Wednesday 5 November 2014

Sakit Kepala ketika mengandung

Salam tengahari..hari ni Umi tak berapa sihat..sakit kepala yang berdenyut2 dari malam tadi..dan juga menbuatkan sukar tidur malam..jadi pagi ni Umi betul2 tak larat dan hubungi Manager yang Umi tak dapat datang kerja hari ni..kepala rasa berat sangat..bila dah rasa ok sikit baru Umi pergi klinik jumpa doktor..Umi pergi klinik Dr.Zaini kat Bukit Jelutong sebab alang2 boleh cek baby sekali..tak sangka pula ramai sangat hari ni..huhuhu..dah sampai kan..tunggu jelah...Sambil tunggu ni Umi dok google kenapa sakit kepala ni kerap Umi alami ketika hamil ni..pastu jumpa satu artikel dari babycentre..Umi kongsikan disini ye..Jom baca

Saya hamil dan mengalami sakit kepala yang teruk. Adakah ini normal?

Sakit kepala semasa hamil adalah perkara biasa, terutamanya dalam trimester pertama. Jika anda sering mengalaminya sebelum hamil, kehamilan boleh membuatkan masalah ini lebih teruk. 

Kita tidak tahu dengan tepat mengapa kehamilan membuatkan anda sakit kepala. Ia mungkin disebabkan oleh kehadiran hormon yang banyak dalam badan anda, serta perubahan dalam kitaran darah anda. 

Anda mungkin sakit kepala pada bahagian-bahagian tertentu atau berlainan. Kesakitannya pula mungkin berbeza, anda mungkin rasa seperti dihentak dengan benda keras, atau berdenyut-denyut. Sakit kepala tidak menyebabkan simptom-simptom lain. 

Migrain pula berbeza. Migrain ialah jenis sakit kepala yang dikatakan disebabkan oleh saluran darah di otak tidak berfungsi dengan betul. Ia boleh menyebabkan sakit kepala dan membuat anda rasa loya dan sensitif terhadap cahaya, bunyi dan bau. 

Jika anda sering mengalami migrain, anda mungkin dapati keadaan ini berkurangan semasa hamil, terutamanya jika migrain itu dikaitkan dengan kitaran haid anda. Malangnya, masalah migrain biasanya kembali kepada corak seperti sebelum anda hamil sebaik sahaja anda bersalin. 

Adakah apa-apa cara yang boleh saya lakukan untuk menghilangkan sakit?

Jika anda biasa mengambil pil tahan sakit, anda boleh ambil paracetamol kerana ia selamat diambil semasa hamil. Ikutlah arahan dos yang terdapat pada bungkusannya atau tanya ahli farmasi atau pakar obstetrik anda jika anda tidak pasti berapa banyak perlu diambil. 

Anda tidak dinasihatkan mengambil aspirin atau ibuprofen semasa hamil, kecuali jika doktor yang menasihatkan anda mengambilnya. Anda tidak sepatutnya mengambil ibuprofen sama sekali dalam trimester ketiga kehamilan, iaitu mulai minggu ke-28 ke atas. 

Anda juga boleh: 
Berhenti seketika dan berehat. Duduk atau baring di tempat yang senyap, dan tidur jika perlu.
Letakkan tuala panas di sekeliling mata dan hidung ataupun tuala sejuk di pangkal leher untuk melegakan sakit kepala akibat ketegangan (tension headaches)
Mintalah seseorang untuk mengurut tengkuk dan bahu anda.

Dah baca kan..untuk ibu hamil boleh ambil panadol tapi jangan lebih sangat..tapi Umi tak berani pulak nak telan..hehe..jadi solusinya Umi telan B-Complex Shaklee je..tapi memandangkan tak datang keje still kena g klinik ambil MC..skang masih tunggu turn..huhu..harap2 selesai sebelum orang balik keje..kang nanti jem nak balik rumah 

2 comments: