.
Masukkan roti ke dalam pengisar atau pemproses makanan dan kisar hingga menjadi serbuk. Campurkan serbuk roti tersebut dengan biji-bijian, thyme dan kekacang, kemudian ceduk dan letakkan di atas sayur-sayuran.
Ratakan dengan belakang sudu dan masukkan semula ke dalam ketuhar untuk selama 15-20 minit sehingga campuran krumbel menjadi rangup dan sedikit keperangan. Hidangkan segera dengan salad hijau atau dengan kacang buncis.
Sebagai variasi, gantikan kekacang atau biji-bijian dengan 100g keju parut dan taburkan di atasnya.
Spagheti dengan labu dan kacang pain
Resipi ini menjadi hidangan malam vegetarian yang mudah. Kekacang pain adalah sumber vitamin E yang elok, dan labu mengandungi banyak vitamin A. Cara yang paling mudah memasak labu dengan penyediaan yang minima ialah dengan membelah dua, ceduk keluar bijinya dan bakar labu dalam ketuhar atau masak dalam ketuhar gelombang mikro. Tidak perlu dikupas kulitnya!Hidangan untuk tiga orang
Bahan-bahan
1 biji labu butternut sederhana besar, dicuci, dibelah dua dan dikeluarkan bijinya
40g daun roket (rocket leaves)
75g – 100g spagheti bijian penuh setiap seorang
75g kacang pain
1 ulas bawang putih, dicincang
2 sudu besar minyak zaitun extra virgin
Lada hitam
Keju Parmesan parut, untuk dihidangkan
Cara
Letakkan labu dalam ketuhar gelombang mikro dan masak pada suhu tinggi selama kira-kira 10 minit sehingga isinya lembut (kiraan untuk ketuhar berkuasa 800W, bagi model berkuasa lebih rendah memerlukan masa memasak yang lebih).
Sementara itu, masak spagheti mengikut arahan pada paketnya. Campurkan daun roket, bawang putih dan minyak zaitun di dalam mangkuk.
Bakar kacang pain sebentar sehingga sedikit keperangan. Apabila labu sudah masak, ceduk isinya dengan sudu dan campurkan ke dalam campuran daun roket dan bawang putih.
Toskan spagheti dan kacaukan ke dalam campuran labu, taburkan kacang pain dan hidangkan segera dengan keju Parmesan.
Variasi: untuk rakan-rakan yang bukan vegetarian, bolehlah ditaburkan hirisan daging salai di atasnya.
Sos terung (melitsanosalata)
Jika anda suka snek dimakan dengan pencicah, cubalah sos terung versi Greek yang sihat ini. Lobak merah dan batang seleri yang disimpan di dalam bekas kedap udara boleh tahan selama satu atau dua hari di dalam peti sejuk. Sediakannya awal-awal untuk dijadikan alternatif yang lebih berkhasiat daripada kentang goreng dan kerepek jagung.Cukup untuk enam hidangan bersaiz snek
Bahan-bahan
2 terung besar
2 sudu besar minyak zaitun
1 ulas bawang putih dicincang halus
1 sudu besar cuka
2 sudu besar yogurt Greek
2 sudu besar mayonis kurang lemak
Lada hitam
Cara
Panaskan ketuhar pada 200 darjah C / penanda gas 6.
Bungkus terung dengan foil dan bakar dalam ketuhar selama 20-30 minit hingga lembut.
Buang kulit terung yang telah disejukkan dan lenyek isinya dengan minyak zaitun, bawang putih dan cuka. Campurkan yogurt dan mayonis dan perasakan dengan lada hitam.
Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. Hidangkan dengan hirisan lobak merah, seleri dan lada segar.
Saturday, 25 October 2014
Makan Malam di Southern Thai
Kelebihan Peppermint-ginger plus Shaklee
Salam semua..semalam Umi ada cerita berkenaan Peppermint Ginger Plus kan..apa kandungannya..hari ni Umi nak cerita apa kebaikkannya..
Salah satunya adalah membuang angin dalam badan..mesti pernah alami kan..lagi2 kalau angin tu naik kat kepala..kepala pening dan berat je..bila picit dekat bahagian kepala yang sakit tu mesti kita sedawa2 kan..kadang rasa sedawa tak puas..pastu mesti rasa nak makan halia seketul je bagi angin tu keluar terus..hehe..tu Umi cerita pengalaman Umi lah..hehe..jadi sejak ada peppermint ni tak yah susah2 nak buat air halia..terus je telan tablet tu..dengan izin Allah lepas tu mesti sedawa dengan puas sekali..hehe..boleh lah nak try..
Bukan setakat buang angin dalam badan je..ni Umi senaraikan kebaikan lain peppermint ginger plus shaklee ni..memang bestttt...
- Peppermint Ginger Plus Shaklee ini mempunyai kesan penenang. Ia membantu sistem penghadaman usus dan ketidakselesaan pada perut
- Membantu melegakan cirit birit
- membantu melegakan masalah angin dalam badan.
- Membantu melegakan kesakitan gastrik dan pedih ulu hati.
- Membantu melegakan kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul akibat kemoterapi.
- Pudina merangsang pengeluaran peluh, justeru itu ia membantu menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema
- Halia yang terdapat dalam produk ini pula melegakan sakit haid serta loya dan mual ketika mengandung.
- Selepas melahirkan anak secara caesarian, halia membantu menghalang muntah selepas pembedahan.
- Pokok Adas pula membantu menghilangkan kembung perut dan masalah alergi pada saluran usus
- Cekur manis pula membantu mengurangkan kesakitan haid, batuk dan juga kahak. Ia juga membantu menahan kulat yang boleh menyebabkan penyakit kulit.
Friday, 24 October 2014
Hilangkan loya dengan peppermint-ginger plus Shaklee
Secara klinikal Peppermint-Ginger Plus sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, kembung dan penghadaman.
Bagaimanakah bahan-bahan ini membantu ?
Daun Pudina (mint) : Ia mempunyai kesan penenang oleh itu bagus untuk melegakan otot-otot perut, membantu penghadaman, mabuk laut serta darat, melegakan gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit. Bagi mereka yang menjalani rawatan kemoterapi ia dapat melegakan kesan sampingan seperti loya dan hilang selera makan. Pudina juga mampu merangsang mengeluarkan peluh oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema. Pudina juga mampu membuatkan seseorang itu fokus.
Halia (ginger) : Halia merangsang rembesan enzim salvia yang membantu didalam pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual ketika mengandung dan membuang angin selepas bersalin. Satu kajian di Switzerland menunjukkan bahawa halia menghalang mabuk laut.
Pokok Adas (fennel) : Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut dan melegakan gejala flu. Ia dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.
Cekur Manis (anise) : Digunakan oleh orang Mesir Purba bagi melegakan masalah pencernaan, sakit ketika haid, batuk dan kahak. Ia merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit biasa dan melegakan gejalaheat wave.
Jeruk untuk ibu mengandung
Ada juga yang bertanggapan, rasa loya atau teringin terhadap jeruk itu adalah pembawaan anak dalam kandungan. Mitos pula mengatakan jika si ibu tidak menikmati apa yang diinginkan akan memberi kesan kepada anak.
Apa yang pasti, sungguhpun pengambilan makanan masam seperti jeruk tidak mengganggu pertumbuhan janin, namun ia boleh mengundang masalah kesihatan kepada ibu. Justeru ia juga mampu mengancam janin di dalam perut akibat kekurangan nutrien yang seimbang.
Pensyarah Kanan dan Dietitian, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof, berkata ketika kehamilan, pemakanan yang sihat adalah amat penting bagi memastikan fetus atau anak dalam kandungan mendapat kesemua zat yang diperlukan untuk mencapai pembesaran optimum ketika dalam kandungan.
Pada awal kehamilan, wanita biasanya mengalami pelbagai perubahan seperti mual dan loya yang menyebabkan selera makan berkurangan atau hanya suka kepada sesuatu jenis makanan saja.
Ada juga yang mengidam dan ingin makan pelbagai jenis makanan seperti jeruk atau asam yang sering menjadi pilihan ketika kehamilan sama ada ketika loya, mual serta ketika mengidam, katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Jeruk dan asam memang sedap dimakan terutama apabila tekak terasa loya atau mual, tetapi makanan yang boleh dikelaskan sebagai makanan ringan itu mungkin boleh memberi kesan tidak baik kepada kandungan.
Thursday, 23 October 2014
Lima Kesalahan Saat Berdiet
Memilih Jus daripada buah
Jus sememanganya sihat kerana ia terdiri daripada estrak buah-buahan namun sebaiknya pilih lah buah- buahan segar kerana kandungannya. Dan juga jus yang ada dipasaran kebanyakan telah ditambah pemanis dan pengawet. Ini boleh menyebabkan pengambilan gula yang berlebihan dan akan menyukarkan proses penurunan berat badan anda.
Jumlah Kalori
Kebiasaannya mereka hanya akan mengira kandungan kalori didalam makanan utama sahaja. Sedangkan kalori yang terdpata dalam snek yang dinikmati lebih banyak daripada makanan utama yang sering diberi perhatian.
Banyak Duduk
Terlalu banyak duduk sebenarnya tidak begitu baik terhadap kesihatan anda. Ia boleh menimbulkan risiko penyakit seperti jantung, diabetes dan sebagainya. Mungkin anda perlu meringankan kaki anda untuk lebih aktif bergerak kerana ia akan membantu membakar lemak ditubuh. Pun begitu, jika pekerjaan utama anda memaksa untuk sering berada di hadapan komputer apa kata cari sedikit waktu untuk berjalan di sekitar ruang kerja.
Kurang Tidur
Waktu tidur yang berkualiti dan mencukupi bukan sahaja memberi kesan terhadap kesihatan serta terhindar daripada penyakit bahkan ia turut menjayakan program diet anda. Ini kerana jika seseorang kekurangan waktu tidur maka tubuh akan menghasilkan ghrelin atau hormon yang merangsang nafsu makan. Hormon tersebuit menjadikan seseorang itu cepat berasa lapar dan akan sering makan. Untuk itu pastikan waktu tidur anda sekurang-kurangnya lapan jam bagi golongan dewasa.