Thursday 30 October 2014

Kelebihan morning sickness

Selamat pagi..hari ni dah hari khamis..esok Jumaat then cuti..yeayyy...
Ok Umi nak cerita berkenaan morning sickness..sebut perkataan ni pasti terbayang ibu mengandung kan..memang sangat sinonim dengan ibu mengandung..Umi tau ada sesetengah bakal ibu mengalami simptom ni pada awal kehamilan dan simptom akan berbeza dengan setiap individu. Macam Umi sebelum disahkan mengandung memang tak terasa morning sickness tapi bila je dah disahkan..dan dan lah terus tasa mual pening kepala...bajet morning sickness terus..padahal sebelum tau xde pon..mind set salah ni..hehehe..macam2 perangaj ibu mengandung ni..

Tak dinafikan memang ada ibu hamil yang mengalami alahan teruk sehingga kena ward dan masuk air..dugaan bagi seorang ibu mengandung..memang serba benda terganggu dan mungkin MC juga makin meningkat sebab ibu mengandung akan jadi tak larat untuk melakukan aktiviti seharian mereka. Tapi ibu Umi ada pesan , kalau morning sickness jangan layan sangat, kena gagahkan diri..Umi cuba buat memang berjaya tapi bila ada masa tak larat memang tak larat sungguh. Namun disebalik morning sickness ni ada terselit kelebihannya...




Jom baca 7 kelebihan bagi wanita-wanita mengandung yang mengalami mual atau muntah terutamanya di awal kehamilan:

1. Risiko keguguran lebih rendah dibanding dengan mereka yang tidak mengalaminya.

2. Mual merupakan mekanisme perlindungan untuk embrio yang masih muda. Kepekaan ibu terhadap pelbagai makan dapat menjauhkannya dari makanan yang berpotensi membahayakan si bayi yang belum lahir.

3. Kematian bayi selepas dilahirkan lebih rendah pada wanita yang mengalami mual-mual.

4. Mual-mual berkaitan dengan rendahnya risiko kelahiran pra-matang.

5. Lebih tingginya berat bayi yang bakal lahir.

6. Lebih rendahnya kecacatan selepas dilahirkan.

7. Ukuran plasenta bertambah – Kurang makan disebabkan mual menyebabkan kurangnya pertambahan berat badan di awal kehamilan. Kurangnya berat badan menyebabkan peningkatan ukuran plasenta yang menyalurkan darah kepada janin yang sedang tumbuh. Plasenta yang lebih besar menjamin tersedianya makan dan oksigen yang sihat.

Alhamdulillah sememangnya besar hikmah “morning sickness” yang ibu mengandung terpaksa tempuhi demi anak dalam kandungan. Semoga ibu-ibu mengandung di luar sana di beri kekuatan dan menerima ujian Allah ini sebagai permulaan nikmat yang lebih besar. Maka, hadapinya dengan tenang dan tabah. 

1 comment:

  1. saya juga megalami morning sicnes semasa hamil , banyak kelebihan rupanya :) dapatkan set bersalin terbaik http://cahayaummurizqi.blogspot.com/2014/09/ibu-berpantang.html

    ReplyDelete